Bab 36

700 33 2
                                    

Hujung minggu yang mendamaikan bagi Ammara Aisya adalah dipenuhi dengan rutinnya di dapur selepas enam  bulan merangkul gelaran isteri pada Maaliq Iskandar.Seketika bau masakan Ammara Aisya menusuk ke hidung Puan Masyitah yang sedang beristirehat di ruang tamu lantas kakinya menapak laju ingin melihat apa yang sedang dibuat menantunya di dapur.

"Sya..!"Tergamam Ammara Aisya mendengar sergahan ibu mertuanya dari belakang sekilas dipalingkan tubuhnya dengan sudip di tangan.

"Ye Mummy.."Takut-takut dia menjawab sahutan Puan Masyitah.

"Kamu buat apa ni bau hangit macam ni..?"

"Masak lah..Sya tengah goreng cekodok pisang ni..."Dihalakan sudip kearah kuali yang sedang dipenuhi dengan minyak panas.

"Cekodok apa hitam-hitam macam ni Sya..Mak kau tak ajar ke..?"Mata Puan Masyitah melirik ke dalam pinggan yang sudah pun terisi dengan beberapa ketul cekodok pisang yang siap dimasak.

"Betul la cekodok kan hitam..!"Bidas Ammara Aisya laju.Otaknya berfikir seketika sejak bila pula cekodok pisang berwarna lain daripada hitam.

"Ni ambik ni buang..takkan nak biar Is tu makan kuih hitam-hitam macam ni..?"Pinggan yang berisi kuih dihulurkan pada menantunya tetapi tidak bersambut.

"Laa..memang la cekodok warna hitam mummy..takkan la cekodok warna gold pulak..?"Pinggan disambar tangan sasa Maaliq Iskandar yang tiba-tiba muncul dari pintu dapur sambil tersenyum sinis.Sudah dijangka ibunya sengaja mencari kesalahan isterinya.

"Er.."Tergamam Puan Masyitah terkulat-kulat sambil direnung anak mata Ammara Aisya tajam.

"Mummy kalau tak nak makan takpe..Is boleh je habiskan..kan sayang?"Selamba tangannya menyuap cekodok ke dalam mulut sambil dilirik muka mencuka isterinya.

"Is ni kan ada sahaja nak sebelahkan isteri Is ni kan..Is langsung tak jaga hati mummy..Is kena ingat syurga Is kat mana ye..?"Tegur Puan Masyitah kasar pada anak lelakinya yang sedang ralit mengunyah cekodok pisang.

"Ye..Is ingat mummy..ingat sangat..tapi mummy jangan la selalu menguji kesabaran Is yang senipis kulit bawang ni..!"Keluh Maaliq Iskandar dengan nada yang agak keras.Pinggan di tangannya diletakkan semula diatas meja dengan helaan nafas perlahan sambil merenung wajah Ammara Aisya yang tercegat membatu.Terasa penat ingin menjaga hati dua wanita di hadapannya saat ini.

"Is penat la mummy..dua-dua hati Is nak kena jaga..Takpela,kalau mummy rasa tak tenang Sya ada dalam rumah ni nanti Is bawak Sya pindah ye.."Sudip di tangan isterinya dicapai lalu diangkat baki kuih yang masih digoreng lantas dimatikan apinya.Malas berbahas terlalu lama tangan isterinya ditarik keluar melewati ibunya pantas.

"Sayang..boleh tak lepas nih Is mintak sayang tak payah masak..?"Tegur Maaliq Iskandar sebaik sahaja pintu bilik ditutup rapat.Muka cemberut Ammara Aisya dipandang sepi.

"Sya masak je bukan nak bakar rumah ni pun..!"

"Ye..Is tahu sayang bukan nak bakar rumah ni..kan Is cakap tunggu sikit je lagi rumah kita siap renovate kita pindah..kalau kat dapur rumah kita nanti sayang nak basuh kabinet dapur sekali pun takpe Is tak kisah..!"Dipegang kedua belah pipi isterinya mohon difahami maksud yang ingin disampaikannya.

"Hurm..yela.."Tangan suaminya dilurut turun dari pipinya lalu dia melangkah duduk di birai katil.

"Boleh tak lepas ni kalau Sya bosan Is izinkan Sya duduk rumah Yana sehari dua..?"Melopong Maaliq Iskandar mendengar permintaan Ammara Aisya yang tak masuk dek akalnya.Kakinya melangkah laju kearah Ammara Aisya lalu dilabuhkan punggung disisi isterinya.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now