× 11 ×

373 95 28
                                    

"Baiklah, semua boleh rehat sekarang

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.


"Baiklah, semua boleh rehat sekarang. Terima kasih semua," kata Miss Lee sebelum keluar dari kelas tersebut. Keletak keletuk bunyi kasut tumit tingginya berlaga dengan lantai simen.

Setelah mengucapkan terima kasih, Doyoung tergesa-gesa menyimpan buku teksnya bawah laci. Tangannya menyelongkar sticky note yang selalunya digunakan untuk menulis apa-apa yang penting. Sticky note dengan hiasan gambar memerang di sebelahnya.

Bukannya dia pun yang beli, mak ciknya yang baru pulang dari luar negara memberikan hadiah itu sebagai cenderahati. Dia terima jelah, takkanlah nak complain lebih-lebih pula? Kang satgi dia pula yang kena.

"Ish, mana ni?" keluhnya, tangannya diseluk lebih dalam ke dalam laci meja itu sebelum dia terpegang sesuatu yang dia rasa benda yang dicari-carinya dari tadi.

Dia tersengih-sengih, jumpa pun. Cepat-cepat dia ambil pen dan menulis sesuatu di atas kertas kecil itu. Ada dua kertas ditulis, dan kedua-duanya untuk orang yang berbeza. Dia tersengih lagi, makin lebar.

Harapnya, rancangannya berjaya.

"Doyoung." Satu suara memanggilnya.

Dia angkat muka. Kertas tadi ditutup dengan tapak tangan, tak mahu ada orang tahu isi kandungan kertas tersebut walaupun sebenarnya tidaklah penting mana. Langkah berjaga-jaga.

"Awak tak pergi makan?" tanya gadis di hadapannya itu. Choi Nana, gadis kacukan Jepun-Korea. Dia tersenyum-senyum.

"Err saya nak pergilah ni. Tapi ada benda sikit nak settle," kata Doyoung teragak-agak. Kertas tadi dijeling sekilas lalu, risau Nana sempat membaca apa yang tertulis.

"Oh." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Tidak semena-mena dia menghulurkan sebekas makanan.

"Awak makanlah, saya ada bawa lebih," katanya lagi. Doyoung memandang muka Nana dan bekas itu bersilih ganti.

"Err apa kata awak bagi kat orang lain? Haa, awak bagi kat Junghwan!" Jari telunjuknya dituding ke arah satu sosok tubuh lelaki yang sedang khusyuk menghadap corndog dua batang. Gaya macam tak makan sebulan. Rakus betul.

"Junghwan kan kuat makan. Mesti dia nak kalau awak bagi dia," kata Doyoung, tergaru-garu kepala macam cimpanzi. Sengaja dia berdolak-dalih, bukannya apa dia sebenarnya kurang senang dengan apa yang Nana buat untuknya.

Hampir saban hari mesti ada sahaja si Nana itu beri dia makanan, daripada roti hinggalah nasi. Sampai kadang-kadang dia sendiri pun tak termakan, senyap-senyap dia bagi kepada Junghwan yang memang jenis makan selalu tak cukup. Bukan dia tak menghargai, cumanya dia pelik.

Nana is kinda sus, sempat lagi dia buat sangkaan sendiri dalam hati.

Tanpa sedar, Nana mencebik. Doyoung yang nampak, pura-pura bersangka baik, mungkin matanya sendiri yang tiba-tiba rabun sampai tersalah nampak yang Nana buat muka sebegitu apabila dia mention nama anak pak cik Junghwan yang masih tak perasan orang sebut nama dia. Elok je dia makan tanpa tercekik.

"Tapi saya buat ni untuk awak sebenarnya," katanya lagi, masih lagi cuba untuk memberi bekas makanan itu, bunyinya macam memaksa pun ada.

Sebagai anak sulung eh tiber tersalah skrip pula. Sebagai orang yang baik lagikan mempunyai hati yang murni, Doyoung tak sampai hati hendak menolak pemberian Nana yang nampak sangat berharap.

'Hish kau ni! Orang tu ikhlas kot nak beri, ambil jelah!' Hatinya berbisik, dia telan air liur.

Dia memandang wajah Nana sebelum tersenyum. "Takpelah, terima kasih sebab beri."

Nana tersenyum lebar. Dia meletakkan bekas makanan itu elok-elok atas meja Doyoung. "Makan tau!" katanya, memberi peringatan sebelum beredar dengan hati yang berbunga-bunga.

Doyoung sekadar memasang senyuman paksa. Dia melihat bekas itu sebelum membuka penutupnya. Ada gimbap di dalamnya, dia bukannya tiada selera nak makan cumanya otaknya masih penuh lagi dengan persoalan:

Kenapa Nana beri aku makanan setiap hari? Apa motif dia? Apa yang dia nak sebenarnya?

Dia tutup semula bekas itu. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan sticky note yang ditulisnya tadi. Automatik jadi gelabah, dia perlu mengejar masa. Sekolah ni dahlah kedekut, bagi waktu rehat pun sekejap je, sempat lagi dia kutuk dalam hati.

Dia mengeluarkan dua bungkus coklat dari laci meja, selotape jenama Loytape itu dikoyak lalu digunakan untuk melekat sticky note tu elok-elok pada bungkusan coklat itu. Dia tersengih lebar, puas hati.

Sekarang, tinggal dia nak bagi je.

"Junghwan! Sini jap!" panggilnya. Junghwan dengan mulut sememeh menoleh, corndog kat tangan dah lesap masuk dalam perut dan dicernakan dengan jus gastrik bla bla bla dan pelbagai lagi perkara yang berlaku dalam proses pencernaan.

Junghwan datang segera. Dia tersengih-sengih, macam dah tahu-tahu je apa tujuan dia dipanggil.

"Gimbap ni ada enam, kau ambil tiga. Tinggalkan aku tiga. Aku ada benda nak buat kejap." Junghwan angguk-angguk, tak menyempat dia capai gimbap tersebut. Bab-bab makanan dia memang laju, bab-bab belajar selalunya dia macam siput bergerak. Faham-faham jelah.

Doyoung sekadar menggeleng, cepat-cepat dia bangun lalu berjalan keluar. Coklat tersebut disimpan dalam poket.

Tanpa dia sedar, Nana memerhatikan dia dari jauh dengan penuh minat dan tanda tanya.

----

Disebabkan sebelum ni aku macam jarang cerita pasal Doyoung so aku cerita pasal Doyoung sekarang 😂😂

Vote and comment ❤️❤️ korang rasa Doyoung nak bagi siapa coklat tuuuuu

• m&m • kim doyoungOnde as histórias ganham vida. Descobre agora