𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 36

5.2K 368 42
                                    

Mengiring ke kanan, mata tidak dapat pejam

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Mengiring ke kanan, mata tidak dapat pejam. Mengiring pula ke sebelah kiri, masih sama. Natalya bangun daripada baring. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil. Ketenangan hatinya tak kunjung tiba. Rasa bersalah menerpa fikirannya. Tak sepatutnya dia melibatkan Aayyan dan Ayeena dalam hal ini.

Jam di dinding dipandang sekilas.

Tepat 3 pagi.

Wajah Aryan masih belum menerpa ke ruang kornea matanya. Ke manakah lelaki itu pergi? Baik-baikkah keadaannya? Berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya. Berkali-kali dia cuba memejamkan matanya namun sia-sia. Ya Allah, apa aku buat ni?

Terus dia bangun duduk di birai katil. Telefon di atas night stand dicapainya. Laju dia mendail nombor telefon Aryan. Masuk mailbox? Semakin tak keruan Natalya dibuatnya. Dia mencuba sekali lagi. Dan ya, sekali lagi masuk mailbox. Sudahlah nok! Abe Ar majok. Ayok!

Bendungan air matanya pecah. Dia cuma mahukan suaminya semula. Ya Allah, apa aku kena buat ni? Darmish dah benci aku ke? Dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok. Terhinggut-hinggut bahunya, dia melepaskan tangisannya. Suara esakannya mulai kedengaran.

Klak!

"Sayang, hey what's wrong?"

Natalya mengangkat wajahnya memandang wajah Aryan. Jelas lelaki itu merisaukannya. Aryan duduk di sebelahnya. Bahu Natalya dibawa rapat ke arahnya. Perlahan-lahan dia mengusap bahu isterinya.

Natalya melepaskan tangisan di bahu Aryan. Jujur, dia juga rindu dengan belaian Aryan. Kerana sikap cemburu butanya tanpa mendengar penjelasan suami itu dia semakin jauh daripada Aryan. Dia sedar salahnya. Derhaka kepada suami.

Selepas keadaannya semakin membaik, Aryan menyoalnya.

"Feeling better hm?"

Kepalanya dijatuhkan perlahan. Senyuman nipis terlakar di bibir Aryan. Kucupan hangat dilabuhkan ke ubun-ubun Natalya.

"Lya minta ampun. Lya tahu salah Lya, Lya tak patut libatkan mummy daddy. Lya tak patut tinggikan suara pada abang. Lya salah. Lya berdosa." Tangan Aryan diraihnya. Dikucup bertalu-talu. Rasa bersalah menggunung dalam dirinya. Aryan memanjatkan rasa syukur melihat perubahan isterinya. Alhamdulillah.

"Lya..."

Aryan menarik tubuh isterinya ke dalam dakapannya.

"Shh, don't cry chagiya."

Panggilan yang Natalya rindukan. Chagiya. Hanya buatnya.

"Abang maafkan sayang. Abang faham emosi ibu mengandung. Apa yang abang cakap tadi, lupakan okay? Kita mulakan hidup baru ya?"

Laju kepala Natalya mengangguk. Ya, dia menyesal dengan apa yang berlaku. Dia sepatutnya percayakan suaminya. Kenapa dia bulat-bulat percayakan orang luar? Sepatutnya dia percayakan Aryan.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin