𝑃𝑎𝑟𝑡 32🍁

Start from the beginning
                                    

"Jangan Tuan. Tolong jangan bergaduh dengan adik Tuan, sebab saya.." Lirih Fatihah berkata tanpa sedar air matanya mengalir laju ke pipi.

Lisa menjeling Fatihah menyampah. Sangat fake! Bagi Lisa itu hanya satu lakonan yang ditunjukkan bagi menampakkan dia seorang wanita yang baik. Sedangkan!

Hina!

"Kalau ikutkan, dengan along pun tak layak dihormati. Curang kan?" Sengaja Lisa menambah minyak pada api. Uwais menahan dirinya dari menampar adiknya sendiri.

Merah menyala matanya menahan marah. Zarif pula sudah risau jika Uwais menyerang Lisa secara mengejut. Ditariknya Lisa agak rapat ke sisi. Dia memberi isyarat mata pada Lisa agar Lisa diam dan jangan meneruskan bicaranya lagi.

"This is my life. Jangan masuk campur urusan hidup along" Keras Uwais memberi peringatan sambil jari telunjuk menunjuk ke arah Lisa.

Dia kemudian berlalu pergi sambil memegang tangan Fatihah agar mengikuti langkahnya yang laju. Lisa merenung pemergian Uwais dan Fatihah tajam.

Berani betul along dia buat perangai keji macam ni! Dah datang bukan nak lawat. Tapi berambus macam tu sahaja!

"Apa yang kau dah buat Lisa?" Tanya Zarif datar. Lisa berpaling menghadap Zarif.

"Kau pulak. Apa yang kau dah buat?" Tanya Lisa kembali.

"Dia suami Dian. Dia berhak untuk tahu keadaan isteri dia. Soal curang atau ada perempuan lain ke, itu masalah rumah tangga diorang. Tak ada kena - mengena sikit pun dengan kita" Balas Zarif panjang. Lisa berdecit.

"Kau bercakap senang, sebab kau tak ada dekat tempat Dian. Kau tak rasa apa dia rasa jadi kau boleh lah bercakap macam orang yang bermoral sangat. Takpayah nak buat perangai fake depan aku. Aku benci!" Lisa menjawab dengan kasar.

"Bukan fake, tapi kenyataan nya Lisa. Aku bukan berpura - pura bercakap macam orang bermoral. Tapi ini fakta! Kau tak boleh masuk campur hal diorang"

"Whatever. You know what? Kau dengan along aku, sama. Sama - sama bodoh!" Maki Lisa sebelum dia bergerak pergi dari situ. Makin lama bercakap dengan Zarif makin membuatkan hatinya semakin panas.

Zarif terdiam. Dia hanya menatap pemergian Lisa tanpa sebarang suara. Sekilas dia melihat Diandra yang masih termenung menghadap tingkap luar bilik.

Pasti banyak perkara yang bermain di minda Diandra ketika ini. Zarif turut berlalu pergi. Tanpa mereka sedar Diandra mendengar semua perbualan mereka sejak dari tadi.

Dia juga tahu Uwais datang, dia juga tahu yang Uwais membela Fatihah dari diserang mulut oleh Lisa.

Setitis mutiara jernih mengalir dipipi kanan nya. Namun Diandra masih termenung menghadap luar tingkap bilik nya. Bagaikan air mata tersebut tidak mengganggu Diandra walau sedikit pun.

Tidak diseka.

***
"Apa Tuan buat ni? Lepaskan tangan saya!" Marah Fatihah sambil merentap tangan nya agar terlepas dari pegangan Uwais.

"Sorry, saya tak sengaja" Kata Uwais meminta maaf kerana memegang Fatihah sesuka hati.

"Kenapa Tuan cakap macam tu dekat adik Tuan? Dia akan salah faham dengan kita nanti" Tanya Fatihah tegas. Uwais membuang pandangan ketepi sebelum dia memandang Fatihah lama.

"Tuan, saya bertanya dengan Tuan ni"

"Saya dengar Fatihah"

"Jadi jawab soalan saya," Arah Fatihah dia tidak mahu berlembut lagi. Dia tidak mahu adik Uwais salah faham akan dirinya. Dia bukan perempuan perampas. Dia tak kacau Uwais dan dia tak rampas Uwais dari Diandra.

"Salah ke apa yang saya cakap tadi? Ini hidup saya, ini urusan saya. Adik saya tak berhak campur tangan dalam urusan hidup saya. Diandra tu isteri saya. Saya tahu jaga isteri saya sendiri, jadi adik saya tak layak masuk campur dalam urusan rumah tangga saya. Salah ke?" Uwais membidas.

Fatihah membisu.

"Dan awak. Awak PA saya..." Uwais berjeda sambil memandang lembut kedalam mata Fatihah membuatkan Fatihah terkaku.

Dia tidak dapat menarik pandangan nya ke arah lain. Pandangan mata Uwais memukau dirinya membuatkan dia turut terbuai dalam masa yang sama jantung nya berdegup pantas.

"Awak juga.. Orang yang penting dalam hidup saya.."

Bagai terhenti degupan jantung Fatihah mendengar ayat yang keluar dari mulut Uwais. Dia mahu berkata - kata namun ia bagai tersekat dikerongkong nya.

"Awak, awak penting bagi saya Fatihah" Sekali lagi Uwais mengulangi percakapan nya. Fatihah membatu.

"A-apa.. Apa maksud Tuan?"

"Maksud saya, adalah apa yang awak sedang fikirkan. Itulah maksud saya" Balas Uwais tenang setenang - tenang nya. Dia mengukirkan senyuman manis buat Fatihah.

Fatihah terkedu. Jantung nya kini berdegup dengan lebih pantas dari tadi.

'Takkanlah.. Maksud nya.. Aku ni, penting dalam hidup dia?'

'Aku dah bertakhta dalam hati dia? Itu ke apa yang dia maksudkan?'

'Ya Allah.. Kenapa kau timbulkan perasaan ini dalam diriku Ya Allah..'

Tanpa Fatihah sedari dia juga turut sama mengukir senyuman manis buat Uwais.

Dari jauh Zarif memerhatikan Uwais dan Fatihah. Dia hanya memandang mereka dengan satu pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. Kemudian Zarif berlalu pergi.



































































•1254 word•

Bini tengah sakit, dia pulak pergi luahkan perasaan! Bongok!

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now