𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12

9.1K 667 169
                                    

Kepalanya yang berpinar itu dipegang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepalanya yang berpinar itu dipegang. Pandangan menjadi serba kabur. Entah mengapa dia begini. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Keadaan bilik yang terang itu mencucuk penglihatannya.

Dia memerhatikan sekeliling keadaan bilik itu. Tunggang langgang. Bagai dipecah masuk.

Di sudut otaknya dikerumuni oleh andaian-andaian yang merumitkan. Wajahnya bergayut setompok kebimbangan.

Dengan slowmo, dia menoleh ke sebelahnya.

Alangkah terkejutnya dia, apabila ada sekujur tubuh tegap sedang baring membelakanginya.

Fikirannya terhenti seketika, berpintal-pintal, lalu kusut.

Laju kepalanya menoleh ke arah lain. Tubir matanya kian merasa panas. Kemudian duvet yang membaluti tubuhnya diselak.

Sekali lagi dia terkedu. Tiada seurat benang membaluti tubuhnya. Allahuakhbar!

Laju air matanya basah menuruni pipi. Sayup dan pilu menghambat perasaannya.

Dek kerana suara tangisannya, lena lelaki tadi terganggu. Lelaki itu memisat matanya. Tubuhnya yang separa bogel tanpa baju itu digaru-garu.

"Apa bising-bising ni?" Suara husky miliknya menghentam gegendang si gadis.

Lelaki itu bangun dan duduk di birai katil. Belakang badannya terasa sengal. Kalah pengantin lelaki lepas malam pertama.

Si gadis menggigit bibir kerana takut diapa-apakan.

Lelaki itu menoleh ke belakangnya sekilas. Membuntang matanya melihat keadaan gadis yang dibaluti duvet itu.

"Natalya?!"

"Darmish?!"

Masing-masing terlopong.

"M-macam mana? Kau buat apa dekat sini?" Soal Aryan kasar. Kepalanya tiba-tiba rasa pusing. Tangan naik memegang kepalanya.

Natalya masih tidak berganjak. Sekali dia berganjak maka habis mahkotanya menjadi tatapan Aryan. Tidak dia sangka tergamak lelaki itu meragut kesuciannya.

"Kau tu yang patut aku tanya? Kenapa kau ada dalam bilik ni dengan aku?" Natalya cuba memberanikan diri untuk bersuara. Terketar-ketar tona suaranya. Walaupun matanya tidak memandang ke arah Aryan.

Aryan mengetap rahangnya. Sungguh dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku. Yang dia ingat semalam dia tengah dating dengan kekasih hati, Elianna Saffya. Eh, bekas kekasih. Macam mana pula boleh tidur sebelah nenek kebayan ni? Masak aku kalau mummy tahu!

"Kau sengaja nak perangkap aku kan?" Sedikit meninggi suara Aryan. Dadanya berombak-ombak. Rambutnya diserabaikan. Fikirannya kusut. Memang dia mahu kahwin dengan Natalya tapi bukan dengan cara macam ni.

"Saya kenal awak pun tak, dah kenapa saya nak perangkap awak! Fikir la sikit. Muka hensem otak senget tak guna juga. Tak malu ke?" Begitu dia memantulkan soalankan Aryan, selamba, sinis, terasa. Oleh sebab mereka dalam fasa buat-buat tak kenal lagi.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now