𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 28

5.6K 376 62
                                    

Natalya mencebik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Natalya mencebik. Tidak puas hati dengan suaminya. Di saat perutnya semakin membulat ni, makin sibuk pula.

"Chagiya, abang pergi sekejap je. Bukan lama pun." Ubun-ubun Natalya diusap Aryan lembut. Dia sambung mengemas beg pakaiannya. Nak minta isteri untuk packing rasa serba salah pula, dengan perut gaya nak pecah.

"Lamalah dua minggu tu. Tak boleh ke singkatkan jadi seminggu je? Tak pun dua hari je ke?" Natalya merengus geram. Dua minggu outstation? Lamalah tu? Apa yang kejapnya?

Aryan tertawa kecil. Manja betul isterinya ini.

"Chagiya, jangan nak manja sangat. Tampar kang!" Terkekeh Aryan ketawa. Tambah-tambah melihat wajah cemberut Natalya. Dasar suami kaki ngusik.

Apabila melihat riak wajah Natalya semakin mendung, air mata pula bertakung, memang dia berhenti ketawa. Kaki diatur mendekati isterinya yang menunduk menekur lantai itu. Tangan Natalya diraih dan diusap lembut. Air mata yang menitis membasahi pipi isterinya itu disapu.

"Chagiya, I'm sorry. Okay, listen up. Abang pergi untuk kerja bukan suka-suka. Sayang jangan fikir bukan-bukan." Lembut nada suaranya memujuk isteri. Marilah readers yang single kita masuk gua meh!

Natalya hanya diam. Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Rasa macam akan ada sesuatu yang bakal berlaku. Fikirannya menderas. Tambah-tambah apabila Aryan memberitahu bahawa projek kali ini adalah projek bersama Dato Asri, ayah kepada Ellianna Saffya.

"Sayang risau kalau abang jumpa dengan Saffya ke?" Hidung Natalya dicuit manja. Natalya perlahan-lahan menjatuhkan kepalanya. Bukan mereka tidak tahu perangai Saffya macam mana.

"Don't worry. Ini projek dengan Uncle Asri. Bukan dengan perempuan tu. Lagipun ni dalam hati abang ni ada sayang sorang je. Mana ada yang kedua ketiga dan sewaktu dengannya. Jadi, ngak usah risau. Selagi nyawa dikandung badan, selamanya abang akan setia."

Sedikit sebanyak kata-kata Aryan melegakan keresahan yang bertandang di hati Natalya.

"My love for you is unconditional and eternal. You are the light of my life. My heart longs for you. Despite the various tests to come, you remain my top choice. No one can take your place. If one day, we won't be like this. I mean, our household is in trouble. I will pray that my heart is strong for you alone." Ubun-ubun kepala Natalya dikucup lama. Ya, dia juga tidak sanggup berjauhan dengan Natalya. Dia juga berdoa agar rumah tangga mereka tiada masalah.

"Lya minta maaf. Sepatutnya Lya percayakan abang. Lya patut faham kerja abang." Gumam Natalya. Aryan tersenyum manis. Terima kasih Ya Allah, Kau telah lembutkan hati isteriku.

"It's okay. Tapi sayang kena tahu. Setiap perhubungan perlu ada kepercayaan. Percaya antara satu sama lain. Hilang kepercayaan, goyahlah rumah tangga."

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now