Bab 21

680 43 2
                                    

Suasana hujung minggu di restoran makanan segera yang agak sibuk itu ditatap lama mata Ammara Aisya.Gadis itu sekadar membatu menunggu Yana dan Helen mengambil pesanan mereka.

"Assalammualaikum Ammara Aisya."Pandangannya dialihkan pada Azrul yang baru sahaja tiba bersama Maaliq Iskandar.

Ammara Aisya sedikit terkedu sejak bila pula Yana menjemput mereka sekali.Baru sebentar tadi Yana menyuruhnya menunggu Chef Zuki sahaja.

"Wa..waalaikumusalam.."Tergagap-gagap Ammara Aisya ingin menjawab.Membulat matanya melihat Maaliq Iskandar mengambil tempat disisinya.Manakala Azrul di bahagian hujung bersebelahan dengan lelaki itu.

"Yana baru je call kitaorang tadi ajak sekali..nak belanja katanya.."Seloroh Azrul sambil membuka baju sejuknya lalu disangkut pada pemegang kerusi.

"Sya..!"Kedengaran pula suara lelaki memanggilnya dari belakang.Serentak mereka bertiga berpaling.Ammara Aisya menghadiahkan senyuman pada Chef Zuki.

Baru sahaja dia berpaling semula matanya tertancap pada Yana dan Helen yang membawa dulang dipenuhi dengan enam cawan air.Nampak sangat semuanya dirancang tanpa pengetahuannya.

"Apa mimpi kau belanja kitaorang malam ni Yana..?"Chef Zuki yang mengambil tempat disisi Helen bertentangan dengan Ammara Aisya mula bertanya.

"Dia menang loteri kot bang..!"Sinis Ammara Aisya sambil ketawa kecil.

"Kau diam..!"Telunjuk Yana dihalakan pada Ammara Aisya.

"Ni korang janji ke ape..?"Helen melirik pada baju Ammara Aisya dan Maaliq Iskandar silih berganti.Sebelum ketawa mereka berempat berderai.

"Apa..?"Berkerut kening majikannya sambil merenung Helen.

"Tuu..baju tu bos..janji ke dating sama colour..?"Ammara Aisya mengemam bibirnya sebaik sahaja mengerling baju yang dipakai Maaliq Iskandar.Macam mana boleh tersama warna merah pulak?

"Okey..okey dah..makan..!"Yana mula mengambil tempatnya di sisi Helen.Selesai sahaja bacaan doa oleh Azrul mereka mula menjamah makanan yang terhidang di depan mata.

Ammara Aisya yang baru sahaja ingin mencapai cawan airnya terhenti sebaik sahaja deringan telefon menyapa telinganya.

'Zarul'

Maaliq Iskandar mengerling kesisi melihat gadis itu mematikan telefonnya yang diletakkan diatas meja.

"Siapa..?"Cuak muka Yana memandang Ammara Aisya.Digeleng perlahan kepalanya sambil meneruskan suapan kentang ke mulutnya.

Seketika telefonnya berdering kembali.Ammara Aisya menjeling kearah Yana yang seakan dapat meneka siapa gerangan yang menganggu Ammara Aisya sudah hampir dua minggu ini.Walaupun jawapan 'tidak' diberikan Ammara Aisya lelaki itu tetapi berusaha memujuknya.

"Yana..aku jawab jap.."Baru sahaja dia ingin bangun telunjuk Yana dihalakan kepadanya supaya duduk.

"Tak payah..!kalau kau nak jawab biar aku yang cakap dengan dia.."Ditelan air liur berkali-kali mendengar ugutan Yana.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now