"Ya, pa. Jungkook tengah usaha cari orang ni. Jungkook ingat nak mintak adik Aisyah datang tengokkan. Tapi tu la, adik dia dekat Negeri Sembilan. Ada kerja. Nak tak nak, Jungkook kena cari orang lain."

"Ooo, tak apalah kalau macam tu. Papa masuk rumah dulu. Kamu tu jangan duduk lama-lama sangat dekat luar. Nanti sakit pulak. Kalau boleh, kamu cuba la telefon adik kamu Si Aeri tu. Papa bukan apa. Risau."

"Baik, papa. Goodnight." Dia melambaikan tangan kepada ayahnya yang sudah masuk ke dalam rumah. Dia duduk di buaian semula dan kembali melayan perasaannya.

__________🐰🤍__________

"Saya sarankan, encik sekeluarga banyakkan baca Yasin. In Shaa Allah, dengan izin Allah ibu encik boleh sembuh semula seperti biasa."pesan Ustaz Ali. Jungkook mengangguk faham. Dia bersalam dengan lelaki itu setelah dia meminta diri.

"Kan saya dah cakap. Mesti penyakit tu sama macam abang punya haritu. Abang tak nak dengar," Aisyah memeluk tubuh sambil memuncung bibir. Jungkook tersengih. Dia mendepakan tangannya sambil berjalan ke arah Aisyah lalu tubuh Aisyah didakap erat.

"Ya lah, sayang abang ni mana pernah salah. Semua dia cakap, semuanya betul! Untungnya abang dapat isteri bijak macam sayang ni!"perli Jungkook sambil dia menggomol pipi Aisyah.

"Ish! Abang ni suka tau!"

"Ok dah sayang, sekarang ni kita dah tahu apa masalah mama jadi sayang tak perlu risau dah ya?"

"Yalah abang. Dah, saya nak pergi masak. Dah pukul 12 tengahari, mama mesti dah lapar." Jungkook meleraikan pelukan dan hanya memandang Aisyah berjalan ke dapur.

"Kenapalah isteri aku ni baik sangat?"

__________🐰🤍__________

Aisyah menghalakan sudu ke bibir Puan Jeon. Puan Jeon tidak membantah. Dia membuka mulut dan mengunyah bubur itu perlahan-lahan. Aisyah mengerut dahi. Hairan. Kenapa mama baik semacam je hari ni?

Mata Puan Jeon tertumpu pada jari telunjuk kanan Aisyah yang berbalut. Rasa bersalah mula terbit. Teragak-agak tangannya memegang jari itu. Aisyah tersentak. Dia meletakkan sudu yang dipegangnya ke dalam mangkuk lalu jarinya dibiarkan dibelek oleh Puan Jeon.

"S-Sakit lagi ke?"soal Puan Jeon. Aisyah menggeleng sambil senyum nipis.

"Tak pun, mama. Sikit je ni."

"Mama- mama mintak maaf. Disebabkan mama, kamu jadi macam ni." Aisyah terkaku seketika. Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar?

"Kamu, tak maafkan mama ke? Tak apalah. Mama sedar mama memang tak layak dimaafkan." Aisyah segera memegang kedua belah tangan Puan Jeon.

"Bukan, mama. Aisyah maafkan mama. Aisyah dah lama maafkan mama. Mama jangan risau ya?" Puan Jeon senyum nipis. Dia terharu.

"Lepas ni, kamu jangan takut dengan mama lagi ya? Mama, mama takkan bencikan kamu lagi dah. Mama sayang kamu, Aisyah." Aisyah tidak dapat bertahan lagi. Air mata mula menitis di atas katil. Sungguh dia sudah lama menunggu saat ini. Saat di mana ibu mertuanya menerimanya sebagai menantu dan ahli baru keluarga suaminya.

Dia mengangguk sambil mengesat air mata. Puan Jeon kemudian memeluknya. Aisyah membalas pelukan dan mereka kekal sebegitu buat beberapa ketika.

Jungkook membuka pintu bilik. Tercengang dia melihat isterinya dan ibunya sedang berpelukan. Tetapi dia tidak menghalang mereka. Dia duduk di hujung katil. Puan Jeon dan Aisyah meleraikan pelukan tatkala menyedari kehadiran Jungkook. Jungkook mengukir senyum. Akhirnya, mereka berbaik juga.

