× 4 ×

564 121 120
                                    

"Haneul!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haneul!"

Aku angkat muka, buku-buku yang tadinya aku susun rapi aku masukkan dalam beg. Seorang pelajar perempuan berdiri berpeluk tubuh di sebelah aku.

"Dengar cerita Doyoung ada bagi something kat kau?" tanyanya lagi, kenapa aku rasa nada dia macam marah. Macam geram pun ada. Dia ni ada kaitan ke dengan duyung eh Doyoung tu?

Duyung tu yang aspalela Saiful Apek tu isk isk isk

Aku malas nak jawab, aku rasa tak penting kot nak jawab soalan macam ni. Kalau dia tanya pasal pelajaran, takpe juga aku nak buka mulut. Lagipun aku nak cepat, aku ada benda lagi nak buat selepas ni.

Aku kemas meja aku, dah selesai semuanya aku bangun. Perempuan ni pun satu, nak juga berdiri kat tengah laluan ni. Menyusahkan betul, aku keluar ikut pintu belakang jelah. Bukan dosa pun.

"Hei, kau nak pergi mana?" Tangan aku ditarik olehnya. Suaranya meninggi sedikit.

Tak, ceritanya sekarang, kenapa dia nak marah? Aku ada sakitkan hati dia tanpa sedar ke apa? Ke aku ada ambil susu pisang dia waktu makan tengah hari tadi? Aku rasa tak. Ingatan aku jelas lagi buat setakat ni.

Aku membuat kesimpulan, yang dia ni memang ada apa-apa dengan Doyoung. Tak pun mungkin, Doyoung tu crush dia. Motif kemarahan dia: cemburu. Itu sahaja kesimpulan aku.

"Balik," jawab aku, ringkas. Tangan aku yang dipegangnya aku rentap perlahan, nak rentap kuat-kuat pun buat apa, dia pegang tangan aku pun bukannya kuat sangat. Patah pula tulang anak orang tu, saya tak bertanggungjawab.

"Jawab soalan aku dulu. Kau ni kan, besar kepala. Sombong, mentang-mentang kau pandai, layan orang nak tak nak je."

Eh, ada kaitan ke kepandaian aku dengan Doyoung? Bukannya aku serap ilmu dari otak si Doyoung tu pun. Inilah antara manusia yang suka 'tiber'.

Aku angkat kening, seingat aku dia ni memang agak bermasalah dalam pelajaran dalam kelas ni. Aku pun sebenarnya bukan tak pernah nak cuba tolong dia (selepas kena paksa dengan cikgu semestinya, kalau tak memang aku pun malas nak fikir pasal orang lain), tetapi pada pengamatan aku, dia sendiri yang tak cuba untuk berusaha.

Dalam diam, aku mula blacklist muka dan nama perempuan ni dalam otak aku.

"Pastu, yang kau gelabah sangat dah kenapa?" celah Ara tiba-tiba, tak balik lagi rupanya dia ni. Ada je haa tengah salin nota rupa-rupanya kat tempat duduk dia.

Sekali lagi, aku memuji kerajinan Ara. Aku harap Tuhan permudahkan urursan belajar dia.

Perempuan tadi, Mina namanya terkejut, tak menyangka Ara mencelah perbualan kami yang agak tegang tadi.

"Kalau ya pun Doyoung tu bagi apa-apa kat Haneul, kenapa kau gelabah sangat? Doyoung tu namchin kau ke? Dalam mimpi jelah wei!" Sempat Ara menyindir, siap gelak lagi. Nak terjatuh kerusi dah dia.

Aku sekadar senyum senget, Ara tu memang mulut jenis lepas sikit, jadi tak peliklah kalau dia selamba berkata sebegitu. Sekurang-kurangnya ada juga orang tolong cakapkan apa yang dari tadi bermain-main dalam otak aku.

Muka Mina bertukar merah, malu mungkin digelakkan sebegitu. Relakslah, ada kami bertiga ke kat sini, jadi totalnya ada seorang sahaja yang gelakkan dia (aku gelak dalam hati je). Jadi, tak perlulah malu sangat.

