× 14 ×

360 91 14
                                    

Tangannya pantas menyusun cawan-cawan ramen segera pelbagai jenama di atas rak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tangannya pantas menyusun cawan-cawan ramen segera pelbagai jenama di atas rak. Biar sama warna dan perisa, tersusun kemas dan sedap mata memandang.

Yalah, korang kalau datang kedai pun terus menyampah kan kalau tengok barang berterabur sepah sana-sini? Dan Hajoon tak nak jadi macam tu. Lagipun hari ni hari pertama dia bekerja sambilan di sini.

Sedang dia sibuk menyusun, dia tertolak sebuah cawan ramen berwarna merah kuning itu. Gelabah dia, lagi bertambah gelabah apabila kedengaran ada orang mengaduh kesakitan di sebelahnya.

"Aduh!"

"Eh, maaf maaf! Saya tak sengaja!" Serba-salah pula dengan lelaki yang berdiri di sebelahnya. Kebetulan pula lelaki itu rendah sedikit daripadanya, tu yang bekas ramen boleh terjatuh atas kepala dia.

Pergh, mantap sekali rasa sakitnya!

"Lah kau rupanya Hajoon," kata Doyoung sambil mengusap-usap kepalanya yang masih pedih terkena tapak cawan ramen itu.

Dia datang nak beli ramen, sekali dia yang kena ketuk dengan cawan ramen mmm apa ramen punya dendam sama gue?

"Haa Doyoung hyung? Maafkan saya!" Hajoon automatik membongkokkan badan beberapa kali. Perasaan bersalahnya makin bertambah melihat gerangan mangsa cawan ramen itu.

Haru betul cari pasal dengan pelajar paling popular sekolah!

"Takpe, takpe," balas Doyoung. Dia mengambil beberapa cawan ramen dan dimasukkan dalam bakul.

"Haneul ada kat rumah ke?" Tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul keluar dari mulutnya sebelum dia menekup mulutnya.

Dia tak berniat pun nak tanya tetapi entah kenapa mulutnya seakan-akan mengkhianati dia pula. Nampak sangat asyik terfikir pasal Haneul! Dengan adik dia pun saja buat-buat rapat!

"Dah kenapa hyung tepuk-tepuk mulut hyung? Ulser ke?" tanya Hajoon. Pelik pula si Doyoung ni, tadi tanya soalan tiba-tiba tepuk mulut macamlah rahang mulut tiba-tiba tergeliat, lidah jadi kejung.

"Err tak payah jawab soalan tadi! Tersalah cakap hehe." Nak je dia sorok muka dia dalam rak, suka sangat memalukan diri depan si Hajoon, junior sekolahnya ini. Jatuh reputasi kalau macam ni, harapnya si Hajoon ni tak kepoh orangnya nak ceritakan perkara mengaibkan ini!

"Takpe. Noona dia kerja kat restoran, kerja part time. Sekarang tinggal adik saya tiga orang kat rumah."

Kerja part time? Tengah-tengah malam macam ni? Tiba-tiba sahaja hati Doyoung dirudung rasa bimbang. Bimbang seorang kawan. Yalah, Haneul itu perempuan, jadi mestilah dia rasa risau sekiranya ada apa-apa berlaku pada gadis itu.

"Setiap hari ke?" Hajoon mengangguk. Dia menyambung semula kerjanya yang tergendala walaupun Doyoung macam ada ura-ura mahu meneruskan sesi perbualan tepi rak bawah aircond pada malam yang tak berapa ada bintang itu.

Doyoung telan air liur. Setiap hari? Jadi, bila sahaja Haneul buat kerja sekolah? Ulang kaji? Akademik dia pun...tak jatuh, sentiasa jadi bualan mulut para cikgu di sekolah.

Doyoung kagum, dia kagum dengan gadis itu.

"Saya sebenarnya tak sampai hati nak biarkan noona kumpul duit seorang diri. Saya pun ada tanggungjawab untuk keluarga ni, dan untuk omma kami," celah Hajoon, di hujung kata-katanya kedengaran kendur. Tiba-tiba dia sebak, rindu sama ibunya yang masih terlantar di hospital.

"Kenapa dengan omma korang? Kalau tak nak cerita takpe, aku tak kisah!" Tak naklah dia dicop penyibuk dan sibuk jaga tepi kain orang. Cumanya dia rasa terpanggil untuk ambil tahu.

"Takpe. Omma kami sakit, dia masih lagi duduk kat hospital. Noona kerja sebab nak kumpul duit tampung perubatan omma, tapi saya tahu mestilah tak cukup. Tu sebabnya saya ambil keputusan untuk kerja juga. By the way..."

"Hyung jangan bagitahu noona, jebal? Saya tak nak dia tahu sebab dia memang tak bagi saya kerja. Tapi saya buat ni pun demi dia juga." Wajah Hajoon bertukar sugul. Doyoung simpati.

Dia tiba-tiba teringat insiden dia terlanggar Haneul di hospital suatu ketika dulu. Mungkin Haneul melawat ibunya ketika itu, bisik hatinya.

"Okay. Hyung janji." Dia tahu niat Hajoon baik, dan mungkin dengan cara ini dia dapat membantu Hajoon. Dan juga Haneul.

-----

"Mana Hajoon ni?"

"Haneul!" Bahu aku ditepuk seolah-olah macam dah takde hari esok lagi nak tepuk bahu aku. Dah boleh agak siapa.

"Kenapa Wonshik?" tanya aku. Wonshik hanya tersengih, dah biasa dengan respons dingin aku. Jenis tak makan saman orangnya.

"Tak balik lagi? Adik kau tak datang lagi?" tanyanya. Aku menggeleng, bayang-bayang si Hajoon tu pun tak nampak apatah lagi lubang hidung dia.

"Dah lewat juga ni. Ke kau nak aku hantarkan? Boleh je!" Wonshik menuding jari ke arah motorsikalnya. Aku menggeleng lagi, tak selesa aku.

"Takpe, kesian adik aku. Maybe dia tengah on the way."

Wonshik angkat bahu. "Okay, kalau macam tu, aku temankan kaulah sampai adik kau datang." Dia memasukkan tangan ke dalam poket sweaternya, malam itu agak sejuk.

Aku ucapkan terima kasih walaupun sebenarnya aku tak kisah pun kalau Wonshik nak balik dulu, macam menyusahkan dia pula.

Tak lama kemudian, Hajoon pun tiba sambil tersengih-sengih.

"Sibuk sangat ke tu study sampai lupa noona?" Sempat aku sindir. Hajoon pasang muka tersengih-sengih macam biasa, dah boleh agak dah.

"Dahlah noona, jom balik! Macam dah nak hujan ni, jom jom!" Hajoon tarik tangan aku kuat, nasib betullah dapat adik lelaki macam dia ni.

"Haneul!" Aku toleh belakang. Wonshik tersenyum sambil melambai.

"Bye, selamat malam. Balik elok-elok!" katanya.

-----

Aku try untuk cepat-cepat update dan habiskan cerita ni vote and comment ❤️❤️❤️ mana-mana member korang yang suka treasure fanfic, taglah dia suruh baca buku aku cewah!

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now