× 26 ×

289 73 8
                                    

Doyoung tekad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Doyoung tekad. Dia perlu betulkan semua yang terjadi ni sebelum terjadinya lagi perkara-perkara buruk terhadap kawan barunya itu. Siapa lagi kalau bukan Haneul.

Kejadian tempoh hari itu pun sebenarnya agak teruk juga, jadi tak mustahil benda yang lebih buruk boleh berlaku. Sesekali hatinya menyumpah manusia-manusia berhati busuk yang sanggup berbuat demikian.

"Acah gila. Macam mana aku nak suka kalau perangai pun macam apa je?" bisik hatinya. Dia mengemas buku-buku di atas mejanya sebelum disimpan dalam laci.

Coklat M&M yang dibelinya pagi tadi dimasukkan dalam poket. Dia ada satu rancangan besar pada hari ni. Harapannya, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dia rancang malam tadi sampai tak boleh nak tidur.

"Doyoung!"

Doyoung menggulingkan bebola matanya dalam diam. Perempuan ni lagi, entah kenapa dia mula rasa menyampah dengan kehadiran gadis ini yang dari dulu cuba untuk mendekati dia. Bukannya apa, dia rasa rimas juga dengan dia ni.

"Awak nak pergi mana?" tanya Nana. Di tangannya ada satu bekas berisi makanan, macam biasa. Memang dah jadi rutin hariannya untuk memberi makanan kepada lelaki ini.

"Adalah," jawab Doyoung acuh tak acuh, kalau dulu dia berbual pun sekadar nak sedapkan hati Nana tu tetapi sekarang dia dah tak kisah. Kalau perempuan tu merajuk sampai ugut nak pergi Batu Belah Bath Bertangkup ataupun terjun dari pokok pisang, dia dah tak kisah!

"Oh okay," balas Nana. Dia perasan yang Doyoung pun sepertinya malas mahu melayan kehadirannya di tepi meja ini. Dia meletakkan bekas itu di atas meja.

"Awak makanlah. Saya ada buat sandwic tuna hari ni dengan salad," katanya perlahan. Jarinya bermain-main dengan hujung rambutnya yang diikat tocang satu.

"Hmm." Doyoung buat-buat sibuk, sekejap dia betulkan kedudukan meja, sekejap buat-buat lap habuk yang tak nampak atas meja. Malas nak pandang muka Nana.

"Saya pergi dulu." Nana meminta diri, makin awkward dia di situ. Cepat-cepat dia beredar, nampaknya hari ni bukan hari yang baik untuknya.

Doyoung sekadar menghantar kelibat Nana pergi. Bekas itu dibuka, satu sandwic diambil. Suka tak suka, dah orang bagi tu kita terima je huehue.

Yang selebihnya, dia bagi kepada Junghwan si penghabis makanan tidak berbayarnya. Junghwan memang menerimanya dengan besar hati, siapa je tak seronok makanan ditaja setiap hari?

Suapan terakhir disumbat masuk ke dalam mulut, dia cepat-cepat keluar dari kelas sebelum menuju ke kelas sebelah. Tujuannya yang satu dan utama itu perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Pembungkus coklat M&M itu dikoyak elok-elok, dia menggoncang sedikit biar isinya terletak elok. Kakinya laju melangkah sehinggalah dia tiba betul-betul di hadapan tingkap kelas itu. Betul-betul di sebelah meja gadis itu.

Dia menelan air liur, tingkap itu diketuk sedikit supaya gadis itu sedar dengan kehadirannya.

"Dia ni lagi?" bisik hati aku. Tingkap di sebelah itu dibuka lebih luas, mudah sedikit si Doyoung tu nak bercakap.

"Haneul, saya nak cakap sikit dengan awak."

Dah kenapa pula dia ni? Muka serius pula tu. Selalunya senyum manis bergula campur kurma je memanjang. Baru lepas gaduh ke apa? Ke melepas nak beli burger bertingkat-tingkat makcik kafetaria?

"Cakap apa?" Aku letak pen yang dari tadi aku pegang, terhenti sekejap karangan Bahasa Inggeris yang memang tekun aku karang. 

Cermin mata baru aku tak siap lagi sebenarnya tetapi bagi aku, perkara tersebut bukanlah penghalang untuk aku belajar walaupun adalah juga aku pening-pening lalat cuba make fokus dengan apa yang tertulis di papan.

Apa-apa hal aku tanya jelah Byungho, tak pun Ara. Apa guna ada kawan kalau kita tak pinjam kerja sekolah dia?

Eh, tersilap. Ehem, minta tolong dalam pelajaran. Haa itu pembetulannya.

"Saya nak..." Doyoung menghulurkan coklat M&M tersebut. "Awak pilih M&M warna coklat daripada banyak-banyak ni. Kalau awak dapat, awak kena janji satu perkara dengan saya, dan saya akan tolong awak selesaikan perkara ni."

"Kalau awak tak dapat..." Doyoung telan air liur, sukar bagi dia hendak meneruskan kata-katanya.

Dia sebenarnya tak mengharapkan perkara tu berlaku tetapi kalau kira-kira sekalipun, kebarangkalian nak dapat warna coklat tu agak rendah. Sebabnya, setahu dia warna coklat memang tak sebanyak warna lain, kadang-kadang ada dua atau tiga sahaja.

"Saya takkan dekat dengan awak, saya tak kacau awak. Macam sebelum-sebelum ni. Lagipun, awak macam tak kisah je kalau saya tak... dekat dengan awak."

Aku angkat kening, aku agak terpempan dengan apa yang baru keluar dari mulut Doyoung tadi. Otak aku baru nak hadam semua ni.

Dia kata...aku macam tak kisah kalau dia tiada? Siapa kata aku tak kisah? Aku...lagi sedih kalau dia tiada di sisi aku.

Memang sebelum ni aku tak pernah ambil tahu pasal dia, macam budak-budak perempuan yang lain. Aku tak kisah pun dia nak lalu ke, dia nak bernafas ke apa suka hati dialah. Tetapi entah kenapa, sejak hari pertama aku sendiri bertentang mata dengannya dan diberikan sandwic, aku mula menyenangi dan menerima kehadirannya dalam hidup aku. Satu perasaan yang aku sendiri tak dapat nak tafsirkan.

"Pilihlah." Doyoung mengunjukkan pembungkus coklat itu itu. Tangan aku teragak-agak hendak memilih coklat-coklat bulat itu.

Dalam diam, aku berharap aku dapat warna coklat. Aku tak bersedia untuk kehilangan seorang kawan (bolehlah aku gelar sebagai kawan selepas aku lihat bagaimana dia layan aku) yang agak baik bagi aku, seorang yang introvert dan tak reti bersosial.

Mata aku pejam, kenapa aku takut sangat? Aku sendiri pun tak tahu.

Tangan aku genggam dan aku keluarkan dari pembungkus itu. Perlahan-lahan aku buka genggaman tangan aku dalam keadaan mata aku terpejam.

Doyoung telan air liur. Tak sangka yang perkara ini berlaku. 

"Haneul, awak pilih..."

-----

Aku cadang akan cepat-cepat habiskan cerita ni, paling awal minggu depan. Mashiho punya ff aku hold ya sampai habis cerita ni dulu. Sebelum-sebelum ni aku boleh je nak update dua fanfic tapi keadaan sekarang tak mengizinkan.

Vote and comment. Thanks for reading ♥️ harap korang enjoy.







• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now