× 33 ×

276 73 13
                                    

Air mata yang mengalir umpama air terjun ini aku tak dapat tahan lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air mata yang mengalir umpama air terjun ini aku tak dapat tahan lagi. Seakan-akan segala rasa yang aku pendam keluar bersama dengan air mata ini.

Entahlah, aku sendiri tak dapat pastikan apa yang aku rasa sebenarnya. Marah, sedih, malu semuanya sekali. Aku sendiri pun tak sangka yang aku akan naik angin sampai begitu sekali, di depan orang ramai pula tu.

Apa persepsi orang lain? Mereka akan pandang buruk kat aku ke? Minda aku diasak dengan soalan-soalan sebegitu.

Air di singki aku buka laju. Aku tadah air sebelum aku sapu di wajah aku yang agak sembap ini, mata aku pun merah macam orang tak cukup tidur.

Lagipun, waktu rehat pun dah nak habis. Macam manalah aku nak hadap pelajar lain selepas ni?

"Haneul." Bahu aku dipegang seseorang, Ara berdiri di belakang aku dengan riak wajahnya yang jelas tampak kebimbangan.

Aku yakin yang dia pun tahu apa yang jadi tadi.

"Kau okay tak? Ke nak pergi bilik rawatan? Aku boleh temankan," tanyanya. Aku sekadar menggeleng.

"Jomlah masuk kelas." Aku cepat-cepat melangkah keluar daripada tandas. Ara hanya angkat bahu lalu mengekori aku.

Lagipun dia di sini sebab Doyoung yang minta dia pergi. Takkanlah Doyoung pula yang nak masuk ke dalam tandas perempuan ni pula? Membimbangkan ya sekiranya terjadi.

Dia juga tak sangka yang gadis pintar di hadapannya ini boleh bertindak sedemikian. Memang tak sangka langsung! Personalitinya seakan-akan berubah tatkala amarah menguasai diri.

Tetapi tiada apa pun yang mustahil. Nana sendiri yang berani-berani bermain dengan api, salah cari pasal dengan orang.

-----

"Noona okay?" Hajoon menegur aku tatkala aku baru sahaja keluar dari kelas, terkejut aku. Tak pernah-pernah dia tunggu aku waktu balik macam ni.

Aku tarik nafas sebelum hembus perlahan. "Noona okay. Takde latihan sukan petang ni?" Aku terus melangkah, takkanlah nak duduk sahaja di depan pintu kelas tu. Menyusahkan orang lain nak keluar nanti.

"Takde. Coach tak datang. Takpelah–" Hajoon peluk bahu aku. "Hari ni Hajoon temankan noona balik. Bukan selalu kan?" katanya. Aku sekadar tersenyum senget.

Adik aku yang seorang ni, aku tak sangka dia sudah sebesar ini, Hajoon memang tinggi lampai orangnya. Sekejap sahaja masa berlalu, selalunya dia dulu mesti menangis kalau aku tinggalkan dia.

"Mesti orang semua terkejut kan dengar noona marah tadi? Yalah, diorang mana pernah tahu." Hajoon berjalan beriringan dengan aku, dia memegang beg galasnya.

"Hajoon dengan adik-adik jelah yang tahu kan?" kata aku, sengaja betul adik aku ni bangkitkan kembali insiden tadi. Baru sahaja aku cuba untuk lupakan.

Yalah, orang luar memang takkan pernah nampak personaliti sebenar kita, lainlah orang yang memang rapat dengan aku. Macam Hajoon, macam adik-adik aku yang lain. Mereka dah biasa, aku kan kakak sulung. Mestilah kena garang hahhaha.

"Tapi noona–" Hajoon mendekati aku, bahu aku berlaga dengan lengannya. "Memang betul ke apa Nana tu buat kat noona? Macam mana noona tahu dia yang fitnah? Jahatnya dia!" katanya separa berbisik, tak nak orang tahu mungkin. Masih ramai lagi orang di koridor ini.

Aku angkat kening. Nafas dihela. "Noona tahu, sebab memang noona dah lama syak dengan dia. Noona tahu dia subahat dengan Mina sebab noona kenal suara dia waktu diorang patahkan cermin mata noona. Noona tahu yang dia memang tak suka dengan noona."

Kisah aku dihina kat rumah Nana tempoh hari aku tak pernah cerita kat adik-beradik aku. Tidak mengapalah, tak perlu pun mereka tahu.

Hajoon hanya angkat bahu, dia menggeleng-geleng seketika.

