× 29 ×

272 75 6
                                    

"Hyunjoo dengan Haneul unnie dah balik!" Hyunjoo berlari-lari masuk ke dalam rumah, kasutnya ditanggal begitu sahaja di muka pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hyunjoo dengan Haneul unnie dah balik!" Hyunjoo berlari-lari masuk ke dalam rumah, kasutnya ditanggal begitu sahaja di muka pintu.

Aku sekadar menggeleng kepala, dah berbuih mulut ni macam orang kena sawan membebel suruh susun kasut kat rak, tapi tulah lagi kita larang, lagi orang nak buat kan?

Aku angkat kasutnya yang besar sedikit dari tapak tangan aku itu dan letak di atas rak kasut yang dibuat sendiri Hajoon cuti musim panas lalu. Jimat duit, tak payah lagi beli rak.

"Haneul!"

Aku pusing belakang, Doyoung lambai-lambai tangan dari balik pagar rumah. Ingatkan dah balik rumah dah dia ni, rasanya kami sendiri pun dah sama-sama meminta diri untuk pulang ke rumah.

"Kenapa?" tanya aku, sedikit kuat suara aku supaya dia dengar. Dia buat gaya seakan-akan memanggil aku.

Aku mendekati dia. Entah apalah yang dia ingin katakan lagi setelah kami sama-sama berdiam diri ketika perjalanan pulang dan ambil si Hyunjoo di taska.

"Esok...awak pergi rumah Nana lagi ke?" tanya Doyoung, masih terngiang-ngiang lagi cerita Junghwan di kelas tadi. Kalau benar (dan dia sememangnya yakin cerita itu bukannya sekadar rekaan imaginasi Junghwan), berat hatinya untuk membiarkan gadis itu pergi.

Dia risau Nana akan buat sesuatu. Dia pasti!

"Esok Sabtu kan, jadi saya pergi. Tengoklah macam mana." Aku pandang hujung kaki. Entah kenapa, aku rasa macam malas pula. Lagipun, aku sendiri kurang berkenan dengan perangai Nana sejak akhir-akhir ini (sebenarnya sejak dari hari pertama aku jadi tutor dia lagi) tetapi aku buat diam je. Malas nak bangkit apa-apa.

Sebabnya, aku nak dia fokus dengan apa yang aku ajar tetapi dia lagi banyak bertanya tentang hidup aku, tentang Doyoung. Apa aku ni nampak macam personal assistant Doyoung ke apa?

Masuk hari esok, kiranya dah masuk enam sesi. Kang satgi aku buka mulut, takut sentap pula.

"Tak payahlah Haneul! Lagi baik awak duduk rumah dengan adik-adik awak." Doyoung pegang atas pagar yang agak berkarat itu. "Macamlah dia tak boleh nak belajar sendiri," kutuknya perlahan namun masih sempat aku dengar.

Aku tersenyum senget, rupanya si Doyoung ni pun satu kepala dengan aku rupanya. Aku ingatkan aku seorang je yang tak suka dengan Nana tu. Ada geng, takdelah lonely sangat.

Aku membuat kesimpulan apa yang aku lihat ni adalah drama cinta bertepuk sebelah tangan. Kau minat kat dia tapi dia tak minat kau balik. Rasa nak gelak pun ada. Aku rasa Doyoung tahu je kot yang Nana tu minat kat dia, tetapi dia je tak layan. Tu yang dia cakap:

Fokuskan pada akademik, bukannya pada benda yang tak pasti.

Bukan main lagi Doyoung ni menganjing orang, dah boleh dapat anugerah ni. Sesiapa yang sudi taja trofi, amat diperlukan.

"Takpelah, saya nak kumpul duit. Duit hospital pun tak habis bayar lagi, restoran tu pula saya dah lama skip kerja sebab spec rosak. Lagipun–"

Aku teringat permintaan Hajoon tempoh hari. Tak sampai hati aku hendak menolak permintaan dia, walaupun dia dah besar tak bermaksud aku abaikan dia dan lebihkan adik-adik aku yang lebih kecil.

