× 13 ×

349 91 9
                                    

"Nah

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

"Nah."

Hajoon angkat kening, baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung di kerusi dapur selepas pulang dari latihan sukan. Gelas berisi air oren yang diangkatnya tadi, diletakkan semula atas meja.

"Apa ni?" tanyanya walaupun nampak terang-terang coklat jenama M&M di tangan kakaknya itu. Biasalah, dah tahu tanya lagi. Macam korang tak pernah buat pula.

"Coklat. Doyoung bagi." Aku letak coklat itu di sebelah tangan Hajoon sebelum aku juga tarik kerusi nak duduk di sebelahnya.

"Macam mana kenal Doyoung?" Walaupun Doyoung dah jawab soalan aku di sekolah tadi, adalah lagi baik aku dengar dari pihak lagi satu. Baru aku puas hati.

Manalah tahu si Doyoung tu sengaja je cakap macam tu, bukan apa, adik ni bukannya popular pun kat sekolah walaupun dia salah seorang atlet sekolah. Biasa-biasa je, pandang tujuh kali baru perasan dia ni berdiri kat koridor. Lainlah kalau macam dia, dengar bunyi tapak kaki pun budak-budak dah macam histeria.

Membimbangkan betul.

"Err..." Hajoon garu-garu kepala. Dia seakan-akan cuba mereka jawapan. Gaya macam menipu pun ada. Aku angkat kening. Susah sangat ke kita nak jawab?

"Hari tu terserempak dengan dia kat pasar raya. Hajoon tolong dia angkatkan barang dia sebab barang dia jatuh. Tu je. Tak tahulah pula dia tahu nama Hajoon," jawab Hajoon. Aku sekadar angguk-angguk.

Doyoung tu pelik juga kan? Aku kadang-kadang tak faham dengan apa yang dia cuba buat sejak akhir-akhir ni.

"Takpelah, Hajoon pergilah rehat. Biar noona je masak. Kamu mesti penat. " Aku bangun, nak siapkan lauk untuk makan malam. Nasi aku dah masak awal-awal tadi. Balik sahaja dari ambil Hyunjoo di taska tadi, aku terus masak nasi. Cepat makan, cepat sikit dia boleh pergi kerja malam ni.

Hajoon cuma mengangguk. Memang penat semacam, lenguh dah badan dia ni. Nasib dapat kakak memahami cewah!

"Eh apa benda ni?"

Dia mencabut kertas yang terlekat sekali dengan plastik coklat itu. Cepat-cepat dia buka. Misteri betul sticky note ni.

Congrats sebab dapat kerja kat pasar raya tu. Kerja elok-elok :) terima kasih tolong

-Doyoung

Hajoon telan air liur, dia rasa dia faham macam mana Doyoung boleh tahu dia dapat kerja di pasar raya yang hari tu dia datang. Dan terserempak dengan Doyoung di sana.

Seperti ada satu rakaman senario antara Doyoung and Encik Kim berbual bermain-main dalam fikirannya. Encik Kim itu kira bosnya sekarang, dan mereka berdua tampak rapat. Mungkin Encik Kim ada beritahu pasal dia kepada Doyoung.

Hajoon cepat-cepat selit dalam buku, jangan sampai kakaknya tu dapat tahu. Masak dia nanti.

Niat dia baik, walaupun dia terpaksa berdepan dengan risiko. Semuanya demi kakaknya dan adik-adiknya.

------

"Balik nanti study. Jangan asyik nak tidur je," pesan aku. Tote bag berisi buku-buku aku angkat sedikit daripada melorot tadi.

Hajoon garu-garu kepala, dia tersengih-sengih. Sedar pun malu, tapi buat lagi.

"Okaylah noona. Noona pergilah masuk cepat, nanti bos marah!" Hajoon menolak badan aku ganas. Amboi, tak menyabar betul nak balik rumah!

"Yalah yalah," kata aku mendatar sambil menggulingkan bebola mata. Hajoon sekadar gelak melihat muka menyampah aku.

Aku melangkah masuk ke dalam restoran, aku menoleh ke belakang dan melihat Hajoon berlari pulang.

"Dah kenapa pula lari tu? Takut ke apa?" Aku tertanya-tanya dalam hati. Makin pelik perangai adik aku yang seorang ni.

Tetapi tanpa aku tahu, Hajoon sedang berlari ke satu destinasi yang pastinya bukan rumah. Ke tempat kerjanya.

-----

Vote and comment, korang terima jelah eh kalau cerita dia tak best ke apa pada pandangan korang 😂😂 aku ni bukannya famous author ke apa

• m&m • kim doyoungTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon