𝑃𝑎𝑟𝑡 36🍁

Start from the beginning
                                    

"Thank you Dian"

"Welcome Uwais Hakim.."

"I nak bagitahu Mama dengan babah! I nak bagitahu Mummy dengan Daddy you sekali! I ma bagitahu semua orang yang I dah nak jadi Daddy!!" Kata Uwais lagi teruja. Laju tangan nya mencapai telefon lalu didail nombor Puan Aliyah.

"Ma! Along nak jadi ayah dah Mama! Dian pregnant Ma!" Kata Uwais teruja dengan gelak tawa nya yang tidak lekang dari bibir. Diandra turut melepaskan tawa kegembiraan melihat bertapa terujanya Uwais.

Air mata Diandra yang jatuh kerana kegembiraan itu dikesat perlahan. Dia masih memerhati Uwais yang tidak lepas dari mendail satu - persatu ahli keluarga nya memberitahu tentang berita ini.

"Cepat lahir sayang.." Kata Diandra separa berbisik pada anak nya.

***
Diandra yang berada di atas sofa itu memerhatikan suaminya lama. Sesekali dia melepaskan keluhan berat. Dilihatnya Uwais yang sedang berhempas - pulas didapur bagi menyiapkan makanan tengah hari.

Tak cukup dengan itu, Uwais juga menyidai pakaian bersih yang sudah siap dibasuh ke atas ampaian. Dia juga turut membasuh pinggan mangkuk yang berada di dalam sinki. 3 dalam 1 yer!

"Sabar sekejap yer you! Dah nak siap dah ni!" Jerit Uwais dari dapur. Dia mengenyitkan matanya pada Diandra. Diandra tertawa kecil. Kemudian Diandra berjalan mendekati Uwais yang berada di dapur.

"You, biarlah I tolong you cuci pinggan tu.. Kesian you kena buat semua ni sorang - sorang. I tolong eh?" Diandra cuba memujuk Uwais. Tidak semena - mena Uwais melemparkan pandangan menikam pada Diandra. Dia mendekati isterinya itu lalu lengan Diandra di tarik lembut menuju ke arah meja makan.

"Nope! Takpayah, I boleh buat sendiri. You tu duduk sini diam - diam. Tunggu sampai I siapkan makanan kita, okay?"

"Tapi I nak tolong you"

"Diandra Adryana." Tegas Uwais menyebut namanya membuatkan Diandra menarik muncung panjang. Sememang nya Uwais tidak membenarkan Diandra melakukan sebarang kerja rumah sejak beberapa minggu yang lalu selepas mengetahui Diandra mengandung.

Diandra dilarang mengemas, mencuci dan juga memasak. Walaupun Diandra masih lagi tidak mahir memasak, namun wanita itu masih mampu menghasilkan lauk ringkas untuk dijamah. Tetapi Uwais melarang Diandra dari berbuat sedemikian. Katanya Diandra perlukan rehat yang secukup nya.

Diandra perlukan rehat kerana wanita itu berbadan dua. Pasti Diandra akan letih dan itu yang Uwais tidak mahu. Dia mahu Diandra sihat dan tidak letih sepanjang isterinya itu mengandung. Namun tidak bagi Diandra.

Diandra lebih gemar bergerak dan melakukan kerja rumah berbanding duduk dan tidak melakukan apa - apa. Bukan sahaja tidak boleh membuat kerja rumah, Uwais juga turut melarang Diandra dari pergi ke butik nya. Dia menyuruh Diandra berkerja dan memantau dari rumah sahaja.

Uwais tidak benarkan Diandra keluar dari pagar rumah mereka. Begitu protective nya seketul Hakim Uwais terhadap isteri tercinta. Diandra menongkat dagu sambil matanya tidak lepas dari melihat Uwais yang tergopoh - gopoh menyiapkan hidangan.

Selepas hampir satu jam. Makanan siap di masak.

"Dah siap! Sekarang kita dah boleh makan!" Kata Uwais teruja. Dia mengambil tempat disebelah Diandra lalu di bubuh nasi kedalam pinggan isterinya. Lauk juga dicedokkan ke dalam pinggan Diandra. Diandra hanya memerhati. Kalau di halang nanti dia pula yang dimarahi, kesudahnya dia hanya membiarkan.

"Bismillahhirahmannirahim.." Diandra menyuapkan nasi kedalam mulut nya.

"Macam mana? Sedap tak?" Tanya Uwais. Diandra mengunyah perlahan - lahan dengan mata dipejamkan rapat. Kemudian dia menelan.

"Hmm.."

"Kenapa? Tak sedap ke? I terlebih garam ke?" Gelabah Uwais bertanya sambil kening berkerut - kerut. Diandra yang melihat terus melepaskan tawa yang kuat. Lucu melihat wajah cemas Uwais.

