× 6 ×

498 104 18
                                    

"Haa termenung!"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Haa termenung!"

Tiada reaksi daripada pelajar paling bijak dalam kelas itu. Ara garu-garu kepala, serasanya suaranya tadi tu kuat juga, bergema-gema dan melantun suaranya di dalam kelas yang agak bising itu. Kalau kelasnya senyap umpama di kubur sekarang, mesti semua orang boleh terkejut sampai gugur jantung, termasuk dengan cicak-cicak di siling kelas.

Bahunya ditepuk kuat. "Jangan kacau dia, Ara." Byungho mencelah, sebelah tangannya meletakkan buku teks Matematik Tambahan yang baru dikeluarkan dari laci meja. Makin berkerut dahi Ara, dah kenapa pula tiada angin tiada ribut tiada banjir dia diberi amaran macam ni?

Adakah ni hari malang untuk dia?

"Kenapa?" Macam biasa, seperti manusia-manusia lain yang hidup di muka bumi Tuhan ini, Ara diserang rasa ingin tahu. Pelik ni, tak pernah-pernah lagi berlaku.

Byungho duduk di tempat duduknya dengan tenang. Kalkulator ditekan beberapa kali, soalan Ara tadi dibiarkan tergantung begitu sahaja.

"Kenapa nampak malap je nombor kat kalat ni? NI mesti dah nak habis bateri. Dahlah exam dah nak dekat..."

"Oi, Park Byungho! Aku tengah tanya kau ni!"

Byungho angkat muka daripada sesi meneliti kalkulator tadi. Matanya terkelip-kelip seketika sebelum tersengih. Baru teringat. Bertuah punya budak!

"Aku tak tahu pun sebabnya," jawabnya ringkas.

"Haa?"  Serasa mahu dicekik lelaki di hadapannya ini, gaya macam tahu je! Buat bazir tenaga dengan lemak kaki dia je berdiri kat sini.

"Habis tu? Kau ni pun satu, nampak macam tahu!"

"Eh, salah aku ke?" tanya Byungho. Soalan yang memang sengaja tambah perencah dalam kegeraman Ara yang dah menggelegak tu.

"Haah, lelaki kan memang selalu salah. Perempuan je yang selalu betul," jawab Ara sambil menggulingkan bebola matanya. Baik dia duduk di tempatnya dan baca apa yang patut.

"Ya Ara, nak apa?"

Ara menoleh, dia menekup mulut dengan penuh dramatik. Nampak sangat terharu aku panggil dia. Panggil je pun, bukannya nak bagi hadiah hari Krismas ke apa.

"Eee, Haneul panggil aku!" katanya girang. Kenapa pula dia ni? Merisaukan betul.

"Dah tu kenapa kau happy sangat tiba-tiba?" celah Jeongwoo, yang duduk di hadapan. Kalau anda nak bayangkan macam mana rupanya sekarang, dia sedang membuat muka judgemental, begitulah.

Ara mencebik, Jeongwoo tu memang, menyibuk je nak ambil tahu hal semua orang, bisiknya dalam hati.

"Biarlah aku nak happy pun, jealous ke?" kata Ara sebelum mendekati aku. Aku sekadar menggeleng, perangai masing-masing macam budak-budak. Aku malas nak masuk campur, dah besar settle sendiri.

"Kenapa kau tegur aku? Nak apa?" tanya aku, sesekali melihat di tangannya. Tiada buku, jadi dia nak tanya apa?

"Takdelah, aku nampak kau termenung macam ada masalah. Kau ada apa-apa ke? Kalau ada masalah, share jelah dengan aku!" Ara dengan agresif sekali menggoyang-goyangkan tangan aku, sedangkan aku tak jawab apa-apa pun lagi.

Bagi aku, kalau dah namanya makhluk bernyawa dan hidup, mesti akan ada masalah. Sebab hidup ni, satu perjuangan dan persaingan, masalah tu memang takkan hilang sampai dunia ni kiamat sekali pun. Hadap jelah makhluk bernama masalah tu.

"Takde apa-apa, saja termenung. Kau datang nak tanya tu je ke?" tanya aku lagi, sesekali aku melirik jam dinding kelas, cikgu Matematik Tambahan tak masuk lagi walaupun dia sebenarnya dah terlambat 10 minit.

Biarlah, aku rasa budak-budak kelas ni lagi suka kot kalau cikgu tu tak masuk hahhahahah tu pasal semua nampak macam tak kisah tak gelabah pun cikgu tak masuk kelas.

"Haah err saya prihatin tau!" katanya sebelum berdesup pergi ke tempat duduknya di belakang, tak tahulah kenapa dia bertindak sedemikian.

Kadang-kadang aku terhibur tengok Ara tu, dia nampak kasar tetapi tanpa dia sedar, dia nampak comel dalam setiap gerak-gerinya.

"Psst, kau okay tak? Aku pun nak jadi prihatin macam Ara juga!" tanya Byungho tiba-tiba. Tangannya sibuk menekan-nekan pensil tekan, tik tik tik bunyinya.

"Aku okay je. Muka aku nampak macam tak okay ke?" tanya aku.

Manalah tahu orang tengok muka aku nampak macam orang sakit ke apa, aku bukannya boleh tengok muka sendiri pun kalau dah bebola mata aku tersangkut kat kelongsong mata, kalau boleh bawa keluar lepas tu tengok muka sendiri takpe juga.

"Takdelah..." Byungho pandang buku sebelum pandang muka aku semula. Sesekali dia pandang si Jeongwoo yang tengah galak menari di depan macam buat konsert percuma.

"Bukannya kau selalunya dah buka buku ke waktu sekarang macam ni? Kau jarang buang masa dengan termenung tanpa sebab macam ni. Hobi baru ke?" Sempat lagi perli aku di hujung. Ah, biarlah.

"Takde apa-apalah. Aku sedang berfikir." Tu jelah jawapan paling logik dan realistik yang aku boleh bagi sekarang. Yang penting aku tak menipu. Aku memang tengah berfikir pun dari tadi.

Byungho terkebil-kebil sebelum mengangguk faham, aku tahu sebenarnya dia buat-buat faham je. Dia kembali menghadap buku teks yang lebih banyak abjad daripada nombor, dan semestinya salah satu subjek paling tidak disukai kebanyakan pelajar.

Aku hela nafas lega, sekurang-kurangnya tiada siapa lagi yang bertanya sebab aku termenung tadi.

Aku termenung, kerana teringatkan permintaan Nana, pelajar kelas sebelah. Aku masih ragu-ragu mahu terima tawaran dia.

Tapi aku betul-betul perlukan wang sekarang, dan tawaran tu salah satu cara untuk aku dapatkan wang.

-----

HAI HAI HAI !!! AKU UPDATE SEMULA YIPPEEE 🥳🥳🥳 Aku dah selamat di rumah, tapi semestinya saya merindui suasana kolej dan kawan² aku, dahlah housemate aku jenis masuk air tau membuatkan aku yang introvert ni pun boleh huhahuha dengan diorang 😂

Sebenarnya aku still takde rangka untuk cerita ni so aku tak tahu apa endingnya semua, kalau korang nampak aku dah start rajin update tuuuuuu maksudnya aku dah ada idea lengkap ehheheheheh so korang tunggu jelah

Dan aku terfikir nak publish satu lagi ff tapi maybe lepas chapter 10, tengoklah macam mana. Siapa tuuuuu tekalahhhh macam tak biasa pulakkkk hahahahahah

Stay safe, vote and comment :)

• m&m • kim doyoungTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang