Bab 32

732 39 3
                                    

Ammara Aisya menarik bagasinya naik keatas katil.Baju yang sudah dilipat diatas katil diambil lalu dimasukkan ke dalam beg satu persatu.Ketika dia menyelak helaian baju matanya tertancap bungkusan kotak berwarna biru di dalam beg.

'Hurmm'

Sesaat dua dia berfikir baru dia teringat itulah bungkusan yang diberi Zarul tempoh hari.Bungkusan itu dilempar masuk ke dalam beg ketika dia tergesa-gesa mengemas untuk pulang ke kampung semalam.Laju tangannya mengangkat bungkusan itu lalu digoncang memikirkan apa isinya.

"Apa tu..?"Tegur Maaliq Iskandar yang baru melangkah ke dalam bilik usai sahaja membersihkan diri.Tuala ditangannya digosok-gosok ke kepala menghilangkan air yang masih bersisa di rambut.

"Entah..Zarul yang bagi haritu.."Selamba Ammara Aisya menjawab.

"Zarul..?"Terhenti gerakan tangannya dengan rasa berbaur cemburu lalu dikerling belakang isterinya tajam.

"Dia kata kak Sarah isteri dia yang bagi.."Bidas Ammara Aisya laju risau jika suaminya tersalah sangka lagi.

"Hurm.."Keluhan garaunya kedengaran sebelum dia menyangkut tuala di belakang pintu.Bajunya yang sudah dilipat Ammara Aisya diambil diatas katil lalu dibawa kearah beg galasnya yang terletak ditepi meja solek.

Ammara Aisya membuka satu persatu kertas yang membalut kotak dengan berhati-hati.Dibuka bahagian atas kotak lalu diselak helaian racikan kertas berwarna warni yang melitupi isinya.Ditarik sedikit kain yang terletak didalam kotak ingin melihat lebih jelas.Terbuntang biji mata Ammara Aisya melihat isi hadiah yang berupa sehelai gaun tidur bertali halus berwarna hitam.

'Takkanlah Kak Sarah nak bagi aku hadiah macam ni..?'

Laju tangannya menarik satu kad yang diselit didalam kotak sebelum dibaca satu persatu.

'Kalau Sya pakai untuk abang Zarul nanti mesti abang Zarul suka..'
-Maisarah-

Terangkat-angkat bahu Ammara Aisya kegelian dengan muka yang menjengkelkan membaca kad ucapan dari Maisarah.

"Kenapa sayang..?"Cepat-cepat diselit kembali kad didalam kotak apabila terdengar seruan Maaliq Iskandar dibelakang.Jantungnya berdegup kencang.

"Ta-tak ada apa.."Terketar-ketar Ammara Aisya menutup semula kotak lalu diletakkan disisi katil.Sengaja dimaniskan muka cuaknya sebelum berpaling kebelakang menghadap suaminya.

"Apa dia bagi..?"

"Alaa..Kak Sarah bagi perfume.."Dalih Ammara Aisya sambil melayangkan senyuman manis pada Maaliq Iskandar yang masih tercegat dihadapannya.
Sesekali mata lelaki itu melirik kotak diatas katil.

"Kak.."Seru ibunya dari luar bilik.
Serentak mereka berdua memandang pada pintu bilik.

"Ya mak..Kejap.."Ditolak sedikit kotak itu kebelakang bagasi dengan hujung jarinya lalu melangkah ke pintu bilik.Sempat matanya bertembung dengan mata tajam suaminya.

"Ni ha..haritu mak ada buat kerepek pisang favourite Yana..nanti kak bagi kat dia nah..ni pun mak buat lebih boleh la kak bagi dekat mertua dengan kawan kak.."Plastik berisi bungkusan kerepek bertukar tangan lalu dilayangkan senyuman pada anak perempuannya.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now