× 15 ×

346 91 16
                                    

Aku nekad

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Aku nekad. Aku akan terima tawaran dia, lagi cepat aku buat, lagi cepat aku dapat duit.

Bunyi macam tak ikhlas je aku cakap macam ni tetapi takpelah. Tak salah pun pada pendapat aku, lagipun dia sendiri yang tawarkan, aku boleh je nak ajar seikhlas hati.

"Eh, nak pergi mana tu Haneul?" tegur Ara, tangannya sibuk mengira duit kertas dan duit syiling buat bekalan nak pergi kantin. Setelah berpuas hati, dia masukkan dalam kocek elok-elok, jangan biar tercicir di mana-mana.

"Aku nak pergi kelas sebelah jap."

Melopong mulut Ara. Ajaib ni, kena bagitahu semua orang, bisik hatinya. Dia menggaru-garu kepala, dirasakan apa yang dibuat oleh rakannya ini memang luar dari kebiasaan.

Adakah ini petanda–

"Tak payah fikir pelik. Aku ada hal sikit," kata aku. Bukannya tak tahu apa yang tengah bermain dalam fikiran si Ara ni, dah boleh agak sangat. Tengok muka pun tahu.

"Hal apa?" tanya Ara lagi. Aku geleng kepala, malas nak terangkan sekarang. Aku kena kejar masa, dah lah waktu rehat sekolah ni singkat sangat. Kedekut punya sekolah!

"Nanti aku bagitahu. Kau pergilah rehat, nanti ramai orang kat kantin." Aku cepat-cepat angkat kaki sebelum tangan aku ditarik oleh Ara. Nak apa lagi dia ni?

"Kau nak apa-apa? Aku boleh belikan."

Aku terdiam sebelum menggeleng perlahan. Aku dah biasa tak makan waktu rehat, macam aku cakap sebelum ni. Aku tak mahu menyusahkan Ara walaupun aku tahu, dia tak pernah kisah.

"Takpe, aku belikan juga!" katanya sebelum berlari keluar dari kelas ikut pintu belakang, macamlah kantin tu ada kaki nak melarikan diri daripadanya.

"Tepi tepi aku nak lalu!" Kedengaran suaranya bergema di koridor, gelabahlah tu takut kantin penuh, makanan habis. Yang tinggal nanti serbuk roti dengan sisa sos je.

Aku tersenyum senget, perangai Ara tu memang pelik sikit. Jenis selamba, orang pandang slack pun dia tak kisah. Sentiasa semangat buat apa-apa pun. Sangat ekspresif dalam menunjukkan perasaan dia, kalau gembira memang boleh nampak bibir tu senyum memanjang sampai telinga. Kalau marah, boleh nampak dahi berkerut tiga lapis.

Aku teringin nak jadi macam dia, tak kisah dengan pandangan orang. Tak kisah apa yang orang nak katakan pada aku. Aku hela nafas.

"Oh, Nana!" Aku cepat-cepat berjalan keluar menuju ke kelas sebelah. Harap-harapnya dia tak keluar pergi mana-mana lagi. Kalau boleh aku nak settle semua benda hari ni.

Aku berdiri  di tepi tingkap kelas Nana, sesekali aku menjenguk mencari kelibat gadis itu. Sesekali aku cuba mengingat kembali wajahnya, yalah aku pernah terjumpa sekali sahaja ketika di restoran tempat aku bekerja sambilan hari tu.

Kang nanti tegur  dengan penuh yakinnya tengok-tengok orang lain, tak ke aku malu sampai nak lari menyorok kat puncak Gunung Ledang?

"Tu Nana ke?" Aku betulkan sikit cermin mata aku, aku ni dah lah rabun, lupa pula aku nak lap sikit cermin mata aku yang agak berkabus ni.

Cermin mata dibuka lalu aku lap guna hujung blazer elok-elok, takut tercalar pula. Tak bawa pula kain lap cermin mata tu. Cermin mata dipakai semula, haa barulah nampak jelas pemandangan depan aku, kualiti 1080p gitu.

Kelihatan Nana memberikan sesuatu kepada Doyoung, nampak macam bekas makanan. Aku angkat bahu, normallah tu. Pelajar popular macam dia tu, tak hairanlah orang nak bagi macam-macam, lagi-lagi perempuan. Ada udang di sebalik mee goreng, ada niat di sebalik perbuatan!

Lainlah aku ni, siapa je nak pandang. Paling-paling pun nak tanya soalan, lepas faham, ucap terima kasih selepas tu pergi. Aku usap dada, tak baik kata macam tu, nampak macam tak ikhlas pula nak tolong orang, bisik hati aku. Sedapkan hati sendiri yang selalu cemburu dengan orang lain senyap-senyap.