"Ish!" Dia mengambil begnya kasar sebelum melangkah keluar dari kelas, sempat lagi dia melanggar bahu aku, mentang-mentang dia tinggi. Hampir terjatuh juga aku di situ.

"Haneul, dah nak balik eh? Nak ikut!" Ara mencampakkan buku notanya dalam beg sebelum tergesa-gesa mengikut langkah aku. Suis kipas sempat ditutup lalu pintu kelas dihentak dengan kuat, bergema bunyinya di ruangan koridor yang sunyi itu.

"Hehe sorry sorry," katanya tersengih-sengih sebelum berdiri di sebelah aku. Kami berjalan beriringan.

Sebenarnya aku sudah biasa berjalan sendirian cuma untuk tahun ni, nampaknya aku dah ada peneman. Ara baru sahaja sekelas dengan aku tahun ni dan dia memang selalu berusaha nak  rapat dengan aku walaupun aku tak minta pun.

Tak bermaksud apa-apa, sebenarnya aku hargai apa yang dia buat. Cuma aku lagi selesa bersendirian macam sebelum-sebelum ni. Macam aku katakan, Ara bukannya kawan baik aku. Kami sekadar kawan, tetapi aku hargai kehadiran dia untuk tahun ini.

"Apalah si Mina tu, benda macam tu pun kecoh sampai nak cari gaduh. Orang pergi sekolah belajar, dia sibuk nak bercinta! Belajar entah ke mana-mana," katanya bernada tidak puas hati. Kedua-dua tangan dimasukkan dalam kocek. "Kalau tak pandai pun, belajarlah. Macam aku!" Sempat dia memuji diri sendiri, seperti biasa dia tersengih menampakkan giginya yang putih bersih itu.

Aku sekadar mendengar apa yang dia kata.

"Tapi kan, memang betul ke Doyoung tu ada bagi apa-apa kat kau? Doyoung bagi apa?" Ara memeluk lengan aku, tanda nak tahu gosip terkini. Mata terkelip-kelip lagi.

"Ada. Dia bagi sandwic waktu rehat tadi."

"Pergh, pelajar paling bijak dalam batch kena notice dengan pelajar popular! Aku bangga, aku bangga!" Ara menepuk-nepuk bahu sendiri, muka dramatik ditonjolkan.

Aku sekadar menggulingkan bebola mata. Aku tak rasa benda tu perlu dibanggakan pun, Doyoung je pun. Bukannya aku jumpa Menteri Pendidikan ke apa. Tak perlu canang-canang bagi satu alam semesta tahu pun.

Ara bercakap apa entah lagi, aku sendiri pun dah tak dengar. Tiba-tiba sahaja aku teringat kembali sticky note yang Doyoung tu bagi, comel betul sticky note tu. Nak beli kat mana eh?

"Eh, aku balik rumah dulu! Bye! Jaga diri tau Haneul," kata Ara. Rumah Ara tu memang dekat amat dengan sekolah ni, kalau lagi lima minit loceng dah nak berbunyi sempat je dia ni sampai. Kalau nak balik rumah sekejap waktu belajar pun takde siapa yang nak perasan.

Aku sekadar melambai kembali. Ara berjalan riang masuk ke dalam pagar rumahnya.

Ara tu memang macam tu, jenis happy memanjang. Banyak juga kan personaliti pasal dia aku terangkan dalam buku ni. Macam aku cakap, aku ni kan CCTV berjaya.

Aku sambung perjalanan aku, tetapi tanpa aku sedar ada seseorang memerhatikan aku.

-----

Malam ni jelah aku kemas beg nak pergi kolej, malas pula. HAHAHAHHAHA malas nak kemas awal-awal.

Aku ada banyak benda nak tulis tapi malas. Aku tengah berfikir nak buat video assignment aku sekarang ke atau bila dah balik sana. Pendek kata aku malas. Sepatutnya cuti midsem dua minggu, satu minggu untuk assignment satu minggu untuk cuti barulah namanya cuti.

Vote and comment ♥️

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now