Alhamdulillah, Ya Allah.

__________🐰🤍__________

Aisyah membaca Yasin sesudah saja menunaikan solat Maghrib. Seperti apa yang disarankan Ustaz Ali, dia akan membaca Yasin untuk ibu mertuanya setiap hari selepas Maghrib.

Puan Jeon memandang Aisyah yang duduk bersila di lantai. Dia tidak tahu apa yang sedang dibaca oleh Aisyah tetapi bunyinya sangat merdu. Dia tekun mendengar gadis itu membacanya.

Aisyah kemudian menyimpan Yasin di atas kabinet. Puan Jeon memandang Aisyah yang sedang membuka kain yang dipakainya. Dia tidak tahu apa yang dilakukan oleh Aisyah sewaktu dia sedang tidur tadi, tetapi dia benar-benar ingin tahu tentangnya.

"Aisyah,"

Aisyah menoleh.

"Ya, ma?" Dia menghampiri Puan Jeon dan melabuhkan punggung di tepi katil. Wajah ibu mertuanya dipandang sambil dia menunggu Puan Jeon menyambung ayatnya.

"T-Tadi kamu baca apa? Sedap bunyinya mama dengar." Aisyah senyum nipis. Kepala wanita itu diusap lembut. Selimut dibetulkan sebelum dia menjawab.

"Tadi, Aisyah baca Yasin. Dalam Islam, kami digalakkan untuk baca Yasin bila ada orang sakit."terang Aisyah.

"Oh, Yasin." Puan Jeon mengangguk. Dia bermain dengan jarinya.

"Aisyah, mama nak tanya."

"Ya, mama? Mama nak tanya apa tu?"

"Kalau, kalau mama nak masuk Islam, boleh ke? Allah, tak marah? Mama kan, orang jahat. Dia terima ke mama? Dia tak bencikan orang jahat macam mama?" Tergagap-gagap Puan Jeon menyoal Aisyah. Dia takut. Layakkah orang jahat seperti dirinya dimaafkan?

Aisyah tergamam. Terkejut juga mendengar pertanyaan mengejut daripada wanita itu. Tidak lama kemudian, dia tersenyum.

__________🐰🤍__________

"Apa?! Sayang biar betul?" Jungkook yang separa sedar serta-merta bangun dan duduk di atas katil. Dia sudah hampir tertidur tadi. Tiba-tiba Aisyah datang kepadanya dan memberitahunya yang ibunya ingin belajar tentang Islam. Mana tak terkejut dia.

"Ish! Abang ni janganlah jerit! Dah malam la."

"Sayang biar betul? Betul ke apa abang dengar ni? Ke abang tengah mimpi lagi ni?" Aisyah mengeluh. Dia menampar lembut pipi Jungkook. Lelaki itu meringis sakit sambil memegang pipinya. Bukan kuat pun. Mengada.

"Sayang, sakitlah."

"Ha sakit kan? Abang tak mimpi! Memang betul apa yang saya cakap ni!" Jungkook menggaru tengkuk. Dia berbaring semula dan menutup muka menggunakan selimut. Kemudian, dia membukanya semula. Dia menoleh memandang Aisyah di sebelah.

"Abang tak mimpi kan?"soalnya dengan wajah innocentnya kepada Aisyah. Aisyah menumbuk perut Jungkook. Meluat.

"Aduh! Sayang ni. Abang tanya je."

"Berapa kali saya nak cakap?! Abang tak mimpi!"

"Ha ya lah, ya lah. Tutup lampu tu, naik atas katil. Esoklah kita sembang. Abang ngantuk ni." Jungkook menenyeh mata dan menutup mulut apabila dia menguap.

Seminit kemudian, bilik mereka gelap gelita. Pinggangnya terasa seperti dipeluk oleh seseorang. Dia tersenyum dan membalas pelukan Aisyah.

Sungguh dia tidak sangka, doa yang tidak pernah dia lupa untuk diminta kepada Allah akan dimakbulkan pada malam ini.

TBC

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now