× 30 ×

291 76 32
                                    

Sebenarnya aku rasa tak sedap hati, semacam ada satu benda buruk akan berlaku kepada aku hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebenarnya aku rasa tak sedap hati, semacam ada satu benda buruk akan berlaku kepada aku hari ini. Mungkin tahi burung jatuh atas kepala atau aku dilanggar lari. Aku tak tahu, tetapi dalam diam aku percaya dengan intuisi hati aku itu.

Dalam diam juga, aku berdoa semoga tiada apa-apa buruk yang berlaku.

Loceng rumah agam Nana aku tekan. Kaki payung yang aku pegang dari tadi aku pegang kuat. Berdebar semacam pula aku ni, kejap-kejap aku membetulkan cermin mata yang melorot jatuh di batang hidung.

"Oh, kamu rupanya Haneul. Masuklah nak, hari ni omma dengan appa Nana pun ada kat rumah." Mak cik pembantu rumah yang setia menyambut aku dari hari pertama aku datang sini sampailah hari ini menarik tangan aku masuk. Aku sekadar tersenyum nipis melihatnya sebelum aku perasan yang wajah mak cik tersebut seperti ada sesuatu yang tak kena.

Sepertinya...ada sesuatu yang tak kena dalam rumah ini.

Dia mencuit lengan aku. "Makcik sebenarnya rasa tak sedap hati sebab tengok dato dengan datin macam marah je tadi. Tapi, makcik tak tahu mereka marah sebab apa," bisiknya di telinga aku.

Aku angkat kening, nampaknya bukan aku keseorangan. Dan aku rasa aku ada kaitan dengan hal ni. Apalah nasib, aku cuma datang untuk mengajar, ambil duit dan balik. Apa yang susah sangat?

Walaupun agak gugup, aku tetap melangkah masuk ke dalam rumah diiringi oleh makcik pembantu rumah. Mata aku sempat menangkap dua kelibat manusia yang duduk di sofa mewah dengan wajah yang agak tegang.

Lelaki yang duduk di sofa yang berhadapan dengan aku menyedari kemunculan aku sebelum tiba-tiba menerpa aku. "Budak ni rupanya!" tengkingnya garang.

Aku agak terpinga-pinga, makcik pembantu rumah menarik aku ke belakangnya. Wajahnya kelihatan kalut, mulutnya laju meminta maaf dan berkata sesuatu, butir-butir katanya tidak kedengaran jelas.

"Kamu tepi! Biar aku ajar budak miskin ni!" marah lelaki itu, aku agak ni appa Nana. Aku pegang kuat bahu makcik pembantu rumah dari belakang, jujur aku takut melihat wajah merah appa Nana. Kenapa aku dimarahi? Aku ada buat salah ke?

Di manakah Nana?

"Dia tak salah! Dia tak buat apa-apa dato. Dia cuma datang ajar anak dato je," kata makcik pembantu rumah, kedua-dua tapak tangannya dirapatkan tanda merayu. Aku mengangguk, setuju dengan kata-kata makcik pembantu rumah.

"Ajar? Kamu ajar Nana jadi lebih pandai ke lagi tak pandai?" Omma Nana yang hanya berdiam diri dari tadi. Dia mendekati kami sebelum melempar beberapa helai kertas ke arah aku. Kertas-kertas bertaburan jatuh ke lantai.

"Kutip dan tengok! Teruk macam tu, kamu kata kamu ajar? Entah celah mana kamu pandai. Pandai menipu agaknya!" sindir omma Nana, kedengaran pedas di telinga aku. Aku kutip dan meneliti markah yang tertulis di situ, teruk, memang teruk.

Walaupun aku agak terasa dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulut wanita itu, aku tak rasa markah yang teruk ni disebabkan oleh aku. Kalau mereka sendiri tengok macam mana anak dia belajar dengan aku, memang dah boleh agak teruk macam mana markahnya.

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now