× 23 ×

294 73 81
                                    

Air sejuk yang keluar dari paip itu aku tadah sebelum aku sapu di muka perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air sejuk yang keluar dari paip itu aku tadah sebelum aku sapu di muka perlahan. Segar rasanya kulit muka aku ni.

Apa masalah budak perempuan sekolah ni nak kacau aku? Sebelum-sebelum ni elok je hidup kat sekolah ni, takde pula aku ni pelihara toyol selepas tu suruh toyol aku pergi curi beras segenggam kat setiap rumah.

Semua ni...sebab Doyoung ke? Beria betul budak-budak perempuan sekolah ni. Macam netijen Malaysia ops.

Rambut aku betulkan, cermin mata yang aku letak sebelah sinki aku ambil sebelum pakai. Jelas sedikit aku lihat wajah aku yang terpantul di cermin.

Setelah selesai apa yang patut, aku melangkah keluar dari tandas. Aku ni bukannya selalu pergi tandas kat sekolah ni, tak selesa sebenarnya. Kalau tandas macam kat hotel takpelah juga. Korang pun macam tu kan?

Mengaku jelah. Ingat aku tak tahu ke?

"Wah, jarang-jarang tengok jalan sana-sini! Selalunya melekat dengan buku kat kelas. Pelajar paling pandailah katakan," celah satu suara dari arah belakang aku.

Dah kenapa pula pemilik suara ni? Memang dia seorang je kot ada kaki yang berfungsi dan membolehkan dia berjalan merata kat sekolah ni, orang lain tak boleh jalan?

Aku toleh belakang. Haish, perempuan tak sedar diri ni lagi. Apa yang tak puas hati dengan aku pun tak tahu. Nak kata aku cantas kedudukan akademik dalam kelas, dia tu entah-entah kedudukan nombor satu dari belakang.

Aku mencebik dalam diam. Malas nak cakap kat mulut, ada yang terasa pula nanti. Aku malas nak buat sesi pujuk-memujuk. Kalau dapat duit takpe juga.

"Eh, ingatkan rabun je. Rupa-rupanya pekak juga!" kata Mina lagi. Dia tersengih-sengih, buruk betul rupanya. Monyet kat Bukit Melawati pun lagi comel kot.

Korang ingat tak lagi watak dia ni? Dia ni haa yang cuba cari gaduh dengan aku waktu bab-bab awal dulu, bab nombor berapa aku sendiri pun tak ingat. Almaklumlah, memori penulis buku ni pun sekejap OK sekejap KO. Sekejap pandai sekejap amnesia.

Aku sekadar berdiam diri. Biarlah dia cakap seorang diri, buat habis air liur aku je berbual dengan orang perangai macam dia ni.

Mukanya kelihatan merah, berang mungkin melihat sikap aku yang macam nak tak nak je layan dia. Dia mendekati aku lalu menolak bahu aku, aku terdorong sedikit ke belakang.

Perlu diingatkan di sini, kebanyakan perempuan kat sini semua tinggi-tinggi. Aku je golongan minoriti, mungkin sebab tu kot orang pandang aku sebelah mata je kot.

Tetapi tulah, kalau badan tinggi tapi otak kecil pun takde guna juga.

"Kau fikir kau bagus sangat ke? Sedar diri sikit yang kau dengan Doyoung tu tak layak langsung! Nasib kau pandai jelah, kalau tak kau ni takde apa-apa tahu tak? Dahlah miskin!"

Aku tersenyum nipis. Dia ni...mungkin anggap aku ni hati tisu kot apabila orang cakap macam tu. Apabila orang bangkitkan isu keluarga aku yang miskin.

Orang-orang bodoh je yang cakap benda-benda macam ni. Takde modal nak sakitkan hati orang kan? Macam aku cakap, aku malas nak buang tenaga aku layan benda-benda macam ni. Banyak lagi benda lain aku nak fikir.

"Kau kenapa? Bisu ke?" Tidak semena-mena dia memegang bawah dagu. Cepat-cepat aku tepis tangan dia, tak nak aku berjangkit penyakit bodoh dia ni. Doktor pun tak boleh nak rawat.

"Kalau nak, cakap je terus dengan Doyoung. Tak perlu gaduh dengan aku. Tak perlu buang masa kau." Akhirnya aku buka mulut. Tak naklah dia bersangka buruk ingat aku ni tak reti buka mulut.

Aku bukannya apa, kalau aku buka mulut memang tak bertapis ayat yang keluar dari mulut ni. Aku lagi banyak fikir dari bercakap.

Aku ingatkan, apabila aku balas balik apa yang dia kata buat dia puas hati, tetapi nampaknya tak. Muka Mina yang memang merah sedari tadi, bertambah merah. Dia menolak kedua-dua bahu aku.

Dah kenapa pula perempuan ni? Jawab salah, tak jawab salah. Dia seorang je kot betul kat dunia ni.

"Eh?" Serasa ada tangan yang memeluk aku dari belakang. Benda apa pula ni?

Aku cuba untuk melepaskan diri tetapi semakin kuat pula pelukan ni. Terdetik di hati aku, mungkin gerangan yang memeluk aku ni berkomplot dengan si Mina sewel ni.

Dalam tengah kekalutan ni, aku cuba meneka siapa yang sanggup nak bersubahat dengan perempuan gila ni. Siapa eh rasanya?

Cermin mata aku ditarik dengan kasar sebelum dilempar ke atas lantai. Mina memijak-mijak cermin mata aku sehingga bingkainya kelihatan bengkok, dipijaknya seakan-akan memijak orang yang paling dia benci kat dunia ni.

"Dah, jom blah! Bukannya dia nampak pun cermin mata dia dah nazak macam tu," ujar seseorang yang memeluk aku dari tadi. Dia melepaskan aku lalu menolak aku dengan kuat sehingga aku terjatuh, di sebelah cermin mata aku yang dah tak serupa cermin mata.

Aku rasa aku kenal ini suara siapa, tetapi aku ni rabun. Jadi, tak berapa nampak wajah mereka berdua.

Kedengaran mereka bergelak ketawa sebelum berlalu pergi. Aku cuba untuk melihat tetapi tetap gagal. Cermin mata yang dah rosak itu aku pandang sepi.

Haih, bertambah satu beban. Aku memang memerlukan sangat cermin mata ni. Kalau takde, macam mana aku nak belajar?

Aku mengeluh,  cermin mata itu aku tilik. Manalah tahu bolehlah pakai buat seketika.

"Haneul!" Satu suara menegur aku. Kedengaran macam suara lelaki.

"Siapa ni?" tanya aku, mata aku kejap kecil kejap besar cuba menangkap imej pemuda di hadapan aku ini.

"Ni saya, Doyoung." Dan aku nampak, bibirnya kelihatan tersenyum saat dia menuturkan namanya.

-----

Aku en sebenarnya rasa cerita ni aku tulis agak berterabur 😂 sebab aku selalu stop tulis cerita ni jadinya nak menulis tu tak berapa ada mood mmm

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now