Bab 8

806 38 1
                                    

Lampu neon yang bergantungan di laman hadapan sebuah restoran  menarik perhatian mata Maaliq Iskandar yang sedang menanti hidangannya sampai.Baru sahaja dia ingin mengalihkan pandangannya kelihatan sepasang manusia berlainan jantina sedang berjalan menuju kearahnya dengan tersenyum ceria.

"Assalammualaikum bro..!"Suara garau yang sedang berjalan kearahnya itu kedengaran menyapanya.

"Waalaikumusalam..!"Disuakan tangannya kearah salah seorang daripada mereka.Aryan salah seorang sahabat terdekatnya itu menyambut hulurannya sambil menepuk bahu Maaliq Iskandar lalu mereka berpelukan seketika.

"Nice....!"Alicia yang tercegat dihujung meja itu melemparkan senyuman manis kepada sahabat tunangnya.Tersipu dia mendengar pujian Maaliq Iskandar kepadanya.

Cantik manis Alicia bertudung selepas menjadi mualaf.Pertama kali dia melihat Alicia bertudung selepas gadis itu memeluk Islam.

"Thanks Is.."Aryan menarik salah kerusi lalu menyuruh Alicia melabuhkan punggungnya manakala dia mengambil tempat disisi Alicia.

"Alahai sweetnyaa..!"Aryan menjeling kearah Maaliq Iskandar yang sedang menyindirnya sambil ketawa kecil.

"Rasanya kau lagi sweet dari ni kot..?"Bidas Aryan sambil tersenyum sinis memandang sahabatnya yang sudah terkulat-kulat menghirup air di dalam gelas.Direnung wajah Maaliq Iskandar yang duduk bertentangan dengannya.

"Mana ade..aku biasa-biasa je.."Aryan tersenyum sinis sambil menyelak helaian buku menu yang baru diserahkan padanya.

"Pick-up line kau rasanya lagi power  Is.."Maaliq Iskandar menelan air liurnya mendengar usikan Aryan yang masih merenungnya sambil diperhatikan Alicia yang sedang menghulurkan kertas pesanan pada pelayan restoran.

"Aku tak bagi pick-up line pun..diorang  yang datang menyerah.."Bibirnya menguntum senyuman kecil sambil jari jemarinya bermain dengan penyedut minuman di dalam gelas.

"So..!bila aku nak merasa nasi minyak..?"Dijungkitkan keningnya kearah Aryan cuba menukar topik tentang dirinya.Tangannya dialihkan dari sisi meja apabila menu ringan yang dipesan Alicia dihidangkan.

"Soon..InsyaAllah..kitaorang tunggu nasi minyak kau dulu sebenarnya.."Sinis nada Aryan.Maaliq Iskandar mengurut pelipisnya perlahan.

"Ermm..."

"Why bro..?Do you have something to tell me..?"Aryan mula menyoal apabila melihat lelaki itu kelihatan gelisah.

"Ermm.."Aryan yang sedang menjamah makanan itu mengangkat mukanya kearah Maaliq Iskandar.

"Kau ni..!ermm..ermm apoo..?"

"Kau nak kahwin?"Perlahan Maaliq Iskandar mengangguk.Aryan memandang Alicia di sebelahnya pelik.Pertama kali Maaliq Iskandar mengaku dirinya bakal berkahwin.

"Dengan sape..?Erika..?"Laju kepalanya digeleng semula.

"Syara..?"Aryan meneka lagi.

"Kau gila ke dengan dua orang tu..memang tak lahh..!"Maaliq Iskandar mendengus kasar.Dua wanita itu tidak layak bergelar isterinya.

"Then..?Afeeya..?"Giliran Alicia pula bersuara memandangkan dia mengetahui tentang Afeeya yang bakal dijodohkan dengan Maaliq Iskandar dari mulut Aryan sendiri sepanjang perkenalan mereka.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now