Bab 19

636 41 4
                                    

Ammara Aisya mengurut perlahan kaki ayahnya.Sesekali terdengar lelaki tua itu mengeluh kesakitan.

"Tu lah Ba..kak dah habaq jangan dok keluar pi masjid kalau tak gagah..!"Bebel Ammara Aisya sambil mengerling ayahnya yang terbaring diatas tilam.

Tangannya ligat mengurut betis lelaki itu yang baru sahaja jatuh dari motor sewaktu pulang dari masjid selepas solat isyak.

Semalam sewaktu ingin melelapkan mata deringan telefon mengejutkan Ammara Aisya.Suara ibunya yang kegelisahan menyapa halwa telinganya.Sudah dijangka pasti ada perkara buruk yang berlaku jika dipinta pulang segera ke kampung.

"La..Mana la Ba nak tau benda nak jadi kak.."Alasan ayahnya kedengaran.Ammara Aisya mengeluh perlahan apabila merenung kaki ayahnya yang membengkak kebiruan.Nasiblah cuma terseliuh.

"Kak cuti lama ka..?"Zarina yang baru sahaja menapak keruang tamu mula bertanya apabila mendengar bebelan Ammara Aisya.

"Tak lah Mak..dua hari ja.."Nasiblah Helen sudi menggantikan dirinya melatih Afeeya memandangkan gadis itu masih dibawah pantauannya.

"Ina la nihh..tak bagitau Sya pun takpa aih..abang ni okey ja.."Mazlan merungut perlahan memandang kepada isterinya.Cepat benar berita dia jatuh sampai kepada Ammara Aisya.

"Abang tu saja pun..okey..okey..tapi sakit sikit mengeluh dok sebut gak nama Sya tu.."Bidas Zarina sambil diperhatikan Ammara Aisya yang sudah tersenyum kecil.Adiknya Irfan Haris masih belum pulang dari sekolah.

"Assalammualaikum.."Ammara Aisya berpaling pada pintu rumah apabila mendengar suara lelaki di laman rumahnya.Diraba laju kepalanya ingin memastikan yang auratnya terjaga.

"Waalaikumussalam.."Zarina segera bangun menuju ke pintu ingin melihat gerangannya.

"Laa..Zarul..!"

"Eh..Ipan balik dengan abang Zarul ka..?"laju suara wanita itu bertanya apabila melihat anak lelakinya yang baru menutup pintu kereta.

"Ha Mak Su..tadi Zarul nak datang sini..nampak Ipan jalan sorang-sorang...tu yang tumpangkan dia.."Irfan Haris tersengih kearah ibunya mendengar Zarul memberi alasan.

"Ha..takpala..terima kasih nah..mai la masuk.."Zarul menapak masuk ke dalam  beriringan dengan Irfan Haris.Senyuman dihadiahkan pada Mak Su nya.Zarina segera melangkah ke dapur semula.

"La..kak balik dah ka..?"Irfan Haris mula bertanya apabila kelibat Ammara Aisya mula disapa matanya.Diintai kereta Ammara Aisya diluar tetapi tiada.

"Lepas tu yang dok congok depan hang ni apa?hantu.?"Selamba Ammara Aisya membalas.Zarul bersila disisi Mazlan yang terbaring sambil merenung anak mata Ammara Aisya yang duduk bertentangan dengannya.

"Keta kak mana..?"Irfan Haris melabuhkan punggungnya disisi Ammara Aisya sebaik sahaja beg sekolah diletakkan diatas sofa.

"Kak hang nih balik naik kapai ja..sampai KL nuh dia amik kereta api.."Irfan Haris menganggukkan kepala mendengar penjelasan ayahnya.Jarang kakaknya balik menaiki pengangkutan awam.

"Ohh..kapai terbang ka..?"Laju mulut adiknya memutar soalan.

"Dak ehhh...kak naik kapai selam..!"Dijeling sekilas wajah Irfan Haris tajam.Zarul hanya tersenyum kecil mendengar sindiran Ammara Aisya.Ayahnya sudah menggeleng perlahan.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now