𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 45

6.4K 404 85
                                    

"Baliklah gila, tengah-tengah malam menyemak dekat rumah aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Baliklah gila, tengah-tengah malam menyemak dekat rumah aku. Aku takek kau karang. Mana mak bapak kau? Yan ni nak kena dengan aku. Buat anak pandai, jaga tak pandai."

Pap!

Lengan Tuan Aydan ditampar lembut oleh Tengku Dayang sebelum mengambil tempat di sebelah Aryan. Suaminya itu tak habis-habis membebel. Semakin tua, semakin bebal. Entah macam mana dia boleh jatuh suka dengan orang tua itu.

"Apa yang? Sikit-sikit abang yang kena. Semua nak menangkan cucu dia." Memuncung bibir Tuan Aydan. Nak ajuk aa gini.

Tengku Dayang mengusap bahu cucunya, Aryan. Terkejut suami isteri itu dengan kedatangan Aryan yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Lebih-lebih lagi Aryan datang bersama wajah sembam. Serabai mengalahkan orang mati bini.

"Ar, bagitahu nenda. Kenapa ni? Ada masalah ke sayang?" Lembut Tengku Dayang menyoal. Jika dilihat balik, keadaan Aryan kini lebih kurang keadaan Aayyan ketika ditinggal oleh Ayeena.

Tuan Aydan duduk di sofa bertentangan mereka, "Kau pun nak jadi macam bapak kau ke? Gaduh dengan bini. Lari balik sini. Kes apa pula kau ni? Jangan kau ikut jejak si Aayyan tu sudahlah. Memang aku pukul kau dengan tongkat aku." Tongkatnya diangkat seakan mahu memukul cucunya itu. Lantas Aryan memeluk tubuh Tengku Dayang.

"Hey, bini aku tu. Sedap kau je peluk. Sini peluk aku."

Aryan menoleh ke arah Tuan Aydan bersama bibir tersebek-sebek sebelum dia berlari mendapatkan Tuan Aydan. Tidak dapat dinafikan Tuan Aydan memang garang walaupun dengan cucu-cucunya. Namun, Aryan adalah satu-satunya cucu yang paling rapat dengannya. Selalu mengadu masalah dengannya. Selalu bergaduh tarik rambut dengannya.

"Atuk hiks hiks..."

Tuan Aydan mengusap belakang tubuh Aryan, "Kau nangis dulu. Nanti dah okay baru cakap. Aku nak scroll tiktok kejap. Yang, tolong buatkan ribena dekat Ar jap. Nanti lepas nangis dia dahaga." Tuan Aydan mula membuka aplikasi tiktok. Sebelah tangannya mengusap belakang tubuh Aryan. Manakala sebelah lagi ligat scroll tiktok.

Tengku Dayang bangun meninggalkan dua orang itu dan menuju ke dapur.

"Atuk, Ar dah habis nangis."

Tuan Aydan berdecit, "Tch, aku tengah syok scroll tiktok ni. Ha ye la, cakap apa masalah kau? Kau kalau tak ada masalah, mana nak ingat jalan balik rumah aku. Tambah bapak kau. Memang susah nak nampak muka dia sekarang. Sombong amat."

"Atuk, Ar ni jahat sangat ke?" Aryan mengangkat wajahnya menatap wajah tua Tuan Aydan itu. Makin tua makin hodoh atuk aku ni. Nasib nendalah dapat suami hodoh ni.

Berkerut dahi Tuan Aydan. Jahat?

"Tak naklah cakap tapi kena cakap jugaklah. Kau memang jahat. Mulut kau kau boleh melawan je kerja kau. Aku ni dah asyik kena dengan kau. Puaka punya mulut. Entah dekat mana bapak kau kutip kecik-kecik dulu. Besar-besar suka mengata orang. Ini kalau kau mati masuk neraka aku tak boleh buat apa, aku lambai je la kut."

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now