𝑃𝑎𝑟𝑡 40🍁

Start from the beginning
                                    

Tiada tangisan yang kedengaran, hanyalah air mata yang mengalir dipipi Lisa. Dia menitiskan air mata demi sahabatnya. Dan yang pasti sahabatnya sakit kerana abang nya sendiri.

***
Kaki melangkah keluar dari kereta nya dengan pakaian lengkap berwarna hitam merah. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan gah tersebut tanpa secalit senyuman dibibir.

Lift vvip di tuju. Laju dia melangkah keluar dari lift tersebut dan menuju ke destinasi nya. Mirah yang melihat Lisa berjalan laju ke dalam pejabat itu cuba menegur Lisa.

"Cik Lisa? Selamat pagi cik Lisa-...?" Tanpa sempat Mirah menghabiskan ayatnya Lisa telah melintasi dirinya tanpa memandang Mirah sedikit pun. Mirah tercegang.

"Kenapa dingin sangat aura Cik Lisa pagi ni?"

"Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?" Mirah bergumam perlahan.

Bilik gah CEO yang terpampang didepan mata dituju lalu tanpa sebarang amaran diterjah begitu sahaja.

Uwais yang sedang membelek fail kerja memutarkan badan bagi melihat gerangan manakah yang memasuki bilik kerjanya tanpa ketukan pada pintu.

"Adik?" Tegur Uwais dengan muka yang terkejut. Sudah lama Lisa tidak datang ke pejabatnya dan harini adiknya itu memunculkan diri?

Tajam Lisa merenung along nya dan dengan lajunya Lisa mendekati Uwais lalu ditumbuk muka along nya sekuat hati sehingga Uwais tersungkur. Uwais yang tidak bersedia menerima tumbukan padu Lisa. Muka nya berkerut kesakitan dan hairan.

"Adik! Apa adik buat ni?!" Tinggi suara Uwais. Rahangnya dipegang. Rasa nya kalau Lisa ni lelaki, mahu patah terus rahang dia kene tumbuk sebegini.

Lisa tidak menjawab pertanya along nya sebaliknya dia mencapai telefon Uwais yang tidak jauh darinya lalu di hempas ke lantai. Tidak cukup dengan itu di pijak nya telefon Uwais sehingga hancur.

Terbeliak mata Uwais melihat.

"Lisa berhenti!" Arah Uwais namun Lisa tidak menghiraukan nya.

"Lisa Aryani along kata berhenti!" Uwais meninggikan suaranya lagi. Namun tidak juga Lisa berhenti dari memijak - mijak telefon tersebut. Melihat adiknya yang tidak berhenti membuatkan Uwais mendekati Lisa lalu ditolak nya Lisa kebelakang bagi menyedarkan gadis itu.

"Lisa Aryani! Adik dah gila ke?!"

"Bukan adik yang gila, tapi Along yang gila!" Tengking Lisa semula sambil matanya menikam tajam wajah Uwais.

"Telefon ni ada jangan jawab panggilan isteri sendiri! Telefon ni dibeli untuk dimatikan! Bukan untuk dihidupkan!"

"Lepasni beli telefon takpayah jawab call, buat hiasan jer telefon ni! Bagi anjing makan!" Tengking Lisa.

"Lisa!"

"Along ni memang suami tak guna! Suami dayus! Tinggalkan isteri yang mengandung sorang - sorang dekat rumah! Balik lewat malam! Lebih pentingkan kerja dari isteri sendiri.."

"Baik jangan jadi suami! Along tak layak jadi suami Dian! Along tak layak!" Lisa merenung Uwais tajam dengan mata yang merah menyala. Uwais pula menahan dirinya dari menampar adiknya sendiri kerana kata - kata Lisa mencabar dirinya.

"Kenapa diam? Tercabar? Rasa terhina? Eh, takpayah nak rasa terhina sangat lah! Sebab apa yang adik kata ni semua nya betul!"

"Along memang lelaki tak bertanggungjawab! Langsung tak kesahkan keselamatan Dian! Adik tak pernah jumpa lelaki yang kejam macam along ni! Dari dulu sampailah sekarang.. Along tak pernah berubah langsung!"

"Perangai along ni sama je! Macam Iblis! Syaitan! Munafik!" Tengking Lisa dan serentak itu tangan Uwais menampar pipi Lisa kuat sehingga terteleng muka gadis itu.

Lisa senyum sinis.

"Ini je lah yang along mampu.. Gunakan kekerasan pada kaum hawa. Along fikir sebabkan Dian tu cintakan along... Along dah hebat sangat ke? Tak, pada adik along tak hebat mana pun. Along ni loser! Dayus! Tak guna! Jahanam!"

"Berhenti Lisa" Keras Uwais memberi amaran sambil matanya terpejam rapat. Penumbuk dikepal kuat.

"Diandra ada dekat hospital" Kata Lisa perlahan. Uwais membuka mata secara mendadak.

"Apa?"

"Semalam rumah along kene pecah masuk. Diorang hampir nak rogol Dian, tapi adik sempat sampai.."

"Ya Allah.. Isteri aku,"

"Tapi waktu tu keadaan Dian dah teruk. Muka dia pecah, darah keluar banyak dari celah kaki dia" Sambung Lisa lagi lalu matanya naik memandang Uwais di hadapan.

"Ini yang along nak kan?"

"Selama ni, ini lah yang along nak kan? Diandra lenyap dari hidup along. Supaya dia takpayah dah menyusahkan along dengan perangai bodoh dia"

"Jangan merepek adik,"

"Merepek? Adik merepek? Eh, bukan aku yang merepek. Kau tu yang merepek Uwais! Kau! Isteri mengidam kau kata perangai bodoh. Isteri nakkan perhatian, kau kata dia mengada - ngada.. Isteri perlukan kau disisi dia waktu dia dalam kesakitan. Mana kau? Kau dekat mana?"

"Dekat pejabat? Tempat kerja? kerja kau ni lagi penting dari anak bini kau kan? Kau hiduplah dengan kerja kau ni. Bina kerjaya kau sampai kau mampus!" Kata Lisa lagi tanpa dia fikir hormatnya pada Uwais.

Lisa berpaling lalu kakinya melangkah menuju ke arah pintu bilik. Sebelum dia membuka pintu bilik kerja Uwais, Lisa sempat melontarkan kata - kata pedih yang mampu merobek hati Uwais.

"Kalau along rasa along tak mampu jaga Dian... Lepaskan Dian. Dian boleh lagi bahagia dengan orang lain"

"Siapa?"

"Tak kesah lah sesiapa pun. Janji bukan along!" Kata Lisa lalu dia berlalu pergi tanpa berpaling. Uwais jatuh terduduk.

"Ya Allah.. Apa yang aku dah buat ni Ya Allah.."

"Dian.. Maafkan I Dian.. Maafkan I.." Uwais mengalirkan air matanya deras tanpa diseka.











































•1304 word•

Ara minta maaf sebb menghilang terlalu lama..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now