𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 49

7.2K 413 34
                                    

Pemandangan pertamanya adalah siling putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pemandangan pertamanya adalah siling putih. Bau-bauan ubat menerpa ke rongga hidung. Tahulah dia kini dia berada di hospital. Ingatannya kembali menjangkau apa yang berlaku sebelum dia dikerjakan ke hospital. Darmish?

Jatuh air matanya. Menangis pilu mengenang nasib dirinya itu.

Lakukanlah semaumu,
Sampai kau lelah menyakitiku,
Sebisaku takkan mengusikmu,
Ku akan mencoba mengerti dirimu,

Serangkap lagu itu berulang kali dimainkan oleh seseorang. Langsung mata Natalya menoleh ke arah sekujur tubuh yang baring di atas sofa sambil scroll tiktok. Lelaki itu membelakanginya. Tengok belakang sahaja dia sudah tahu itu siapa.

"A-Abang?"

Langsung Aryan menoleh ke belakang apabila suara Natalya menghiasi ruang pendengarannya.

Terus senyuman kecil meniti di bibir Natalya. Benar sangkaannya. Itu memang Aryan. Tuan Aryan Darmish, suaminya.

Aryan bingkas berdiri. Telefon dimasukkan ke dalam kocek seluar. Jaket yang tersangkut pada kerusi diambilnya.

"Baguslah kalau dah sedar. Abang balik dulu." Aryan membuka langkah menuju ke arah pintu. Automatik memudar senyuman di bibir Natalya.

"Abang tak kesiankan Lya dengan baby ke?" Perlahan dia bertanya kepada Aryan. Lelaki itu mematikan langkah kakinya.

"Kesian? You should ask yourself. Jantan tak guna macam abang ni layak ke jadi suami Lya? Perlu ke abang kesian dengan orang yang toreh hati abang macam abang ni tunggul takde hati, takde perasaan?"

Natalya terdiam seribu bahasa. Rasa bersalah menggunung-gunung. Melihat Aryan yang mahu membuka langkah semula, cepat-cepat dia memanggil Aryan lagi.

"Abang, Lya nak minta tolong tinggikan kepala katil ni. Lya nak duduk." Pintanya. Aryan mengubah arah ke katil yang menempatkan isterinya itu. Marah macam mana sekalipun dia tetap tolong Natalya.

"Abang nak tinggalkan Lya?" Natalya merenung wajah Aryan daripada tepi. Dapat dia lihat rahang Aryan bergerak-gerak. Bau wangian Aryan menerpa rongga hidungnya.

Aryan mengeluh kasar, "Bukan ke Lya yang nak abang pergi? Nak apa lagi?" Dia kembali menuju ke arah pintu selepas membantu isterinya untuk duduk.

Air mata Natalya laju mengalir. Aryan langsung tidak memandang wajahnya. Benci sangatkah dia pada aku?

"Abang nak pergi mana?"

Soalannya dibiarkan tidak berjawab. Aryan hanya terus menuju ke pintu. Pintu dikuaknya. Dan boom!

"Hah, mana kau nak pergi? Masuk sekarang. Sebelum aku masukkan kau." Suara Tuan Aydan memetir. Tongkat diangkat lalu,

Pak!

"Sakitlah atuk!" Aryan mengusap kepalanya yang diketuk oleh Tuan Aydan itu. Laju sahaja orang tua itu. Kelihatan Aayyan di belakang Tuan Aydan sedang sedap ketawakan anaknya.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now