× 8 ×

391 97 9
                                    

Langkah kaki aku dicepatkan, jam tangan masih lagi ditilik tanpa henti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Langkah kaki aku dicepatkan, jam tangan masih lagi ditilik tanpa henti. Sampai satu ketika, aku mengambil keputusan untuk berlari sahaja ke rumah pengasuh adik bongsu aku, Hyunjoo.

"Lah, kamu ni kenapa termengah-mengah macam ni? Kena kejar dengan anjing ke apa?" tanya Mak Cik Kim, kehairanan. Sesekali aku tarik nafas dan hembus, laju.

"Maafkan saya sebab lambat. Hyunjoo ada?" Aku menunduk lalu bertanyakan hal itu.

"Ada je kat dalam, kejap ya mak cik panggilkan dia." Mak Cik Kim berlalu pergi meninggalkan aku yang masih lagi tercungap-cungap di situ. Tali beg yang melorot aku angkat semula.

Rasa serba-salah aku menebal, aku selalu datang lambat untuk ambil adik aku itu. Memanglah dia tak pernah merungut tapi tengok mukanya sekilas pun sudah tahu apa yang terbuku di dalam hatinya. Dia memendam rasa. Aku bersalah sangat-sangat.

Aku bukan kakak yang baik, serius cakap.

"Hyunjoo, ni kakak kamu dah datang. Jalan elok-elok ya," pesan Mak Cik Kim. Tangan Hyunjoo yang dipimpinnya tadi dihulurkan kepada aku. Aku ambil lalu menggengamnya erat.

"Maafkan unnie ya. Jom kita balik," kata aku lembut, cuba memujuk adik aku yang berumur 5 tahun itu. Berkerut mukanya.

"Terima kasih ya mak cik, saya balik dulu." Mak Cik Kim sekadar mengangguk sebelum menarik pagar rumahnya itu.

Tang! Bunyi pagarnya berlaga. Aku berjalan beriringan dengan Hyunjoo.

"Macam mana Hyunjoo hari ni? Okay?" tanya aku walaupun aku tahu dia tak okay. Macam aku cakap tadi, tengok mukanya pun dah tahu.

Dia hanya senyap, kakinya yang kecil itu cuba menyaingi langkah aku yang besar. Dia memeluk tubuh.

"Unnie, Hyunjoo nak tanya boleh?"

"Nak tanya apa?" kataku. Aku menyeluk poket, cuba mencari sesuatu.

Aku mencari buku nota yang aku selalu tulis dalam tu. Aku baru teringat aku ada tulis senarai barang dapur dalam tu. Dan sekarang ni, mana buku tu?

"Haih." Tanpa sedar aku mengeluh, mungkin buku tu ada tercicir di mana-mana. Tak mengapalah, lagi pun bukannya ada rahsia besar atau perkara mengaibkan pun dalam buku tu. Biarlah apa orang yang jumpa buku tu nak buat apa. Tak kisah pun.

"Hyunjoo nak tanya apa?" Aku pandang sekilas Hyunjoo yang masih pasang muka tak puas hati.

Tiba-tiba sahaja dia menghentak kaki lalu berdiri. Aku angkat kening, dah kenapa pula adik aku ni? Aku rasa–

Perlahan air mata jatuh dan membasahi pipi mulus Hyunjoo, mula-mulanya perlahan sahaja sebelum tangisannya berlarutan. Aku rendahkan badan lalu memegang kedua-dua bahunya.

"Kenapa nangis? Ada orang buli Hyunjoo lagi kat sekolah?" tanya aku, jauh dalam sudut hati aku, aku menyumpah dengan perangai buruk budak-budak yang berani berbuat begitu pada aku.

Aku yakin adik aku tak buat apa-apa, nak sentuh pukul apatah lagi. Ni semua sebab...

"Salah ke kalau kita miskin unnie? Memang hina sangat ke kita sampai orang nak buli kita?"
Dan air matanya jatuh berjujuran lagi, teresak-esak di tepi jalan.

Kanak-kanak sekecil itu, memang sangat ekpresif dalam menunjukkan apa yang terpendam dalam hati, tidak kiralah gembira mahupun sedih. Aku sebak, dan hal ini membuatkan aku makin bersalah.

Aku peluk Hyunjoo, menenangkan dirinya. Tetapi pada masa yang sama, aku tak mahu Hyunjoo nampak air mata aku yang turut mengalir.

Salah ke kalau miskin?

"Hyunjoo, miskin tu bukan satu benda yang kita pilih. Jadi tak salah pun, yang salahnya orang yang pandang hina kat kita. Kita kena kuat, buktikan yang walaupun kaya tak semestinya berjaya, miskin tak semestinya gagal. Adik unnie kan kuat?" Aku seka air matanya lagi, sudah berapa kali entah aku ulang jawapan yang sama.

Hyunjoo sekadar diam, tak angguk tak geleng. Senyap melayan perasaan, cuba menghadam apa yang baru sahaja keluar dari mulut aku tadi.

Aku genggam erat tangan Hyunjoo. "Jom kita balik cepat, yang lain mesti tengah tunggu kat rumah. Unnie nak beli barang dapur, tapi lupa nak bawa duit lebih. Kita balik eh? Nanti unnie masakkan sedap-sedap," kata aku berbaur pujukan. Hyunjoo mula melangkah semula, aku tersenyum senget.

"Hyunjoo nak coklat boleh tak unnie?"

Aku toleh semula, automatik aku seluk poket. Aku tak tahu sama ada duit yang aku ada cukup atau tak untuk belikan apa yang Hyunjoo nak.

"Jom kita pergi tengok apa yang ada kat kedai." Kami pun melangkah masuk ke dalam salah satu kedai serbaneka 24 jam.

Hyunjoo pantas mencapai sebungkus coklat sebelum menunjuk ke arah aku. "Nak yang ni boleh?" katanya. Aku melihat harga yang ada di bungkusan coklat itu.

Coklat M&M. Bagi aku, untuk coklat sebegini agak mahal, tapi standard lah sebab coklat import dari luar negara. Aku seluk poket, cukup-cukup sahaja duitnya.

Aku usap perlahan ubun adik bongsu aku itu. "Boleh," kata aku singkat sebelum melangkah ke kaunter untuk melunaskan bayaran.

-----

Haiiiii k aku tahu aku memang update cerita ni lambat and korang memang rasa cam bosan gila do cerita ni, doyoung pun MANA MANA MANA DAHLAH AYAT BAKU GILA MACAM BUKU TEKS EEE DISLIKE DISLIKE DISLIKE k aku tahu

Tapi kenapa aku buat camtu sebab aku nak wujudkan suasana dan mood yang macam sedih err camna nak explain faham sendiri jelah, berbanding fanfic lain, aku buat cerita dia cam lawak happy happy en? Dalam ni character yang aku buat serius, even Haneul and karakter lain. Sikit2 jelah aku masukkan lawak tu. Aku buat macam tu sebab nak kelainan gitu, takmolah asyik stick kat tempat sama je nanti orang boleh agak cerita aku macam mana hahahahhahahah

K vote and comment, macam aku cakap lepas chapter 10 aku publish story baru. Siapa tuuuuu hohoho TEKALAH WEI 😂

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now