Bab 26

718 39 3
                                    

Drama bersiri animasi Mechamato yang ditayangkan di skrin televisyen dipandang sayu mata Ammara Aisya bersendirian.Sesekali matanya melirik kearah pintu rumahnya menanti jikalau ada suara Yana memberi salam.

"Ish..tadi kata balik malam ni.."Gumam gadis itu sendirian.Cawan kopi diatas meja dicapai lalu diteguk rakus.Terasa bosan dan lama pula kali ini penerbangan pulang Yana dari Australia.

Kaki diatur melangkah ke dapur dengan tangannya menatang cawan lalu diletakkan ke dalam sinki.Matanya masih menatap skrin telefon.Perut yang berbunyi dari tadi minta diisi sudah mula memainkan irama keroncong.

Aplikasi pesanan makanan dalam talian dibuka.Matanya mencari-cari jikalau ada  restoran yang menjual makanan yang kena dengan seleranya.Sate!

Tingg!

Laju kaki Ammara Aisya melangkah ke arah pintu rumahnya apabila loceng berbunyi.Terasa bahagia mengetahui Yana sudah pulang.Pintu dibuka laju.

"Hai Ya..!"Tersekat katanya apabila tiada sesiapa dimuka pintu.Dikerling kiri dan kanan rumahnya.Tetapi tiada kelibat atau suara.Seram!

Ditutup laju pintu semula.Kaki melangkah kearah sofa sesekali dipalingkan kepalanya kebelakang melihat pintu rumahnya.Bulu roma di lengannya yang tiba-tiba sahaja menaik digosok-gosok menghilangkan rasa seram.Sekilas dia melompat naik keatas sofa memeluk lututnya.Suara televisyen dinaikkan supaya hilang rasa sunyi yang bertandang.

"Siapa suruh kau tekan loceng tadi..?"Maaliq Iskandar berbisik perlahan sambil menarik tangan Azrul lalu menyorok di balik dinding.Dijentik dahi pembantu peribadinya kuat.

"La..!bos yang suruh saya panggil Cik Aisya kan?"Sinis suara Azrul sambil menggosok dahinya yang perit.Lupa ingatan ke apa?

"Yela..aku suruh kau panggil bila aku cakap dah ready..!"Keluh Maaliq Iskandar sambil menjeling tajam Azrul yang terjenguk-jenguk ke arah pintu rumah Ammara Aisya.

"Bos..kalau bos suruh saya panggil ke, bagi salam ke, tekan loceng ke..semuanya tetap sama bos!kita tetap kena sembur.."Dikerling kad akses yang berada di tangan Maaliq Iskandar.Kad akses yang diserahkan Yana pada mereka sebelum dia berlepas ke Australia sebagai salah satu alternatif untuk Maaliq Iskandar mendekati isterinya tetapi tidak digunakan sebaik mungkin.

"Hoii!korang buat apa kat sini..?"Sergah Yana dari belakang.Serentak kedua lelaki itu berpaling dengan wajah yang cuak.

"Kau nih! aku tak kahwin lagi tau..!"Azrul mengurut dadanya laju sambil tercungap-cungap menahan rasa terkejut.Dijeling tajam senyuman kecil Yana.Nasiblah cantik kalau tak dah lama dicekik-cekik.

"A-aku nak jumpa Sya.."Terang Maaliq Iskandar tergagap-gagap.Yana melirik kunci pendua dan kad akses yang berada di dalam genggaman lelaki itu.

"Maknanya...Dari haritu kau belum lagi berterus terang dengan Sya..?"

Gelengan Maaliq Iskandar menimbulkan kerutan di dahi Yana.Sia-sia sahaja dia memberi ruang pada lelaki itu untuk berterus terang.

"I think it's a little be rude if i suddenly masuk rumah korang macam tu je walaupun dia isteri aku.."Keluhan Yana kedengaran selepas Maaliq Iskandar menghabiskan ayatnya.

"Lepastu?kau nak jumpa dia tak malam ni?"Laju kepala lelaki itu menggeleng menimbulkan tanda tanya pada Azrul.Jadi apakah kesudahan mereka berdua mengintai dari luar rumah tadi.Saja cuci mata?

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now