Aku harap si Nana tu dapat pengajaran, cukup-cukuplah dengan perangai sebegitu. Aku pun malas nak ambil tahu pasal dia. Tahun akhir sebegini sepatutnya aku sibukkan diri aku dengan peperiksaan akhir tahun yang akan datang, bukan dengan benda-benda bodoh macam ni.

Dari jauh, Doyoung memerhatikan mereka berdua. Pada mulanya dia ingin menemani gadis itu pulang tetapi selepas melihat adik gadis itu ada di situ, lebih baik dia berundur. Bukan apa, biarlah mereka adik-beradik, lagi pun mungkin gadis itu lebih selesa dengan adiknya sendiri berbanding dia. Entahlah, dia tak tahu.

-----

"Hajoon, nak pergi mana?" tanya aku apabila keluar dari ruangan dapur, kelihatan Hajoon seperti hendak bersiap-siap keluar dengan beg galas di bahu.

"Err, Hajoon ada hal sikit noona. Hajoon pergi dulu!" Cepat-cepat Hajoon berjalan ke pintu. Dia melambai-lambai aku dengan adik-adik yang ada di depan televisyen sebelum menutup pintu.

Itulah jawapannya saban hari kalau aku tanya dia pergi mana pada malam hari. Pergi pula bukannya sekejap, lama sebenarnya.

"Hyunsik, tahu tak Hajoon pergi mana? Dia pernah bagitahu?" tanya aku sebelum melabuhkan punggung di sebelah adik lelaki aku itu. Hyunsik yang sedang sibuk menulis sesuatu angkat bahu. "Hyunsik pun tak tahu."

"Haru?" Haru yang menggunting kertas warna juga geleng kepala. "Dah lama dah oppa asyik keluar malam, sejak unnie kerja kat restoran tu lagi."

Aku angguk kepala, lagipun sekarang aku dah berhenti kerja di sana kerana tempoh hari aku ada minta nak cuti sekejap sementara tunggu cermin mata baru aku nak siap, tetapi bos restoran tu berkeras tak nak bagi. Susah-susah sangat, aku berhenti je, bos susah nak kompromi macam tu siapa je nak?

"Korang duduk rumah elok-elok. Noona nak keluar sekejap. Hyunsik dengan Haru jaga Hyunjoo, kalau apa-apa jadi panggil–"

"Tahu noona, noona pergilah. Kalau lambat nanti noona tak tahu Hajoon hyung pergi mana," kata Hyunsik. Aku angkat bahu, kalau dah adik aku cakap macam tu, kita ikut jelah.

Aku bersiap ala kadar sebelum keluar, kunci aku simpan dalam poket. Payung aku capai dari tempat letak payung, manalah tahu berguna. Aku jalan cepat-cepat, ikut sahajalah gerak hati ini walaupun tak tahu.

Ada juga aku tanya orang sekeliling aku sekiranya mereka nampak adik aku. Satu kata-kata terngiang-ngiang di minda aku.

"Aku nampak adik kau yang Hajoon tu kat pasar raya yang baru buka tu, aku rasa dia kerja kat sana sebab nampak macam dia pakai uniform."

Kata-kata Wonshik semasa kami sama-sama berada di dapur menyiapkan makanan ketika aku masih bekerja di restoran dulu membuatkan aku nekad untuk pergi cari adik aku di sana.

Perasaan aku bercampur-baur, kalau benar perkara tu berlaku, aku benar-benar kecewa. Aku tak nak adik aku yang seorang itu terganggu akademiknya disebabkan kerja. Cukup aku seorang sara keluarga ini.

Aku berdiri betul-betul di hadapan pasar raya yang aku pernah kunjungi dengan Doyoung dulu. Cahaya dari dalam pasar raya yang masih meriah itu melimpah keluar menerangi keadaan luar yang gelap dek malam ketika ini.

Cepat-cepat aku masuk, setiap wajah ditilik cuba mencari wajah Hajoon dalam kalangan pekerja pasar raya ini. Kaki dilajukan langkah ke setiap seksyen dan rak, aku harap aku tak terlepas sesiapa.

Buk!

"Maafkan saya cik–" Aku toleh ke belakang, aku tahu ini suara siapa.

"Hajoon." Kami bertentangan, Hajoon pandang aku dengan muka tidak percaya, mungkin dia tak percaya aku akan berada di sini.

Atau mungkin dia tak percaya, yang rahsianya sudah terbongkar.

-----

Sebenarnya aku nak update ni semalam tapi ada kekangan sikit. Vote and comment ❤️🧡

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now