"Saya nak belikan kasut bola yang baru untuk Hajoon. Birthday dia bulan depan. Dari tahun lepas dia minta dengan saya, rasa ralat pula kalau saya tak beli."

Jarang-jarang aku nak bagitahu banyak benda pada orang luar, tetapi Doyoung sendiri minta aku anggapnya sebagai kawan. Dan, macam nilah kan kalau kita berkawan dengan orang kan? Aku tak tahu.

"Oh, macam tu ke. Takpelah, saya boleh tolong–"

"Takpelah, Doyoung. Terima kasih. Hati-hati balik." Aku cepat-cepat potong apa yang dia nak cakap, aku tahu. Dan aku tak nak dia tolong aku lagi. Malu aku.

Aku tak nak dianggap seperti ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Aku tahu dia ikhlas, tetapi aku sendiri nak usaha.

Doyoung terdiam seketika, matanya terkelip-kelip. "Err baiklah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi esok. Bye," katanya sebelum berlalu pergi. Aku sekadar menghantar kelibatnya pergi.

Tanpa sedar aku mengeluh. Kadang-kala, terdetik di hati aku yang aku ni seakan-akan hamba duit, sanggup buat apa-apa demi nak dapatkan wang walaupun aku tak suka buat benda tu. Macam kelas dengan Nana ni, kedengaran seperti tak ikhlas tetapi memang itulah hakikatnya. Tetapi, tak bermaksud aku buat sekadar sambil lewa sahaja, aku tetap mengajar.

Selepas memastikan pagar aku berkunci rapi, aku melangkah masuk ke rumah, terus sahaja aku ke dapur. Dahaga dah tekak aku ni.

"Eh, barang apa ni?" Beg-beg plastik berisi barang dapur yang terletak elok atas meja makan. Aku garu kepala kejap, teringat pula sesuatu.

Sememangnya, waktu pulang tadi aku nak beli barang dapur, tetapi aku lupa nak bawa duit dan senarai barang yang aku dah tulis awal-awal dan letak kat peti sejuk guna fridge magnet. Fridge magnet gambar Menara Berkembar KLCC, cenderahati dari makcik aku sekian lama.

Tengok-tengok dengan magisnya ada semua barang yang aku nak beli di atas meja, aku kerling ke arah peti sejuk, tinggal fridge magnet je, kertasnya hilang entah ke mana.

"Hajoon yang belikan." Satu suara kedengaran dari arah belakang aku.

Aku toleh belakang. Hajoon dengan santai ambil cawan, buka peti sejuk dan ambil sebotol besar air oren. Dituangnya ke dalam cawan sebelum diteguk.

"Hajoon takde latihan sukan ke petang ni?" Selalunya dia ni balik lambat, tengok-tengok dia dulu dah mandi, tukar baju semua.

"Takde, tangguh. Hajoon tolong belikan sebab tahu yang noona terlupa nak ambil senarai tu."

"Oh okay," jawab aku. "Ambil duit kat dalam laci kabinet dapur eh?" tanya aku lagi.

Hajoon letak cawan atas meja. Dia diam seketika. "Err, haah," katanya ringkas sebelum bangun. Cawan dibasuh di singki sebelum diletakkan di atas rak di tepi singki.

"Hajoon pergi dulu," katanya, cepat-cepat keluar dari dapur.

Aku hanya melihat dia pergi. Perlahan-lahan aku mendekati laci kabinet sebelum dibuka. Beberapa not duit pelbagai warna tersusun kemas di dalamnya, duit yang aku telah sediakan awal-awal.

"Dah agak dah," bisik aku. Tengok riak wajah Hajoon tu pun aku tahu, yang dia menipu.

-----

Sebenarnya aku nak update semalam tapi tiba-tiba aku macam malas nak sambung (sebab aku jenis tulis sekali jalan terus publish) so benda tu sedikit sebanyak menganggu aku. Aku nak cakap yang buku ni mungkin aku habis dalam masa terdekat sebab aku nak sambung update Mashiho punya ff kesian Mashi tengah tunggu aku tu muahahahhaha

Vote and comment ❤️

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now