𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 35

5.3K 373 54
                                    

Sedang Aayyan dan seisi keluarganya menonton televisyen bersama, Ayeena termenung teringatkan Aryan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang Aayyan dan seisi keluarganya menonton televisyen bersama, Ayeena termenung teringatkan Aryan. Selalunya tengok TV ramai-ramai, mesti Aryan bergaduh dengan Aayyan berebut mahu tidur di atas ribanya. Cepatnya masa berlalu. Anaknya itu telahpun mendirikan rumah tangga.

"Que, Ar ada pergi office tak? Mummy risaulah. Dari semalam mummy call tak dapat."

Anrique menoleh ke arah Ayeena. Dia mengangkat bahunya. Kalau dia bagitahu Aryan sebenarnya ambil cuti 2 bulan, agak-agak Ayeena terkejut tak?

"Mummy, Ar tu dah besar pandailah dia jaga diri sendiri." Sampuk Adryan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Anrique. Matanya tertancap pada skrin TV.

Ayeena mencebik. Bahu Aayyan yang sedang baring di ribanya itu ditampar.

"Argh! Sakitlah sayang!" Aayyan bangun daripada baring. Bahu yang ditampar isterinya itu diusap.

"Abang sedap ja tidur. Orang tengah risau pasal anak ni."

Kening Aayyan berkerut, "Anak yang mana satu ni?" Ya la, anak dia bukan seorang tapi 5 orang. Cuma cakap yang mana satu.

Ayeena mencubit dada bidang Aayyan. Geramlah dengan orang tua ni.

"Alang la. Siapa lagi kalau bukan anak kesayangan mummy, Tuan Aryan Darmish tu je laa." Arash menjuih bibir ke depan. Padahal dia yang anak bongsu, tapi abangnya si Aryan tu lagi manja mengalahkan dia.

"Heh, si budak seluar dalam spongebob tu awak nak risau apa? Dia ada bini. Biarlah dia hidup berdikari. Kalau dia ada masalah, nanti pandailah dia datang sini." Bagaikan satu doa, kata-kata Aayyan termakbul. Suara garau Aryan menyapa gegendang telinga mereka. Semua menoleh ke arah pintu utama.

"Assalamualaikum." Lemah suara Aryan memberi salam. Langkah kakinya juga longlai melangkah masuk. Keadaan Aryan sungguh serabai.

Semua memandangnya hairan.

"W-waalaikumussalam." Aayyan terkedu seketika. Tanpa diduga satu cubitan singgah di pinggangnya.

"Ni semua salah abang. Cakap anak ada masalah baru balik."

Aayyan tersengih mengusap pinggangnya. Manalah aye tahu, aye gurau aje.

"Ar sayang, kenapa ni? Kenapa nampak serabai sangat ni sayang?" Lembut Ayeena menegur anaknya. Tak pernah dia lihat Aryan sekusut itu.

Mendengar sahaja suara lunak ibunya, terus air mata Aryan mengalir. Esakan kecil mula kedengaran. Terhinggut bahunya melepaskan tangisan.

Terus terbangun Ayeena daripada duduk. Segera dia mendapatkan Aryan.

"Tutup TV." Arah Aayyan. Dia juga ikut bangun mendekati Aryan.

Aweena mengambil remote control lalu mematikan saluran televisyen. Tumpuan mereka kini sepenuhnya terhadap Aryan.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now