Selepas melihat Nana cakap sesuatu dengan Doyoung, aku ternampak dia mula berjalan nak keluar dari kelas. Nilah peluang aku!

"Nana," panggil aku. Nana yang sedang membetulkan rambutnya memandang aku dengan wajah terkejut.

"Oh, Haneul. Kenapa awak ada kat sini?" tanyanya, mungkin tak menyangka aku ni tiba-tiba rajin angkat punggung, gerakkan kaki berjalan keluar dari kelas waktu rehat.

"Saya–"

"Nak jumpa Doyoung ke?" tanyanya, entah kenapa aku perasan ada satu nada di sebalik pertanyaannya. Kedengaran seperti dia marah dan tak puas hati, tetapi tu mungkin sangkaan aku je.

"Saya nak jumpa awak."

Alih-alih Doyoung, entah macam mana dia ni boleh ingatkan aku nak jumpa lelaki itu. Aku dengan dia bukannya ada kaitan pun.

"Jumpa saya?" Kali ini, nada suaranya kedengaran berbeza, agak tinggi dan nyaring sedikit. Suara normal orang terkejut. Dia menuding jari ke arah diri sendiri.

"Kenapa?" tanyanya.

"Hari tu awak ada minta saya jadi tutor awak."

Dia memetik jari, tanda dia baru teringatkan tawarannya itu. Aku tak salahkan dia, sebabnya aku sendiri yang ambil masa agak lama untuk memberikan kata putus.

"Jadi, awak terima ke?" tanyanya, matanya juga kelihatan bersinar-sinar, berharap. Aku angguk, seperti aku cakap sebelum ni, aku nekad.

"Yeay! Terima kasih!" katanya lalu tiba-tiba dia memeluk aku. Kekok aku dibuatnya, dahlah Nana ni lebih tinggi dari aku.

Aku memang rendah pun orangnya, jadi aku rasa agak insecure apabila berdiri berdekatan dengan kebanyakan pelajar perempuan di sekolah ni yang rata-ratanya lebih tinggi dari aku.

"Nanti apa-apa lagi, saya beritahu awak. Jom pergi rehat sama-sama!" Dia menarik tangan aku sebelum aku sendiri cuba lepaskan tangan aku. "Takpe, saya ada bawa bekal," kata aku, cuba berdolak-dalih. Nanti apa pula orang kata kalau aku rehat dengannya.

Nana ni pun boleh tahan popular juga di sekolah ni, dia berasal dari keluarga berada dan memang ayahnya juga antara penyumbang dana untuk apa-apa program di sekolah ini.

"Oh, kalau macam tu saya pergi dulu. Bye!" katanya lalu berlalu. Aku hanya menghantar kelibatnya pergi sebelum hilang dari pandangan.

Aku hela nafas berat. Selesai satu perkara, aku mula berjalan pulang ke kelas sebelum aku disapa oleh satu suara yang agak familiar.

"Haneul, apa yang Nana cakap dengan awak?" tegur Doyoung yang juga duduk di sebelah tingkap. Mulutnya kelihatan kembung, mungkin dia sedang makan.

"Takde apa-apa," jawab aku ringkas, rasanya Doyoung tak perlu ambil tahu pun. Kalau dia nak tahu sekali pun, tanyalah dengan Nana sendiri. Nana kan kawan sekelas dia.

"Oh," katanya. Dia sesekali melihat ke dalam bekas makanan di hadapannya lalu melihat aku semula.

"Haneul, nah!" Dia menghulurkan onigiri berbentuk segi tiga itu kepada aku. Aku angkat kening.

"Makanlah. Lagi pun bukan ke tu orang bagi awak?"

Doyoung geleng-geleng. "Mana ada. Yang ni saya beli sendiri kat kedai pagi tadi. Ada lebih, awak ambillah!" Tangannya pantas dijulurkan ke luar tingkap, diambilnya tangan aku lalu diletakkan onigiri itu atas tapak tangan aku.

"Saya tahu awak tak makan lagi. Makanlah! Nanti lapar!" katanya lalu tersenyum. Aku angkat bahu.

Dah orang nak bagi, ambil jelah.

-----

Perghhhhh jarang jarang aku tulis panjanggggg so aku belanjalah kebetulan aku takde kelas ni muehehhehehehe vote and comment ♥️

• m&m • kim doyoungOnde as histórias ganham vida. Descobre agora