× 7 ×

440 99 19
                                    

"Omma," panggil aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Omma," panggil aku. Tangan omma aku pegang lembut. Omma tersentak seketika daripada lamunannya.

"Haneul rupanya, terkejut omma." Aku hanya tersengih-sengih sebelum mengambil tempat duduk di sebelah katil omma.

"Omma sihat?" tanya aku sekadar berbasa-basi, walaupun aku tahu sebenarnya dan semestinya omma tidak sihat.

Yalah, hanya doktor dan staf dia sahaja orang sihat di hospital, yang lain semua orang sakit. Termasuk omma.

"Macam mana adik-adik kat rumah? Haneul belajar macam mana?" Aku sekadar mengangguk sebelum meletakkan satu beg plastik berisi buah-buahan.

"Mak Cik Lee bagi," kata aku lalu tersenyum ringkas. Sesekali aku membelek buah apa yang ada di dalam beg plastik itu, manalah tahu omma nak makan. Bolehlah aku tolong potongkan terus.

Semasa dalam perjalanan ke sini, Mak Cik Lee, pengusaha kedai buah-buahan di tepi jalan yang aku selalu lalui memanggil aku. Aku memang selalunya singgah ke situ untuk membeli cumanya hari ni aku tak bawa duit lebih, aku bawa cukup-cukup sahaja untuk aku beli sandwic paling murah di kafetaria.

Tapi mungkin Tuhan sendiri yang menggerakkan hati Mak Cik Lee, dia memberikan sedikit buah-buahan untuk omma makan di hospital dan untuk aku dengan adik-beradik.

"Omma nak makan tak?" Omma sekadar menggeleng. Pergelangan tangan aku dipegangnya erat.

"Haneul masih lagi kerja kat restoran tu?" tanyanya, wajahnya pula tampak risau.

Aku sekadar mengangguk, tahu apa yang terbuku di hati omma dan mahu dibangkitkan di mulutnya.

Omma risaukan aku berkerja separuh masa di restoran itu, dia bimbang pelajaran aku terganggu. Tapi aku tiada pilihan, dan bagi aku itu bukannya satu masalah besar bagi aku.

"Haneul tak perlulah kerja lagi. Duit simpanan omma tu cukup je," katanya. Aku hanya tersenyum senget, sekadar menyedapkan hati omma.

Aku tahu duit tu tak cukup, lagi-lagi untuk tampung kos perubatan omma.

"Duit tu...kalau guna akan berkurang kan omma? Jadi, Haneul kerja untuk topup balik duit tu hehe," kata aku tersengih-sengih lagi. Aku tak nak omma risau. Kerisauan dan kebimbangan dia sudah tentu akan memberi kesan kepada kesihatan dia.

Aku tak nak macam tu. Semuanya baik-baik sahaja di rumah. Hidup aku dengan adik-adik semuanya baik. Omma tak perlu fikirkan hal tu.

"Omma tak perlulah risau, Haneul belajar pun okay je. Oh, esok Haneul ada test sikit kat sekolah. Takpe, Haneul dah belajar untuk test tu, omma tak perlu risau pun. Omma kena rehat banyak-banyak, baru cepat keluar hospital."

"Lagipun Haneul rindu nak makan masakan omma hehe." Omma hanya tersenyum lalu mengusap kepala aku lembut.

Dah terasa masakan omma kat lidah ni, muak juga asyik makan ramen je hampir setiap hari.

"Haneul kena balik dulu. Nak pergi ambil Hyunjoo di rumah pengasuh." Selepas meminta diri aku cepat-cepat keluar dari wad tersebut.

Sesekali aku mengerling jam tangan, sudah hampir pukul lima. Mesti Hyunjoo, adik perempuan aku sedang menunggu.

Bam!

"Oh maafkan saya. Saya tak sengaja." Kedengaran suara seorang lelaki, sepertinya dia macam gelabah. Yalah, mana taknya kau cari pasal dengan orang yang kau tak kenal, mestilah kau kalut kan? Reaksi normal.

Tangan aku ditarik olehnya yang cuba membantu aku yang sudah jatuh terduduk di lantai hospital ni. Tali beg aku betulkan sambil menepuk-nepuk kotoran yang melekat di blazer sekolah dan skirt aku.

Aku angkat muka. Dia ni lagi? Nampaknya ni kali kedua aku bertentang mata dengan lelaki ni.

"Awak tak apa-apa kan?" tanya Doyoung lagi sekali. Aku sekadar menggeleng. Tulang punggung aku tak retak, jadi aku okay jelah.

Kalau tak okay pun, apa susah? Aku kan dah kat hospital ni.

"Takpe, terima kasih," jawab aku ringkas. Aku hargai keprihatinan dia tetapi aku sedang mengejar waktu ketika ini. Mungkin lain kali aku akan balas budi dia.

Aku cepat-cepat berlalu dari situ meninggalkan Doyoung sendirian yang masih terpinga-pinga.

Doyoung sekadar melihat kelibat itu pergi, tanpa sedar dia melambai-lambai walaupun kelibat itu tidak menoleh ke arahnya. Matanya tiba-tiba tertancap pada sekeping buku nota yang nipis di atas lantai. Buku 555, atau lebih mudah dipanggil 35 oleh kebanyakan orang diambilnya. Ada satu nama tertulis di kulit buku yang agak lusuh itu.

Kwon Haneul

"Oh, dia punya!" katanya agak kuat. Matanya meliar-liar, cuba mencari pemilik buku itu tetapi dia terlambat.

"Takpelah, esok jelah aku pulangkan," katanya lalu menyimpan buku kecil itu dalam poket seluarnya. Dia bergerak menuju ke pejabat ibunya.

Ibunya salah seorang doktor di hospital itu, jadi dia memang sudah arif benar dengan selok-belok hospital ini.

-----

Aku cuma nak cakap smth jelah eh, aku harap korang tak bosan dengan cara penulisan aku yang macam karangan ni sebab aku lebih selesa tulis macam ni. Harap korang faham, kalau ada mana² perkataan yang korang tak familiar, tanya je. Aku akan explainkan. 🤗

VOTE AND COMMENT UWUWUWUW :3

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now