𝑬𝒑𝒊𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆

10.1K 426 57
                                    

Dua tahun kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua tahun kemudian,

"Nahlan, Naela, turun makan."

Terkedek-kedek dua kembar berusia 2 tahun itu berlari ke arah meja makan. Tuan Dayyan Nahlan dan Tuan Dayyana Naela. Anak kesayangan kepada Tuan Aryan Darmish.

"Nahlan dengan Naela duduk dulu. Aunty Mel nak ambil nasi dekat dapur." Melya tersenyum melihat dua anak buahnya itu. Perutnya yang membulat diusap lembut. Tak lama lagi dia dan Adryan bakal menyambut kedatangan anak perempuan mereka.

"Alan, dedek (adik) nanak olet (coklat)." Naela menggoncang tangan abangnya, Nahlan. Nahlan berdecit perlahan.

"Makan nasi dulu." Ujarnya tegas. Sememangnya Nahlan lebih petah berkata-kata kalau nak dibandingkaan dengan adik kembarnya, Naela.

Mencebik manja si kecil itu. Amau awan Alan!

"Kenapa babygirl Ddy ni muncung hm?"

Terus berubah mood merajuk si Naela apabila suara Aryan menerpa koklea telinganya. Langsung dia berdiri di atas kerusi sambil mendepakan tangannya.

"Jatuh nanti sayang Ddy ni." Cepat-cepat Aryan mendapatkan anak perempuannya itu. Lalu diangkat tubuh kecil itu. Dahi bersih anaknya itu dikucup berkali-kali.

"Girls always annoying." Gumam Nahlan perlahan. Namun, cukup sampai ke telinga Aryan. Ketawa halus dia mendengar rungutan anak lelakinya itu. Muka garang sentiasa. Ini kalau letak dekat sebelah Adryan ke Darren ke, mesti orang tak tahu itu anak Aryan. Muka Aryan sentiasa dihiasi senyuman lebar. Lainlah dua ketul mamat tu, susah nak senyum. Paling susah Darren la yang pasti.

"Ddy, Alan amau (tak mau) agi (bagi) dedek olet." Naela menyembamkan wajahnya ke ceruk leher Aryan. Merajuk kuat. Perangai macam Aryan.

"Betullah. Alan suruh dia makan nasi dulu." Nahlan memeluk tubuh. Apa yang salah? Betullah kan?

Aryan tersenyum, "Betul apa yang Alan cakap tu. Adik kena makan nasi dulu. Barulah boleh makan coklat."

Naela mengangkat wajahnya memandang Aryan. Kedua pipi Aryan ditekupnya.

"Nak Mmy!!" Rengeknya. Terus terdiam Aryan. Nak jawab apa ni? Pangkal leher diusap perlahan. Susah soalan ini mengalahkan soalan SPM. Terlalu berfikir aras tinggi.

"Mmy takde sayang." Lembut dia memujuk anaknya itu. Karang meraung melalak dia juga yang susah.

"Adik ni mengadalah." Nahlan merungut. Kenapalah perempuan ni complikentut?

Semakin memuncung mulut si Naela selepas abangnya berkata demikian. Alan suka mengusik. Macam bapaknya. Bagaimana kuihnya, begitulah acuan. Macam terbalik je.

"Hah, tunggu apa lagi Ar? Dedek dah minta Mmy dia." Melya muncul di muka pintu bersama semangkuk nasi. Sengaja dia mengusik adik iparnya itu.

Aryan menjelingnya.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now