× 31 ×

278 72 27
                                    

"Awak dah okay sikit?" tanya Doyoung, riak mukanya kelihatan agak risau sejak daripada kami berjumpa di perhentian bas sehinggalah kami berada di kafe ini sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak dah okay sikit?" tanya Doyoung, riak mukanya kelihatan agak risau sejak daripada kami berjumpa di perhentian bas sehinggalah kami berada di kafe ini sekarang.

Cawan air kopi yang sudah semakin suam itu aku pegang, saja nak bagi tangan ni panas sedikit. Suhu di dalam kafe ini agak dingin, dicampur pula dengan hujan yang turun renyai-renyai di luar.

"Saya okay," kata aku ringkas, walaupun aku sebenarnya tidak merasakan perkara yang sama dengan apa yang aku ucapkan.

Kerana aku sudah terbiasa begitu, mengatakan aku baik-baik sahaja walaupun hakikatnya tidak.

Doyoung hanya diam. Dia tahu sahaja yang gadis di hadapannya ni tidak berkata benar. Siapa sahaja yang boleh rasa baik yang sesungguhnya setelah menangis bagai tiada hari esok? Dia hanya diam.

"Kalau awak tak kisah, boleh saya tahu kenapa awak–"

"Betul apa awak cakap," potong aku. Air kopi itu disisip lagi, terasa pahit benar air itu masuk melalui tekak aku, sama pahitnya dengan apa yang aku hadapi di rumah Nana tadi.

"Apa yang saya cakap?" tanya Doyoung sebelum dia menepuk mulutnya, baginya tak sepatutnya dia berkata sebegitu.

"Pasal Nana, saya rasa apa yang awak cakap hari tu betul," kata aku perlahan, kalau boleh aku tak nak ingat balik apa yang terjadi, aku nak padam segala kata-kata cacian yang keluar dari mulut ibu bapa Nana. Aku tak boleh. Aku cuma...tak boleh nak berbuat demikian.

Doyoung terkejut, dia baru teringat apa yang dia cakapkan tempoh hari di depan rumah gadis itu. Dia mendekatkan sedikit badannya ke hadapan, mudah sedikit dia hendak bercakap.

"Apa yang Nana buat pada awak?" tanya Doyoung, serius.

Dalam hati, dia menyumpah seketika, memang benar telahannya terhadap Nana.

"Bukan dia, omma dengan appa dia."

"Apa?"  Doyoung menepuk meja, kuat sehingga orang lain yang ada di dalam kafe tersebut memandang kami berdua. Aku hanya ketap bibir, malu! Doyoung hanya tersengih-sengih, nak sorok mana muka ni? Takkanlah nak sorok bawah meja kot.

Nasib Doyoung muka tembok, buat-buat tak nampak je hahahha.

"Apa yang omma dengan appa dia buat kat awak?" Doyoung angkat kening, kalau dah sampai melibatkan ibu bapa dalam hal, perkara ini memang serius, bukan main-main bukan rekaan.

"Omma dengan appa dia–" Aku telan air liur, mata aku pejam. Seakan-akan ada skrin di hadapan kornea mata aku memainkan kembali insiden tadi. Pedih, itu yang aku rasa. "Hina saya dan tuduh saya curi barang di rumah mereka. Membazir duit mereka ajar anak mereka."

"Eh eh! Anak dia yang tak pandai, salahkan orang pula!" Doyoung ambil croissant di hadapannya, digigitnya dengan geram. Sempat dia menggulingkan bebola matanya.

Aku seakan-akan terkebil-kebil, tak sangka pula begitu sekali respon Doyoung, selalunya dia nampak tenang ataupun sentiasa tersenyum. Ni memang aku nampak sangat muka dia yang memang menyampah sungguh dengan kawan sekelasnya itu.

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now