× 24 ×

279 75 1
                                    

"Haneul!" Bahu aku ditepuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haneul!" Bahu aku ditepuk. Mata aku yang masih lagi merenung aksara-aksara di atas buku teks Sejarah itu tersentak. Dah lah nampak kabur sahaja di mata aku, naik berpinar-pinar kepala aku macam ada bintang menari keliling kepala. Alah, macam dalam kartun.

"Kenapa?"

"Tengok siapa datang." Ara tersengih-sengih. Dah kenapa dia ni?

Aku toleh ke kanan, yakni ke arah tingkap. Satu figura berdiri di sebalik tingkap itu, kelihatan dia seperti sedang melambai-lambai ke arah aku. Atau Ara. Atau mungkin kami berdua.

Rabun aku agak teruk juga sebenarnya, jadi selepas insiden cermin mata aku dipatahkan dengan penuh tidak berperikemanusiaan, segala-galanya tampak kabur di mata aku. Seakan-akan aku ni hidup dalam dunia 144p.

"Ni sayalah, Doyoung!" ujar figura yang setia melambai-lambai tadi. Mungkin dia dapat agak yang aku tak dapat nak teka siapa dia, jadi dia cerita je terus, senang.

"Oh, awak rupanya," kata aku. Tiba-tiba sahaja aku teringat yang dia menolong aku tadi waktu rehat, atau lebih spesifik selepas dikacau makhluk-makhluk cemburu tak sedar diri. Tolong teman dan tunjukkan jalan ke kelas dengan keadaan aku yang tak ubah seperti orang buta celik.

"Awak okay ke nak sambung belajar selepas ni? Ataupun, awak duduk sahaja di bilik rawatan," cadang Doyoung. Aku sekadar menggeleng.

"Kalau duduk sana, saya nak beri alasan apa?" Cadangannya itu taklah kedengaran tak logik langsung, cumanya nak memikirkan alasan dan sebab nak duduk di bilik rawatan tu yang payah.

Pembantu bilik rawatan tu bukannya jenis mesra alam, kalau jenis selamba boleh lagi nak nego.

Doyoung garu-garu kepala. Betul juga kata gadis itu, lagipun gadis itu bukannya sakit atau apa. Cuma keadaan mata yang rabun itu pastinya akan menyukarkan sesi pembelajaran gadis itu selepas ini.

"Err, awak cakaplah yang awak rabun teruk sampai sakit kepala. Haa, kan dah ada alasan tu?" Doyoung petik jari, kening diangkat. Diam-diam dia bersyukur sel-sel otaknya berhubung dengan pantas dan proaktif dihadapan gadis ini. Takdelah dia malu sangat.

Aku terdiam, okay ini logik. Tapi macam sayang pula kalau tak masuk kelas. Duduk bilik rawatan tu pun bukannya boleh buat apa-apa, sekadar baring dan pandang siling. Tak pun, pandang muka pembantu bilik rawatan yang tak ubah macam warden penjara.

Tak nak aku.

"Takpelah, jom masuk kelas."

"Okay! Jalan sini, Haneul!" Doyoung tarik tangan aku yang nampak macam terkial-kial tengok sekeliling. Tak pasal-pasal aku kena heret untuk ikut langkah kakinya yang besar itu.

Kalau aku tarik tangan aku sekarang, nampak macam kurang ajar pula. Senyap-senyap jelah, lagi pun aku tahu, niat dia baik.

"Haneul! Dengar tak apa Doyoung cakap?"

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now