𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 16

9.8K 668 221
                                    

Suasana sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana sepi. Hanya kedengaran suara burung berkicauan. Tujuh jejaka kumpul semeja. Saling bertatapan antara mereka.

"Hello, kalau nak lawan tenung sampai tahun depan pun tak habis." Anrique mendengus geram. Tangan disilang ke dada.

Adryan mengangguk setuju.

"Entah. Korang bertiga nak bagitahu apa sebenarnya ni?" Kening Aryan berkerut memandang kembar tiga itu silih berganti. Manakala Darren hanya memerhatikan mereka bertiga.

Afeeq menyiku lengan Aqeef. Aqeef menyiku semula lengan abangnya. Dan Aefeq pula hanya monyok. Diam tanpa suara.

"Nak aku patahkan siku korang ke?" Darren mengeluarkan sepucuk revolver dan diletakkan ke atas meja. Anak Mikael kan biasalah. Anak keturunan Edward.

Afeeq dan Aqeef menelan liur kesat sebelum tersengih memandang mereka yang lain.

"Actually kitorang nak cakap something." Aqeef sebagai abang memulakan bicara.

Semua diam memandangnya.

"Mama kitorang hmm macam mana eh nak cakap. Aduh. Qeef tolonglah aku! Aku buntu ni. Baby! Kau diam apa? Cakaplah." Afeeq menolak bahu adik-adiknya.

"Cakaplah cepat, bangang!" Aryan mula hilang sabar. Mahunya tidak hilang sabar, tengah bermanja dengan isterinya tiba-tiba dapat panggilan daripada Afeeq untuk berkumpul.

"Ish bodoh punya Feeq. Ni macam ni. Mama kitorang pregnant. So kitorang bakal jadi abang. Korang bakal dapat sepupu baru." Aqeef melompat suka. Berita gembira yang paling dia tunggu.

Terkebil-kebil Darren dan Anrique memandang kembar tiga itu. Adryan hanya diam tampak tidak berminat.

"Itu je ke korang nak bagitahu? Bukan main panggil semua berkumpul." Sindir Darren.

"WHAT?!" Aryan mula berdiri.

"Yang kau terkejut sangat kenapa?" Soal Afeeq hairan.

Aryan memuncung panjang.

"That should be me. Sepatutnya aku yang timang anak dulu. Kenapa uncle Riq dulu? That's my dream not him!"

Adryan hanya menggeleng melihat drama di hadapannya.

"Tapi istri loh belum hamil kan? Jadi gi mana mau timang anak? Bodoh amat!" Afeeq menjeling Aryan.

"Enak aja loh! Mahu berantem sama gue? Ayuh dong! Gue pijak kepala loh, baru tahu langit tu tinggi apa rendah."

"Bikin anak dulu dong. Baru bisa timang anak." Aqeef menepuk bahu Aryan. Aryan mengusap dagunya seketika sebelum membuka langkah ke pintu.

"Oi nak ke mana?" Anrique menegur adiknya.

Aryan menoleh, "Balik buat anak jap." Terus langkah kaki diayun pergi.

Anrique menepuk dahinya. Macam ni punya manusia pun ada.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now