Bab 38

626 31 1
                                    

Tuan Hadi yang baru turun dari tingkat atas menapak kearah dapur sebelum ada  susuk tubuh tegap anaknya yang sedang merenung gelas air ditangan bersandar pada kabinet dapur.Dikerling sekilas keruh air muka Maaliq Iskandar.

"Is..kenapa ni?termenung sorang-sorang kat dapur..?"Mati lamunan Maaliq Iskandar  mendengar pertanyaan ayahnya.Kepalanya digeleng perlahan sebelum gelas air diletakkan kembali keatas kabinet dapur.Senyuman kelat terbit dibibirnya.

"Ada masalah ke dengan Sya..?"

"Eh..tak..!" laju Maaliq Iskandar membalas tekaan ayahnya.Risau lelaki itu turut terbabit sama di dalam masalah salah faham diantara dirinya dan Ammara Aisya.Tangan diseluk ke dalam poket seluar sambil memerhati gelagat ayahnya  yang sedang mengambil sepeket kopi di dalam laci kabinet dapur.

"Nak kopi..?"Tegur Tuan Hadi sambil menghalakan sepeket kopi pada anak lelakinya yang sedang merenungnya lama.

"Urmm.."

"Nak la tu..!kejap daddy bancuhkan sekali.."Belum sempat Maaliq Iskandar memberi jawapan laju tangan lelaki tua itu mencapai sepeket lagi kopi di dalam laci sambil tersenyum nipis.

"Come join me..!"Segelas kopi yang siap dibancuh dihulurkan pada anak lelakinya yang hanya tersenyum menggeleng perlahan sambil menapak perlahan mengekori ayahnya keluar ke laman rumah menghirup udara malam.

"Do you have something to share with me..?"Soal Tuan Hadi sebaik sahaja mereka berdua melabuhkan punggung diatas kerusi.

"Ermm..pasal Sya.."Tidak boleh berdalih terlalu lama akhirnya nama Ammara Aisya terpacul juga dari mulut Maaliq Iskandar.Akhirnya dia harus meminta pendapat dari ayahnya juga apabila fikirannya menemui jalan buntu.

"Why..?"

"Sya dah dapat tahu pasal Mummy dan dia nak penjelasan.."Perlahan suara garau itu menerangkan tentang situasi antara dia dan Ammara Aisya.Risau hatinya jika Ammara Aisya berfikir bukan-bukan tentang ibunya.

"Maknanya Is tak pernah explain pasal Mummy dekat Sya..?"Terjungkit kening Tuan Hadi sambil mengeluh perlahan apabila gelengan Maaliq Iskandar menyapa matanya.Sudah berulang kali dia berpesan pada anaknya supaya berterus terang pada Ammara Aisya tentang situasi isterinya.

"Dia isteri Is menantu rumah ni..Dia berhak tahu Is segala isi masa silam ataupun masa depan rumah ni.."

"Daddy tahu kalau Is terangkan Sya akan faham..Dia bukan orang kebiasaan yang bertindak melulu mengikut kata hatinya..dan yang paling penting Is kena berterus terang tentang kes tangkap basah kamu berdua dulu tu.."Lembut Tuan Hadi menasihati anak lelakinya yang sedang menekur meja dihadapannya sambil memikirkan sesuatu.

"Tapi.."

"Kalau dia tahu dari orang lain makin susah nanti..Kalau dia lari macam mana..?"Belum sempat Maaliq Iskandar meneruskan kata-katanya terlebih dahulu fikirannya disangkal Tuan Hadi.Berkerut-kerut kening Maaliq Iskandar mendengar tekaan ayahnya.

"Ishh..daddy ni jangan takutkan Is.."Terdengar ketawa kecil Tuan Hadi sebaik sahaja mendengar bidasan anaknya.Risau benar jikalau Ammara Aisya benar-benar lari seperti sangkaan ayahnya.

"Sya tu bukannya suka berfikir bukan-bukan macam kamu..!"sindir ayahnya sabelum dicapai cawan kopi lalu dihirup perlahan.Matanya dilirik pada wajah cuak anaknya.

"Kamu tu..suka overthinking pasal dia..ingat daddy tak tahu..?"Seloroh Tuan Hadi sambil meletakkan kembali cawan kopi diatas meja.Kepalanya menggeleng perlahan teringatkan sikap anak lelakinya yang terlalu bersikap cemburu buta sehinggakan dikawal setiap pergerakan Ammara Aisya.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now