"Sedap lah youuu... Apalah! Itu pun nak gelabah. Sampai habis kening tu berkerut - kerut. Buatlah macam tu selalu, nanti jadi tua sebelum usia!" Kata Diandra lalu dia ketawa lagi. Uwais mengecilkan pandangan nya. Geram jer dia melihat si isteri kecilnya ini. Ikutkan nak aja dia gigit pipi Diandra tu. Biar bocor!

"Pandai eh you mengusik I! You tengoklah nanti, ada ubi ada batas, ada hari I balas!"

"HAHAHAHA! Bluerkkkk! Balas lahh.. Nanti anak kita ni merajuk dengan you sebab buli mummy dia. Kan baby kan?" Balas Diandra sambil mengusap perutnya. Uwais memicit kuat hidung Diandra sehingga merah. Geram sungguh dia.

"Aduhh! Sakitlah youu! You ni kan! Penyek lah hidung I!" Omel Diandra sambil mengusap hidung nya yang sudah merah. Uwais pula melepaskan tawa kuat. Dia mencium puncak hidung Diandra lalu di peluk isterinya itu.

"Alololo.. Preggy mom marah kita lah... Itu lah, mengusik orang lagi. Kan dah kena. Kan anak daddy kan? Mummy ni yang naughty sangat, sebab tu lah daddy picit hidung mummy ni. Biar penyek macam kartun!" kata Uwais pada anak nya.

Diandra memanah wajah Uwais tajam. Bertuah punya suami! Main balas - balas pulak! Patutnya Uwais mengalah dengan dia. Kata pun lelaki, mestilah kene mengalah dengan perempuan. Tak begitu kaum hawa?

"Ish you ni! Ada pulak balas balik! You kena mengalah dengan I! I kan pregnant. Sampai hati you! Tak sayang I lah tu.." Diandra membalas lalu dia menarik muka. Mula dah simptom perempuan mengandung nya keluar.

"Lahh.. Tadi you yang mengusik I. I balas lah balik, tak boleh pulak?"

"Tak boleh lah! You kena terima jer bila I mengusik you.. You mana boleh balas balik! Tak gentleman lah you ni! Merajuk! Jangan cakap dengan I!" Diandra menarik muncung.

"HAHAHAHA, boleh pulak eh macam tu? Kalau tak boleh cakap dengan you.. I cakap dengan baby lah, boleh? Cakap dengan baby boleh tak?" Balas Uwais sambil mencuit pipi Diandra. Diandra menepis laju. Dia merajuk sekarang ni! Bukan reti nak pujuk! Boleh pula diusik nya lagi. Memang lelaki betul!

"Tak boleh! Cakap dengan baby pun tak boleh! Baby taknak cakap dengan you pun" Balas Diandra dengan rajuknya. Uwais ketawa besar, sungguh isterinya kalau merajuk memang comel.

Dia tahu Diandra merajuk. Dia saja jer buat tak tahu, saja nak mengusik isteri kecilnya itu. Uwais mencuit hidung Diandra lalu di cium sisi kepala isterinya.

"I'm sorry love.." Pujuk Uwais penuh romantik sambil matanya merenung wajah Diandra yang dekat dengan nya. Diandra menyimpan senyum.
Ni yang dia tak boleh ni! Dia kalah betul dengan renungan menggoda suaminya itu.

"Sorry jer?"

"Okay tell me, you nak I buat apa lagi supaya you tak merajuk dengan I dah. Actually I memang nak biar jer you merajuk, sebab you comel tau bila merajuk. Tapi tu lah, kita nak makan. Nanti kang you merajuk sampai taknak makan pulak" Sempat lagi Uwais mengusik Diandra. Muncung mulut wanita mengandung itu.

"You ni!"

"HAHAHAHA, no - no.. I gurau jer sayanggg" Kata Uwais dengan tawanya. Diandra turut sama tertawa kecil, suka melihat senyuman manis Uwais. Dia tidak pernah rasa bahagia, sebagaimana dia bahagia bersama Uwais.

"Jangan tinggalkan I" Kata Diandra secara tiba - tiba. Matanya tidak lepas dari menatap Uwais. Tawa Uwais serta - merta mati. Dia menatap Diandra semula. Lama mereka saling bertatapan.

"I sayang you Is. Jangan tinggalkan I, okay?" Kata Diandra lagi, tangan nya naik mengusap lembut pipi Uwais. Uwais mencapai tangan Diandra lalu dia mencium tangan isterinya lama. Belakang telapak tangan Diandra di tekapkan ke dahinya sambil mata terpejam rapat.

"I promise my Queen. I takkan tinggalkan you"






































•1619 word•

Boleh percaya ke Uwais ni?

"This update is for my readers, ujian lisan mula esok doakan Ara yer.. Jazaakallah khairan 🦋"

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now