𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27

5.9K 403 85
                                    

"Aryan!!! Tunggu!!!"

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

"Aryan!!! Tunggu!!!"

Aryan mengeluh kasar. Penatlah jumpa budak Saffya ni. Nasib baik perempuan, kalau lelaki memang daa makan penumbuk sulung Abe Ar.

"Ar!! Tunggu I." Rengek Saffya sambil mengejar langkah kaki Aryan yang sudah laju ke hadapan.

Semakin laju kaki panjang Aryan mengatur langkah. Malas mahu melayan perangai Saffya. Naik rimas dia dibuatnya. Tak faham bahasa ke apa si Saffya ni?

Saffya berlari lalu sepantas kilat menghalang jalan Aryan. Nasib baik Aryan sempat brek. Kalau tidak tu, hm faham sendiri.

Aryan mendengus geram. Ada yang mati kena cekik nanti jangan tanya kenapa.

"Kau nak apa hah? Tak faham bahasa melayu ke gila?! Aku cakap aku tak nak kau! Tak naklah! Sekali aku tampor berselerak gigi kau baru tahu." Aryan menjeling Saffya tajam. Menyemak punya perempuan. Banyak lagi jantan lain kau boleh kejar, aku yang hensem ni juga kau nak.

Saffya terdiam. Tipulah kalau dia cakap dia tidak terasa dengan kata-kata Aryan. Amat kasar. Mengguris hati wanitanya.

"Ar!!"

Mereka berdua menoleh ke arah suara yang memanggil Aryan. Aryan tersenyum. Good! My life saver!

"Uncle Riq!" Aryan melambai tangan ke arah Aariq yang berjalan ke arah mereka.

Aariq senyum kecil sebelum senyumannya mati apabila matanya terpandang ke arah gadis di sebelah Aryan.

"Dey, sundel! Ngapain loh di sini?" Welcome back, our beloved Aariq. Readers rindu awak punya comeback.

Saffya memandang Aariq dengan mata terkebil-kebil. Aryan pula sudah senyum sumbing. Saff, jaga mental kau. Takut kau yang kena mental.

"Uncle~~~ tengok this girl asyik kacau Ar. Rimaslah. Uncle tolonglah settle. Malaslah layan minah muka bedak bercapuk ni." Aryan menggoncang lengan si bapa saudara.

Aariq memandang tajam je arah Saffya, "Kau kenapa kacau anak buah aku?" Soalnya kasar.

Aryan senyum senget, "Garang lagi uncle, garang lagi!"

"Kau sedar tak Aryan Darmish ni suami orang. Aku ulang ni. Aku ulang. SUAMI ORANG. Haa ada paham? Takda paham? Lantak ko la nak paham ke tak. Ada nampak macam aku kesah? Lambat lagi aku nak kesah!"

Tertunduk-tunduk kepala Saffya. Malu. Itu yang dirasakannya. Bibir bawah diketap.

"Kau sedar sikit Saffi Rania Gold. Ar ni tak nak dekat kau. Dia dah ada bini. Kau carilah lelaki lain. Tak payahlah gedik-gedik dekat suami orang. Urat malu kau terputus ke?" Sambung Aariq lagi.

"Padan muka kau. HAHAHAHAH." Aryan ketawa memegang perutnya. Saffya yang berasa sangat malu itu terus berlari keluar daripada bangunan The D's.

Aariq dan Aryan ketawa bersama tanpa henti.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now