𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1

6.7K 368 38
                                    

"Lah, dah kenapa nak kena puasa dekat rumah orang tua tu? Tak naklah, mummy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lah, dah kenapa nak kena puasa dekat rumah orang tua tu? Tak naklah, mummy." Aryan menghentak kakinya seperti anak kecil merengek mahukan mainan.

Ayeena menggeleng kepala melihat anaknya itu. Dah besar. Dah jadi bapak orang dah pun, masih berperangai seperti budak-budak.

"Atuk tu dahlah suka ketuk kepala orang. Tak naklah dengan dia. Kita puasa sini je laaaa." Rengeknya. Memandangkan bulan puasa menjelang tiba, Tuan Aydan memaksa anak cucunya untuk berpuasa di rumahnya. Katanya telah lama rumahnya sunyi. Tiada orang di sana. Ada pun isterinya saja.

"Tak payah nak mengada, Ar. Ikut sajalah kehendak si tua tu. Kalau dia dah tak ada nanti, sibuk pula kau nak menangis air mata darah." Aayyan mendekati Ayeena. Lalu tubuh isterinya itu dirangkul. Sudahpun tua, cintanya pada Ayeena tidak sedikit pun berkurang.

Aryan memandangnya jengkel. Anak dalam dukungannya dikemaskan. Daiyan Nahar, anak ketiga kepada Tuan Aryan Darmish.

"Mummy tak pelik ke kenapa tiba-tiba si tua tu ajak kita semua balik rumah dia? Macam ada something. Dia dah nak mati ke?" Begitu celupar mulut seorang Aryan Darmish. Tak tahulah nak buat macam mana lagi. Dah memang namanya keturunan Tuan Aydan semuannya mulut tak ada insurans.

Ayeena menampar lengan anaknya itu. Ada pula kata begitu. Buatnya kata-kata tu menjadi doa.

"Dah, tak payah nak merepek. Pergi siap. Bawa segala keturunan kau, kita pergi rumah Atuk kau tu. Ajak adik-adik kau sama." Aayyan terus berlalu pergi bersama wajah mendatar.

Aryan mengemam bibir. Salah cakap ke?

"Ar pergi siap. Mummy nak cakap dengan Daddy kejap." Ayeena mengejar langkah Aayyan ke luar rumah. Dia tahu pasti suaminya terusik dengan kata-kata Aryan. Siapa saja yang mahu Ayah mereka pergi buat selamanya?

Natalya menapak mendekati suaminya.

"Kenapa tu?"

Aryan menggeleng perlahan, "Abang ada salah cakap sikit tadi. Anak-anak yang lain mana?" Dia mencari kelibat Nahlan dan Naela. Suka betul dua orang itu pulang ke rumah Tok Ddy & Tok Mmy mereka.

"Ada dekat atas. Dah tidur. Abang pergilah minta maaf dengan Daddy. Bak Nahar dekat Lya." Natalya menghulurkan tangannya. Lambat-lambat Aryan menyerahkan anaknya itu kepada si isteri.

Dia menuju ke luar rumah. Tanpa sengaja dia mendengar perbualan Aayyan dan Ayeena.

"Abang, Ar tak sengaja. Janganlah marah dia."

"Abang tak marah dia pun. Cuma abang pun rasa benda yang sama. Lately Ayah selalu call abang. Tanya khabar. Selalu cakap pasal kematian. Abang...." Air mata Aayyan mula jatuh membasahi pipi. Sebagai seorang anak, dia dapat rasakan ayahnya itu sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya dan adik beradik yang lain.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now