𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7

8.3K 595 90
                                    

Bunyi deruan ombak pantai mendamaikan jiwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi deruan ombak pantai mendamaikan jiwa. Aryan memejamkan matanya. Segala yang melekat di fikirannya cuba ditepis.

"Awak marah saya ke?" Soal Natalya. Tangannya menggenggam erat tali sling bagnya. Dia risau lelaki itu langsung tidak bercakap. Hanya sepi menemani mereka sedari awal tadi. Tiba-tiba mereka tiba di pantai.

Ternaik kening Aryan. Terlupa pula bawa budak ini juga.

Mata dicelikkan sebelum menoleh ke arah Natalya yang sedang menggigit bibir. Terbit satu senyuman kecil di bibir Aryan.

"Taklah. Aku bukan marah kau. Aku marah budak-budak tadi tu. Aku tak suka cara diorang pandang kau." Lembut Aryan berkata.

Natalya memandang ke arah Aryan.

"Kenapa awak kisah pasal saya? Kenapa awak yang melebih macam saya ni awak punya?" Gumam Natalya perlahan.

"Kau memang aku punya pun. Janji dengan aku lepasni tak pakai baju macam ni lagi dah. Kau kalau nak goda aku, aku tak kisah. Itupun tunggu kahwinlah." Aryan senyum sumbing. Natalya memalingkan muka ke luar tingkap. Bibir bawah dikemam. Malunya Ya Allah!

Kemudian hanya sepi menemani mereka kembali.

"Chagiya." Aryan memecahkan kesunyian antara mereka.

Natalya diam menunggu jawapan daripada mulut Aryan.

"Jom kahwin!"

Hampir tercabut jantung Natalya. Apa kejadahnya ajak kahwin macam gini? Macam ajak makan aiskrim je! Selamba badak je.

"Darmish, jom balik." Ajak Natalya. Malas lama-lama di situ. Mula-mula ajak dating, lepastu ajak kahwin. Lepasni ajak apa pula? Ajak buat anak? Mengrisau.

Aryan tergelak kecil.

"Merah betul muka kau, kenapa? Lapar cendol ke lapar kaki?" Terbahak-bahak dia ketawa. Amboi, sukanya dia.

Natalya menjelingnya tajam. Suka hati je nak usik orang.

Aryan mula menghidupkan enjin kereta semula. Mereka pun beransur pulang.

"Darmish, boleh tak lepasni kita tak payah keluar berdua macam ni?"

Berkerut dahi Aryan, "Nak keluar bertiga ke? Jomlah kahwin dulu. Ada anak nanti kita tak berdua dah la."

Natalya menepuk dahinya.

"Awak ni merepeklah. Bukan itu maksud saya. Kalau boleh lepas ni kita jumpa dekat office je atas urusan kerja, tak keluar lunch macam ni lagi dah." Jelas Natalya. Dia tidak selesa dengan pandangan staff lain terhadap mereka. Mahu tidaknya, hari-hari Aryan terpacak di hadapan mejanya.

"Kenapa pula? Aku nak keluar dengan kau. Ada orang marah kau ke? Bagitahu aku siapa orang tu. Biar sini Abe Ar luku kepala dia biar bodoh abadi."

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now