𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 46

5.9K 370 45
                                    

"Darmish?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Darmish?"

Terpancul wajah adik Natalya, Natrah di muka pintu. Natalya mengeluh panjang. Dia ingatkan Aryan rupanya Natrah.

"Akak, aku dengar kau nak cari abang Darmish." Natrah mula menapak masuk ke dalam bilik kakaknya. Kakaknya yang duduk di birai katil itu dihampiri.

Natalya hanya diam. Dia sekarang tiada mood mahu bersembang basa basi dengan adiknya itu. Cukuplah dia geram dengan perangai adiknya yang tidak habis-habis cuba menggoda suaminya.

Natrah senyum kecil, "Aku boleh tolong kau kak."

Natalya diam lagi. Malas mahu melayan adiknya itu. Tolong apa? Tolong rampas laki aku?

"Kawan aku nak ke KL petang ni. Kau boleh tumpang dia kalau kau nak balik KL cari abang Darmish." Bertambah pelik Natalya memandang senyuman penuh makna Natrah. Boleh percaya ke ni?

"Siapa kawan kau tu? Betul ke dia boleh tolong aku?"

Natrah laju mengangguk, "Dia cakap dia boleh je tumpangkan kau." Yakin Natrah.

Natalya mula menunjukkan minat. Kalau demi Aryan Darmish, dia sanggup. Biarlah dia cari sendiri suaminya. Suaminya pergi kerana dia. Jadi, dia mesti betulkan semula apa yang dah terjadi. Cukup dia menyesal kerana tidak mendengar penjelasan daripada suaminya terlebih dahulu. Terus menuduh tanpa usul periksa. Percaya kata-kata Shaqif bulat-bulat.

"Tapi aku tak boleh keluar daripada rumah." Natalya mengeluh kecil. Jangankan balik KL, nak keluar rumah pun belum tentu lepas.

"Aku ada cara. Cara macam mana kau nak keluar daripada rumah ni."

Berlapis-lapis dahi Natalya memandang senyuman misteri adiknya itu.

"Macam mana aku nak keluar daripada rumah ni? Nanti diorang tahu." Natalya menyoal adiknya. Terbit satu senyuman di bibir Natrah.

"Kau kena......."

Petang itu di ruang tamu, Arash menoleh ke arah Afeeq. Kakinya naik menyepak peha lelaki itu. Ganas betul anak bongsu Aayyan ni.

"Hey biadab kau ni. Patut kaki tu naik ke muka dia terus." Aqeef ketawa terkekeh-kekeh. Lalu Afeeq menyekeh kepalanya. Langsung bibirnya mencebik.

"Korang tak rasa pelik ke Kak Lang tu senyap je sejak kita suruh dia stayback dekat rumah tadi?" Arash mula menyoal. Hatinya rasa sesuatu tidak kena. Lain macam senyapnya. Keluar bilik pun tidak. Tak makan ke? Tak lapar ke?

Aefeq menggaru keningnya.

"Apa yang nak dipelikkannya? Biasalah duduk sorang senyaplah. Kalau ada Ar dengan dia, mesti bunyi macam-macam. Bunyi pelik-pelik. Budak-budak macam kau tak payah tahu." Afeeq sambung fokus menonton televisyen. Sibuk je budak Arash ni.

Arash berdecit, "Tch! Aku dah belajarlah. Ada dalam Sains Bab 4."

"Kenapa dengan Sains Bab 4 tu?" Sampuk Puan Aishah yang baru sahaja pulang daripada kebun getah. Langsung tiga kembar itu menekup mulut Arash. Karang budak ni buka apa segala benda mak nenek yang dia belajar dekat Bab 4 tu.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now