"Hmm.. Aku tahu. Tapi aku dah tak ada cara lain untuk larikan diri daripada Taufiq. Aku mintak maaf sebab layan kau macam tu dulu. Kau jangan risau. Aku takkan rampas Jungkook daripada kau. Aku janji." Bersungguh Mia meyakinkan Aisyah. Aisyah buntu. Mahu percaya atau tidak? Cara Mia bercakap macam ikhlas. Tapi bagaimana jika sebaliknya?

"Aku benarkan kau tinggal di sini." Habis sahaja Aisyah berkata sebegitu, tubuhnya dipeluk erat oleh Mia. Aisyah sedikit tersentak. Dia kemudian membalas pelukan Mia. Belakang gadis itu diusap.

"Terima kasih, Aisyah. Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat. Aku terhutang budi dengan kau."

"Ya, sama-sama. Tak perlulah kau terhutang budi dengan aku. Aku tak buat apa pun. Menjadi kewajipan bagi aku untuk tolong kau. Kau kaum aku. Takkanlah aku nak biarkan kau merayau dekat luar tu sorang-sorang tengah malam. Lagi bahaya.

Ibarat keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Kau terlepas daripada Taufiq, kena dengan orang lain pulak. Manalah tahu kan? KL ni bukannya kau tak tahu tempatnya macam mana. Macam-macam benda boleh jadi."

Mia meleraikan pelukan.

"Terima kasih."

"Sebelum tu, aku nak tanya kau satu benda." Mia mengangguk.

"Tanyalah."

"Macam mana kau boleh terjerat dengan Taufiq ni? Mana kau kenal dia? Kalau kau nak kata dia kawan sekerja kau, setahu aku dia tak kerja? Jadi, macam mana kau kenal dia?" Baru sekarang dia tersedar akan hal itu. Tadi dia terlalu khusyuk mendengar Mia bercerita sampaikan tidak sempat berfikir bagaimana mereka berdua ada kaitan.

"Err... aku.."

KRING

Mia dan Aisyah menoleh ke arah telefon yang sedang berdering di atas meja kopi. Telefon Mia. Aisyah perhati nama si pemanggil. Tiada nama. Mungkin nombor yang tidak dikenali.

"Aisyah, kita sembang nantilah ya? Aku masuk tidur dulu. Good night." Laju Mia berkata. Telefon diambil lalu dia beredar masuk ke dalam bilik tetamu. Aisyah bangun setelah kelibat Mia hilang dari pandangan.

"Entah entah tu nombor Taufiq tak?"bisik Aisyah.

"Biarlah urusan dia."

Aisyah membuka pintu bilik. Dia lihat Jungkook sedang berbaring membelakanginya. Mukanya ditekup menggunakan bantal.

Merajuk la tu.

Aisyah menutup pintu dan berjalan ke arah suaminya.

"Abang."panggilnya.

"Ooo abang." Kaki Jungkook digoyang perlahan. Nak kata dah tidur, Jungkook tak boleh tidur kalau lampu tak tutup.

Jungkook berpusing. Muka masih ditekup. Memang tak nak tunjuk muka langsung.

Aisyah senyum nipis.

"Abang merajuk ke?"

Jungkook tidak menjawab. Aisyah diam sekejap. Satu idea muncul di fikirannya. Tetapi ideanya ini agak berisiko.

"Ahhh! Aduh! Sakit!" Aisyah memegang perut. Dia pura-pura terduduk. Serentak dengan itu, Jungkook bangun.

"Sayang! Sayang okey tak ni? Nak pergi hospital tak?" Jungkook turun dari katil. Jelas terpancar riak wajah risau di wajahnya.

Aisyah berhenti mengerang. Dia memandang Jungkook sambil tersenyum. Jungkook yang faham dengan maksud senyuman itu, melepaskan keluhan berat.

"Sayang, tolonglah. Jangan buat main benda macam ni. Please. Abang mati-mati ingatkan sayang dah nak terberanak tadi." Aisyah sengih. Dia mendekati Jungkook lalu tubuh lelaki itu dipeluk.

"Abang ni. Janganlah marah-marah. Saya melawak je." Jungkook mengucup ubun-ubun Aisyah.

"Melawak benda lain la sayang. Nak tercabut jantung abang tadi tau."

"Sorry."

Mereka bangun dan naik ke atas katil.

"Kenapa abang merajuk?"soal Aisyah sebaik sahaja mereka berbaring.

"Mana ada merajuk."

"Tipu."

"Betul."

"Takda. Abang tipu."

"Ya, abang merajuk. Sebab Mia culik sayang daripada abang."

"Culik? Merepeklah abang ni."

"Sayang, sayang yakin ke Mia takkan kacau kita lagi? Abang risaulah."

"Abang, saya yakin dia nak berubah. Lagipun Taufiq mungkin akan cari dia waktu ni. Jadi kita kena tolong dia."

"Taufiq? Habis selama ni, dia hilang sebab Taufiq lah?" Aisyah mengangkat bahu.

"Entah. Yang saya tahu, Mia cakap Taufiq cuba nak rogol dia. Sebab tu dia lari ke sini."

"Hmm... Sayang tak risau ke? Abang ni tak tenang hidup sejak Mia masuk rumah kita ni."

"Jangan risaulah, abang."

"Ya lah, sayang. Isteri abang mana pernah salah kan? Semua dia cakap, semua betul." Jungkook menarik selimut sebelum tubuh Aisyah ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"Hehehe. Tahu pun."

Aisyah merenung siling.

Tipulah jika dia tidak risau dengan keberadaan Mia di rumah mereka. Tapi apakan daya. Melihat Mia seperti terdesak memerlukan tempat tinggal sementara waktu membuatkan dia terpaksa bersetuju. Dia masih ragu-ragu dengan janji Mia tadi. Dia tidak mahu salah buat keputusan lagi.

Cukuplah sekali dia ditipu oleh Taufiq. Dia sudah serik. Apatah lagi Mia yang tiba-tiba berbaik dengannya. Seolah-olah ini semua hanyalah satu kepura-puraan.

Bagaimana jika Mia sebenarnya mengumpan dia untuk percayakan dia? Yalah. Mustahil dia akan percayakan Taufiq semula. Jadi Mia dan Taufiq berpakat untuk membuat Aisyah percayakan Mia.

Pelbagai tanggapan mula berlegar di fikiran Aisyah.

Aisyah menoleh ke sebelah. Suaminya sudah tertidur. Dia bangun untuk menutup lampu bilik. Sempat telinganya menangkap sayup-sayup suara Mia seperti sedang bercakap dengan seseorang.

"Ok, baik. Jangan risau."

TBC

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now