𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 26

6.7K 473 131
                                    

"Sayang~~~~~"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang~~~~~"

Natalya memekakkan telinga mendengar suara si suami.

"Sayangggggg grrrrr!"

Natalya hanya diam melipat kain baju. Malas mahu melayan perangai Aryan yang tidak semenggah itu. Makin dilayan makin menjadi-jadi.

"Ish, sayang ni. Sepak kang! Orang panggil buat tak tahu je kan. Tak cium bau syurga baru tahu." Aryan duduk bersila di atas katil. Tangan disilang ke dada. Abe Ar merajuk ni, merajuk ha merajuk ni.

"Abang tu, asal malam je mula la nak buat benda bukan-bukan. Saya ni penat tahu tak. Ni perut saya makin hari makin besar bukan makin kecil." Bebel Natalya. Memang tidak dapat dinafikan sejak mengandung ni dia memang asyik bebel.

Aryan mencebik.

"Semalam abang curi selipar jiran sebelah pergi letak dekat antena astro rumah dia. Si jiran pula pergi tengok cctv. Kantoi abang yang buat. Lepastu yang nak menjawabnya saya. Abang tahu buat apa je?" Natalya sudah mula mukaddimah untuk teruskan bebel. Matilah kau Ar.

Aryan tersengih sambil menggaru belakang telinga, "Abang tahu buat anak."

Natalya mengecilkan matanya.

"Minggu lepas, abang rembat kain pelikat pak imam tengah melepas dekat jamban belakang surau. Lepastu gantung kain tu dekat atas pagar surau. Abang ni dah tua. Nak jadi bapak orang dah. Perangai tu tak boleh bagi elok sikit ke?"

Aryan mengemam bibir. Tiba-tiba teringat kejadian minggu lepas.

"Tapi tu kan tiga tapir tu yang ajak." Aryan mahu mempertahankan dirinya. Malangnya,

"Ha eloklah salahkan orang lain. Dah abang tahu perangai Afeeq, Aqeef dengan Aefeq tu macam mana, yang abang ikut lagi kenapa? Abang tu dah besar ada akal. Fikirlah. Penat saya nak menjawab dengan orang. Ni belum ada anak lagi. Cuba kalau ada anak. Habis diajarnya anak bukan-bukan. Penat tau penat." Ha dia bagi sekali harung, langsung tak berhenti.

Aryan mendekati isterinya. Mata Natalya ditatap dalam-dalam.

"Abang ingat saya ni suka ke dengar orang cakap...." Kata-kata Natalya terhenti. Wajah Aryan dipandang hairan. Dah kenapa laki aku ni?

Tangannya menampar lembut lengan si suami.

"Abang dah kenapa? Tenung saya macam tu." Marahnya.

Aryan senyum nakal, "Sayang bebel nampak sexy. I like."

Natalya menjeling Aryan, "Gila."

"Memang abang gila. Gilakan Natalya Rozella. My Mozarella. Grrr!" Aryan mengenyit mata ke arah Natalya. Ini kalau anak dara dekat luar sana tengok, mahu menggelupur masing-masing.

Aryan merampas baju di tangan Natalya.

"Abang, kejap lagi nak main-main. Bagi balik. Saya nak sambung lipat." Natalya menyua tangannya di hadapan Aryan. Aryan senyum senget sebelum,

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now