𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 31

5.1K 344 32
                                    

Uknown number +6017*******[photo]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Uknown number
+6017*******
[photo]

Aryan menatap lama gambar yang diterimanya itu. Hatinya terbakar perasaan cemburu. Mati dipejam lama. Nafas cuba diatur.

"Ar... kau okay tak ni?" Darren menyentuh perlahan bahu Aryan. Wajah Aryan kelihatan merah. Seperti menahan marah.

Telefon di tangan Aryan dirampasnya. Gambar yang terpapar mengejutkannya. Kemudian, matanya beralih memandang ke arah Aryan semula. Patutlah sepupunya itu tiba-tiba meminta diri untuk ke bilik sewaktu meeting bersama Dato Asri tadi. Rupanya dia menerima gambar ini.

"Ar, I think you should ask her. Tapi jangan kasar. Kawal baran kau. Ego tu turunkan. Ingat anak dalam perut dia tu anak kau."

Aryan mencelikkan mata.

"Aku percayakan isteri aku. Tapi bukan jantan ni. Aku takut kalau dia apa-apakan isteri aku." Keluh Aryan. Ya, dia tahu isterinya hanya cintakan dia seorang. Tak mungkin Natalya curang di belakangnya. Hatinya kuat mengatakan itu.

"Aku ingat aku nak balik KL sekarang." Sambungnya.

Ternaik kening Darren.

"Kau gila ke Ar? Sekarang ni tengah hujan lebat. Bahayalah. Jangan cari nahas, Aryan Darmish. Tunggu esok. Lagipun esok hari terakhir kita dekat sini. Bertahan sehari saja dulu." Darren cuba memujuk Aryan. Bahaya kalau mereka bertolak sekarang. Apatah lagi di hari hujan lebat begini. Risau kalau apa-apa berlaku.

Aryan menghela nafas berat. Ada benarnya juga apa yang Darren katakan itu. Namun, hatinya masih tidak tenang memikirkan keadaan isteri tercintanya. Perasaan yang dirasuk kebimbangan cuba dikikisnya sedikit demi sedikit.

Darren turut jatuh simpati melihat Aryan. Sudah dua minggu lelaki itu di sini, pasti dia rindukan belaian seorang isteri. Tambah-tambah lagi, Natalya seperti mengelak daripada sepupunya itu. Makin tidak keruan si Aryan. Hanya doa yang mampu dia iringkan buat keluarga sepupu kesayangannya itu.

"Ar." Panggil Darren perlahan. Aryan hanya diam tidak menjawab apa-apa mahupun menyahut panggilan Darren. Dalam fikirannya, hanya Natalya. Tiada yang lain.

"Hujan berhenti, kita balik. Pasal meeting esok, aku akan suruh kembar 3 settlekan. Kau jangan stress. Kesihatan kau pun penting. Aku keluar dulu." Darren terus melangkah pergi. Tidak mahu ganggu Aryan yang sedang serabut itu. Biarlah Aryan mencari ketenangan dulu.

Aryan hanya memandang sepi pemergian Darren. Hatinya masih lagi berkecamuk. Rambut diraup kasar. Bibirnya tidak henti-henti istighfar dan doa penenang hati.

Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali.

Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat.

2.0 | Tuan Aryan Darmish ©Where stories live. Discover now