× 22 ×

304 71 65
                                    

"Haneul kena kacau?" tanya Doyoung, matanya membulat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haneul kena kacau?" tanya Doyoung, matanya membulat. Tak sangka yang perkara sebegitu akan berlaku, dia ingatkan sekadar khabar angin sahaja.

"Ya! Lembaga tu, mata dia merah-"

"Eh, tak payah nak buat cerita!" Byungho menepuk belakang Jeongwoo tanpa rasa bersalah. Nasib baiklah dia ikut sekali dalam sesi menyampaikan berita sensasi ni, kalau nak harapkan Jeongwoo, memang dia punya cerita tu gebang sampai Planet Pluto!

Habis hilang ketulenan cerita haa gitu. Bukan tak tahu si Jeongwoo ni, dia punya tambah-tambah cerita sesuka hati macam tambah ajinamoto dalam sup.

Jeongwoo mengusap belakangnya yang pedih. Mulutnya memuncung, tanda merajuk tak sudah.

"Orang gurau je!" Byungho sekadar menjeling. Guraulah sangat...

"Ada orang hantar surat ugutan kat Haneul. Dan, benda ni ada kaitan dengan kau."

Doyoung telan air liur, entah kenapa dia rasa seram pula dengan pandangan mata Byungho yang tajam itu. Seolah-olah ada maksud tersirat di sebalik kata-katanya.

Doyoung tak rasa dia ada buat apa-apa salah dalam hal ni tetapi sebagai kawan yang bertanggungjawab, dia perlu terlibat sama. Benda ni dah melibatkan nama baiknya dan nama baik gadis yang dia cuba dekati sejak dua menjak ni.

Dia kena buat sesuatu.

-----

"Perempuan noob macam dia tu pun ada orang suka? Doyoung pula tu!"

"Mentang-mentang dia pandai, popular kat sekolah ni, tu pasal si Doyoung tu terkejar-kejarkan dia. Nak kata lawa, tak pun!"

"Dia tu mana reti berfesyen dengan pakai spec macam tu."

Satu tepukan bergema di ruangan koridor itu sehingga mengejutkan sekumpulan pelajar perempuan di situ yang sibuk bergosip entah apa, rancak sungguh! Dah macam kenduri kahwin punya sembang.

Entah-entah, perempuan-perempuan ni kalau pergi kenduri pun bukannya buat kerja, melantak macam nak bagi makan tujuh keturunan gamaknya, bisik hati Ara. Menyampah betul dengar potpet potpet budak-budak perempuan yang kuat mengata tu.

Ingat bagus sangat ke?

"Wah wah wah! Sedapnya mengata orang lain. Rasa apa weh? Rasa sarsi? Rasa ayam goreng crispy KFC?" Ara berpeluk tubuh. Dia tersenyum senget.

"Dah kenapa kau ni Ara? Sejak bila pula kau kawan dengan budak muka tak-"

"Tak siap? Kau ingat bina rumah ke siap tak siap? Kau tu dahlah bulu hidung pun terkeluar, ada hati nak mengata orang!" kata Ara, selamba. Budak perempuan tadi yang ada ura-ura nak berbalas kata dengan Ara cepat-cepat tutup mulut, malu mungkin.

Sebenarnya takde pun, Ara saja je nak kenakan. Haa malu, tahu pun malu! Terngiang-ngiang pula voice tiktok suara makcik random dalam otaknya. Kena betul dengan situasi sekarang.

"Ada masalah ke kalau Doyoung rapat dengan dia? Doyoung tu tunang korang ke? Tak kan? So, tak payah sibuk! Kalau akademik pun tak seberapa, tak payah sibuk nak berebut lelaki yang entah nak ke tak nak kat korang. Buang masa je!" Ara beredar dari situ, puas betul tengok muka masing-masing tahan malu.

Hahahahahah reti buat, reti tanggung!

Kakinya cepat-cepat melangkah ke kelas, di tangannya ada plastik berisi dua botol banana milk. Satu untuk Haneul.

Dia sebenarnya kesian dengan Haneul. Haneul tu pula jenis pendiam, tak reti bersosial. Nasib dia pandai, sekurang-kurangnya orang tahulah juga kewujudan dia di sekolah sebab cikgu canang-canang namanya.

Dia pun pelik juga kenapa Doyoung tiba-tiba sahaja nak dekat dengan si Haneul tu. Macam ada sesuatu je.

"Mesti ada apa-apa!" kata Ara sendirian, tanpa sedar dia menumbuk tangannya.

"Dah kenapa cakap seorang-seorang ni Ara?" tanya Byungho, tangan kirinya memegang corndog. Tangan kanannya pula memegang pen, laju jarinya bergerak-gerak menulis atas kertas buku tersebut.

Tak siap kerja sekolah lagilah tu. Bukannya orang tak tahu.

"Adalah! Tak payah sibuk!" Ara menggulingkan bebola matanya. Beg plastik diseluk, dikeluarkan satu botol banana milk dan diletakkan di atas meja Haneul.

"Haneul pergi mana, Byungho?" Bingung juga dia, Haneul tu bukannya jenis kaki merayap. Kalau boleh, seharian tu memang bontot dia melekat kat kerusi macam ada gam gajah.

Byungho terkebil-kebil, dia memandang sekeliling. "Haahlah, aku pun tak perasan!"

Dia menggaru-garu kepala. Khusyuk sangat dia menghadap buku bergaris tu sampai tak sedar jiran sebelah pergi mana.

"Pergi tandas kot Ara," katanya. Itu jelah yang ada dalam otaknya. Ringkas dan logik jawapannya.

"Okay. Aku nak pergi cari dia jap." Ara memusingkan badan sebelum tangannya ditarik Byungho.

"Kenapa nak cari dia? Aku rasa dia okay je kot," kata Byungho lagi. Aneh-aneh sahaja pemikiran gadis berambut pendek ini.

"Aku takut ada apa-apa jadi kat dia!" kata Ara sebelum berlalu.

-----

CEPATLAH HABIS HUHUHU aku ada je idea tapi tulah nak menulisnya mmm

GAIS STREAM JIKJIN GAIS KITA KAN NAK BAGI FIRST WINNN 🔥🔥🔥

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now