× 2 ×

719 139 174
                                    

"Disebabkan hari ni kita dah habis belajar untuk bab ni, untuk kelas akan datang pada hari

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.


"Disebabkan hari ni kita dah habis belajar untuk bab ni, untuk kelas akan datang pada hari..."

"Hari Jumaat cikgu!" jawab Jeongwoo, semangat betul siap angkat tangan lagi. Nasib tak tertampar kawan kat sebelah.

"Haa terima kasih ingatkan saya Jeongwoo. Jadi, hari Jumaat nanti kita akan buat latihan topikal, macam biasa. Tak boleh tengok buku, jadi saya harap semua bersedialah Jumaat ni. Jangan risau, soalan tak susah pun," kata Mrs Jung selamba. Dia menutup buku teks di hadapannya lalu mengemas fail-failnya.

Beberapa orang pelajar mula mengeluh. Mereka memang dah tahu semua itu hanyalah penipuan semata-mata. Soalan tak susah pun? Biologi tak dipanggil BIULogi saja-saja ya, memang bersebab. Memang boleh biul otak nak mengingat segala nama dan proses.

Aku menulis sesuatu di dalam buku nota kecil. Latihan topikal Biologi bab Reproduktif, Jumaat ni. Jadual untuk minggu ni.

"Tak perlu nak mengeluh sangat! Dah bunyi macam badak berdengkur pula saya dengar. Sepatutnya kalau kamu tak faham, kamu sendiri kena ada keinginan untuk bertanya. Bukannya saya tak tanya awak semua faham ke tak. Saya tanya kan?" bebel Mrs Jung, dia perasan je selepas tengok reaksi pelajar-pelajar kelas ni. Tipikal pelajar sekolah.

"Tanya," jawab seisi kelas, bergema-gema. Suara pun lemah semacam orang puasa.

"Lepastu awak jawab apa bila saya tanya?"

"Faham, cikgu," jawab lagi, masih mengekalkan nada malas yang sama seperti jawapan sebelum ini.

"Tapi hakikatnya, awak tak faham kan? Jadi, saya tak tahu nak kata apa-apa lagi. Jumaat ni ujian. Semoga berjaya semua. Kalau kamu sendiri tak nak tanya saya, kamu bolehlah tanya Haneul. Saya yakin dia boleh tolong kamu."

Maka semua berpaling memandang aku, macamlah aku saksi kepada kes langgar lari kucing. Jadi korang rasa apa aku buat?

Saya memilih untuk senyum dengan penuh awkward ya di situ. Aku takde bakat nak posing macam artis walaupun aku karakter utama dalam cerita ni. Author bayar aku murah je, jadi aku pun berlakon gitu-gitu aja.

"Madam! Pagi tadi Haneul ada terangkan pasal mitosis dengan meiosis pada saya. Saya dah faham sangat-sangat lepas Haneul ajar!" celah Ara yang duduk di belakang kelas. Seperti biasa, dia tersengih-sengih.

Kelihatan beberapa pelajar lelaki tepuk-tepuk tangan, tak tahulah memang ikhlas ke atau sengaja menganjing. Maaf, saya tak pandai mentafsir emosi orang lain.

"Haa bagus Ara. Jadi, kalau kamu tak faham, terus tanya saya atau Haneul. Haneul boleh je kan?" Aku tersentak bila mana nama aku dipetik, nasib tak terbersin ke terjatuh kerusi ke apa kat situ. Aku sekadar mengangguk.

Takkanlah nak geleng pula? Habis aku kena kecam dengan pelajar lain, dilabel sombong dan kedekut ilmu walaupun aku takdelah pandai pun. Author lagi pandai dari aku cewah!

"Jadi, saya keluar dulu. Lagipun, dah nak rehat kan? Selamat rehat semua. Jangan lupa ujian Jumaat ni," kata Mrs Jung sebelum beredar keluar. Kedengaran bunyi kaki kerusi berlaga-laga dengan lantai simen sekolah, ramai pelajar mula keluar untuk rehat.

"Tak rehat Haneul?" tegur Byungho, jiran meja sebelah aku. Yang dalam bab sebelum ni, Ara pinjam kerusi dia. Jadi mejanya berpenghuni ya, Park Byungho tuannya. Selamat berkenalan dengan dia, semua orang.

Aku geleng kepala. Malas nak keluar rehat. Cukup dengan minum air pun takpelah.

Lagipun, aku kena simpan duit.

"Nak aku belikan apa-apa?" tanyanya lagi, Byungho ni memang prihatin orangnya walaupun kami ni jarang bercakap. Meja sebelah-sebelah pun jarang bercakap, apatah lagi dengan budak kelas sebelah.

"Takpe, Byungho. Terima kasih atas keprihatinan anda," jawab aku sambil tersenyum senget, Byungho tergelak macam biasa. Katanya sebelum ni, dia terhibur dengar aku cakap baku semacam je.  Tapi aku tak kisah sangat pun.

"Byungho, jom rehat!" jerit Jeongwoo yang dah berdiri depan kelas. Kaki dia pun dari tadi tak henti-henti bergerak, tak sabar sangat dah kot nak berlari pergi kantin. Merembat 'errmellow' pujaan hati semua orang.

"Oh, Haneul aku pergi dulu eh?" Byungho meminta diri sebelum dia berlalu pergi dengan Jeongwoo.

Aku sekadar menggeleng-geleng, kalau si Jeongwoo tu letakkan semangat macam tu untuk belajar juga, mesti dia dah jadi pelajar contoh dalam kelas ni. Tapi tulah, lagi banyak bermain dari belajar, lagi banyak bersembang dari dengar apa yang cikgu cakap.

Tapi aku rasa, dia tu bijak sebenarnya. Lazy genius, macam tulah.

Buku teks Fizik aku keluarkan dari laci. Aku selak-selak sampailah di satu mukasurat, kening aku berkerut-kerut.

Dari semalam lagi aku terfikir macam mana nak selesaikan soalan ni. Separuh jalan aku buat, sampai ke sudah tak jumpa jawapan akhir. Bingung aku dibuatnya.

Soalan itu dibaca berkali-kali, pen diketuk-ketuk pada dagu, tanda otak berfikir keras sebelum ada satu tangan mencuit bahu aku.

Aku toleh kanan, ke arah tingkap koridor yang memang terbuka luas. Berdiri seorang lelaki, tersenyum nipis sambil menghulurkan sesuatu.

"Nak?" tanyanya, di tangannya ada bungkusan sandwich telur.

-----

UPDATED hari ni hari pertama cuti midsem, aku ada assignment kena hantar malam ni tapi errrr aku update chapter ni dulu hahahahhahahaha

Btw, doyoung bagi aku

HAHAHHAHAH TIPU JE AKU BELI TADI SEBAB KELUAR BELI BARANG SIKIT

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

HAHAHHAHAH TIPU JE AKU BELI TADI SEBAB KELUAR BELI BARANG SIKIT

Soalan: chocolate fav korang? Aku suka kitkat, m&m dengan crispy (YA ALLAH AKU KALAU NAMPAK CRISPY NI MEMANG GUE BELI TANPA FIKIR PANJANG SEBAB AKU SUKA GILAAAA)

Vote and comment ♥️

• m&m • kim doyoungOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz