Bab 39

661 34 2
                                    

Ammara Aisya melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat beriringan dengan Khairul sambil bertukar-tukar pendapat tentang masalah staf bawahannya.Sekilas dijeling wajah suaminya yang sudah siap menunggu di dalam bilik bersama Azrul dan Tuan Hadi.Helen juga sudah mengambil tempatnya seperti kebiasaan.

"Tuan.."Tegur Khairul pada Tuan Hadi sebelum ditundukkan kepala sedikit tanda hormat lalu ditarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya.

Terkedu Khairul apabila Ammara Aisya mengambil tempat di sebelahnya lalu diarahkan matanya pada Maaliq Iskandar yang sedang merenung tajam isterinya.

"Sya..kenapa kau kat sini..?sana lah..!"Khairul berbisik perlahan sambil mencuit lengan Ammara Aisya dengan pen di tangannya tetapi dibiarkan tanpa sahutan.

"Helen..tolong halau kawan kau ni kejap..!"Giliran Helen pula dicuit supaya membantunya memujuk Ammara Aisya beralih mengambil tempat di sisi Maaliq Iskandar.Sekilas dikerling wajah Tuan Hadi yang merenung menantunya sambil tersenyum-senyum menggeleng perlahan.

"Ammara Aisya.."Kedengaran suara Maaliq Iskandar menyeru nama isterinya perlahan tetapi dalam nada yang keras.

Anak mata Ammara Aisya dilirik naik pada wajah suaminya.Keluhan kedengaran halus apabila dia melihat anak mata Maaliq Iskandar dilirikkan pada kerusi yang kosong disisi suaminya.

Perlahan dia bangun lalu menapak kearah suaminya lalu dihempaskan punggungnya diatas kerusi akur dengan arahan Maaliq Iskandar.Baru nak merajuk dah kalah!

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kewangan oleh Khairul dan disusuli dengan kata putus dari Tuan Hadi selaku pengarah besar rangkaian hotel milik MI Empire.

Ammara Aisya hanya berdiam sepanjang pembentangan dibuat dan sesekali hujung pen dihalakan pada bibirnya dikemam dan digigit-gigit kecil cuba menghilangkan rasa kantuknya.Kertas kosong diatas meja dilorek satu persatu lukisan mechamato filem animasi kegemarannya tanpa dia sedari tingkah lakunya diperhatikan suaminya sendiri dengan senyuman kecil.

"Jadi Sya dan Helen boleh mulakan untuk menilai prestasi untuk kenaikan gaji mereka semua ya.."Kata putus terakhir dari Tuan Hadi kedengaran sayup di cuping telinga Ammara Aisya namun diabaikan sahaja tidak bersahut.Tangannya masih ligat mengukir bentuk-bentuk robot yang bermain di mindanya.

"Sya..okay tak..?"Terus dia berpaling pada Tuan Hadi dengan wajah terkulat-kulat sebelum memandang Helen di hadapannya yang sudah menyeringai geram.

"Dia okay je ni Tuan..Siap boleh lukis Mechamato..!"Sindir Maaliq Iskandar sambil ketawa kecil.Kertas diatas meja dicapai lalu dilayangkan pada Tuan Hadi yang sudah tersenyum melihat Ammara Aisya terpinga-pinga dengan muka kemerahan.

"Is..!"Kertas ditangan Maaliq Iskandar dirampas kasar lalu dihadiahkan jelingan tajam pada suaminya.Terdengar ketawa kecil staf yang sedang memandang kearah mereka.

"Sayang.."Bisikan Maaliq Iskandar yang berada dekat dengannya kedengaran halus.Perlahan dia melirik ekor matanya sambil menongkat kepalanya merenung kertas diatas meja dengan wajah yang kemerahan.

"I love you..!"Sengaja ingin diusik isterinya.

Papp!

Pen ditangannya terlepas jatuh ke atas meja sebaik saja terdengar ucapan cinta suaminya di dalam bilik mesyuarat.Matanya mengerling sekeliling takut ada orang lain yang mendengar.Mukanya yang dari tadi memerah sudah bertukar kebiruan.

SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C]Where stories live. Discover now