× 19 ×

317 79 15
                                    

"Biar saya tolakkan troli!" Laju Doyoung menarik pemegang troli tu dari tangan aku, dia tersengih-sengih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Biar saya tolakkan troli!" Laju Doyoung menarik pemegang troli tu dari tangan aku, dia tersengih-sengih.

Mana taknya, semangat lain macam ya nak tolak troli tu sampai tertolak aku sekali, nasib tak terjatuh kat tengah-tengah orang ramai ni.

Aku angkat bahu, biarlah si Doyoung ni nak buat apa pun. Asalkan aku dapat beli apa yang aku nak, cukuplah. Tak nak komen banyak-banyak, nanti anak Encik Kim tu terasa payah pula nak memujuknya.

Oh, lupa. Maaf, saya tiada kebolehan dan bakat terpendam nak memujuk orang. Harap semua orang mampu memujuk diri sendiri.

"Saya bukan apa, nanti troli ni berat susah awak nak tolak," sambung Doyoung lagi, dengan nada prihatin. Dia tolak troli ke depan ke belakang sebelum jari telunjuknya menunjuk ke arah roda troli. "Haa tengok! Roda dia pun macam ting tong je. Susah awak nak tolak seorang nanti!"

"Kalau saya tolak sama-sama dengan awak pula, takut awak-"

"Takpe. Terima kasih." Aku terus berjalan ke arah rak-rak berisi pelbagai jenis makanan dan barangan. Makin lama aku dengan Doyoung, makin banyak dia cakap dan makin banyak masa terbuang.

Maaf sekali lagi, saya memang kejam tapi saya tak berniat begitu.

Susun atur dalaman pasar raya ni pun kemas, mudah untuk para pelanggan datang untuk memilih dan mengambil barangan yang mereka nak.

"Haneul, tunggu saya!" Doyoung menolak troli dengan lebih laju, cuba menyamai langkah aku yang dah menonong nak pergi bahagian makanan basah.

Aku teringat dengan permintaan Hyunsik semalam. Katanya dia tiba-tiba sahaja teringin nak makan udang. Alang-alang ada duit lebih, dapatlah aku belikan untuk dia. Hyunsik tu memang gemar betul makan udang, kalau masak satu kuali dia seorang pun boleh habis.

Berbeza dengan Haru, dia memang anti betul dengan udang. Katanya, dia tak selera nak makan sebab udang tu nampak macam lipas tapi versi hidupan laut. Memang dua adik aku ni berbeza betul perangai, patutlah asyik gaduh memanjang je. Susah rumah tu nak aman kalau dua-dua ada.

"Awak nak saya pergi timbangkan udang ni?" tanya Doyoung, siap hulur tangan macam nak minta duit beli aiskrim roti. Produktif betul ya dia ni nak tolong aku. Bukannya aku bayar gaji dia ke apa.

"Takpe, saya boleh pergi timbang sendiri. Lagipun, saya nak-"

Doyoung merampas plastik berisi udang yang ada kat tangan aku. Cis, dia ingat ni main ragbi ke apa nak rampas-rampas bola bentuk telur tu?

"Haa cepat cepat! Nak ambil apa lagi? Biar saya pergi timbangkan semua. Ni, sotong ni nak tak? Kerang ke ikan keli ke?" Laju mulutnya berbicara, siap cucuk-cucuk lagi mata ikan segar kat situ.

"Euw, lembik!" Terjuih-juih mulutnya menahan geli. Dah tu, takkanlah mata ikan keras macam biji durian pula Doyoung oi?

"Oh, okay. Jap." Aku koyak satu lagi plastik sebelum mengisi beberapa ekor ikan, cukup-cukup untuk kami lima beradik makan. Aku capai beberapa plastik berisi sayur yang aku dah ambil awal tadi di dalam troli sebelum aku hulurkan pada Doyoung.

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now