𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 34

5K 376 66
                                    

Jam di dinding sudah berganjak ke pukul 12 malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam di dinding sudah berganjak ke pukul 12 malam. Aryan semakin gelisah apabila kereta isterinya masih belum kelihatan. Kerisauannya bertalu-talu melekat di pangkal fikirannya. Berkali-kali dia cuba menelefon isterinya, namun tidak berangkat. Ghalibnya, isterinya tidak pulang selewat ini. Mana awak pergi ni, sayang?

Klak!

Bunyi pintu dikuak membuatkannya dia menoleh laju. Nafas dihela lega apabila wajah isterinya menyapa kornea mata. Alhamdulillah.

"Sayang pergi mana? Abang tunggu dari tadi. Risau abang kalau apa-apa jadi dekat sayang." Bingkas dia berdiri mendapatkan Natalya.

Kebosanan jelas terpancar di wajah Natalya.

"Sayang, abang tanya ni. Sayang pergi mana tadi? Dengan siapa? Pergi mana?" Bertubi-tubi soalan daripada Aryan. Suami mana yang tidak risau isterinya pulang lewat malam. Badai kebimbangan merempuh-rempuh hatinya. Sudahlah telefon tidak dijawab.

Natalya memandang Aryan sekilas. Hujung bibirnya ternaik.

"Yang awak sibuk nak tahu sangat kenapa?" Sinisnya. Sinaran matanya yang demikian dingin. Melihat wajah suaminya terus terngiang memori siang tadi di mana ketika dia berjalan dengan Shaqif, secara kebetulan terlihat adengan Saffya dan Aryan di hadapan farmasi. Bagai dihiris-hiris hatinya, menahan kesakitan. Cemburu? Adakah isteri yang tidak cemburu melihat suaminya dengan bekas kekasih suaminya bersama?

"Sayang cakap apa ni? Sayang isteri abang. Salah ke abang nak tahu sayang buat apa? Pergi mana? Dengan siapa? Kenapa lewat baru balik?" Lembut Aryan berkata. Matanya layu dan merana. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan soalan isterinya. Seolah-olah dia tiada hak untuk tahu keberadaan isterinya. Namun, kerana cinta dia sanggup rendahkan egonya sebagai seorang suami.

Natalya mendengus. Kaki mula membuka langkah untuk meninggalkan suaminya. Malas mahu menatap wajah Aryan. Makin dilihat, makin membara amarahnya.

"Sayang keluar dengan Shaqif ke?" Akhirnya soalan yang bermain di benak fikirang Aryan dilontarkan juga. Jujur, dia kurang senang dengan keakraban isterinya bersama Shaqif. Lelaki itu seperti ada satu agenda tidak baik. Cara pandangannya terhadap Natalya jelas menunjukkan dia mempunyai perasaan terhadap wanita itu.

Langkah kaki Natalya terhenti. Dia menoleh ke arah Aryan yang masih setia memandangnya.

"Kenapa tiba-tiba nak sebut pasal abang Shaqif pula?" Soalnya sedikit kasar. Kenapa nak kena kaitkan Shaqif dalam masalah mereka pula? Bukannya lelaki itu ada kena mengena pun.

"Jawab soalan abang. Sayang keluar dengan dia ke? Dia ke yang hantar sayang tadi? Mana kereta sayang? Kenapa tak call abang untuk ambil sayang?" Tona suara Aryan masih sama. Tidak meninggi. Demi menjaga perasaan isterinya yang sedang mengandung itu. Mummy kata perempuan mengandung ni sensitif.

Natalya ketawa sinis, "Call awak? Awak kan tengah sedap dengan Saffya. Kenapa pula saya nak kacau kan? Kalau sekali curang, memang selamanya akan curang. Awak ni memang laki yang tak pernah cukup seorang eh? Ke macam mana? Ke awak ni lelaki murah?" Selamba Natalya melontar kata-kata kaca ke kalbu.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now