× 32 ×

299 80 41
                                    

"Haneul!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haneul!"

Aku toleh belakang, Doyoung lambai-lambai ke arah aku. Dia berlari-lari ke arah aku sambil pegang tali beg galasnya.

"Jom jalan pergi kelas sama-sama," katanya tersengih-sengih. Aku sekadar tersenyum senget, sudah beberapa hari juga si Doyoung ni jalan bersama dengan aku. Seperti yang aku pernah cakap sebelum ini, aku memang selesa berseorangan tetapi aku tak kisah pun kalau ada yang sudi nak teman aku.

"Awak dah sarapan Haneul? Saya ada belikan sandwic tadi. Ambillah!" Dia seluk beg plastik yang tertera nama kedai serbaneka, sandwich tuna dikeluarkan dari plastik itu dan diberikan kepada aku.

"Takpelah," kata aku ringkas, tak naklah aku susahkan dia. Mungkin itu bekal dia untuk makan rehat nanti. Lagipun, aku dah makan pagi tadi.

"Ambillah!" Doyoung tak puas hati, dia ambil tangan aku dan letakkan sandwic tu atas tangan aku. "Kalau tak nak makan sekarang, makanlah waktu rehat nanti. Takdelah awak lapar sangat," katanya lagi, tersengih-sengih.

"Yalah yalah, terima kasih." Aku pegang sahaja sandwic itu sebelum aku terperasan sesuatu. "Eh, coklat?" Aku pandang Doyoung. Doyoung angkat-angkat kening.

"Tu pun ambil je, saja belikan hehe." Dia garu-garu kepala. Entah kenapa, sewaktu dia di kedai serbaneka tadi, tangannya seakan-akan dipukau untuk ambil coklat M&M daripada rak coklat, apabila dia tengok sahaja coklat itu mesti dia teringatkan gadis di sebelahnya ini.

Aku hanya tersenyum senget, dah orang nak bagi kan, ambil jelah. Tak perlu jual mahal. 

Sesekali terbit rasa serba-salah, asyik aku sahaja yang menerima, aku tak pernah bagi apa-apa kepada Doyoung. Memanglah dia tak minta dan dia tak paksa pun, tapi aku tetap rasa bersalah.

"Haneul, dah sampai kelas awak. Jumpa nanti ya!" Doyoung tepuk bahu, nasiblah aku tak terlatah ke apa kat depan kelas tu, buat malu aku je.

"Oh ok. Jumpa nanti," kata aku ringkas, Doyoung berlalu dengan riak wajahnya yang gembira. Dia melompat-lompat kecil sambil berjalan ke kelasnya yang hanya bersebelahan itu.

"Wah, Haneul! Tak sangka kau memang rapat betul dengan Doyoung tu!" Aku toleh ke dalam kelas. Jeongwoo yang sedang memegang penyapu dan penyodok di hadapan aku tersengih-sengih.

Jarang-jarang betul mamat ni menyapu, selalunya dia buat aktiviti mengeluarkan tahi mata pagi-pagi macam ni. Baru aku teringat, hari ni dia bertugas untuk sapu sampah. Hari tu baru sahaja dia kena bebel dengan AJK 3K, sampai berdarah telinga. Tak tipu, aku memang nampak cecair merah keluar dari telinga dia.

Tetapi ada juga yang cakap itu bukan darah pun, sirap ros je. Entah dari mana dia ambil sirap ros tu, minta mak cik kafetaria mungkin. Jeongwoo memang banyak drama, nak melarikan diri dari bebelan sampai macam tu sekali. Aku tahu pun sebab Byungho beritahu. Biasalah Byungho, aku tak minta cerita pun, dia cerita juga. Reporter tak bertauliah.

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now