Jungkook memandang sekeliling. Kepalanya berdenyut kuat. Dia mencari kelibat Aisyah di dalam bilik itu. Namun Aisyah langsung tidak kelihatan di mana-mana. Tiba-tiba tekaknya terasa mual. Dia segera berlari ke bilik air.

"Uwek Uwek!" Muntahnya bercampur darah. Jungkook mengerut dahi. Sejak akhir-akhir ini, dia sering melihat darahnya. Sama ada dalam muntahnya atau sewaktu dia batuk. Dia hairan. Ada sakit di mana-manakah?

KREKK

Bunyi pintu berkeriut menarik perhatian Jungkook.

"Jungkook?" Jungkook cepat-cepat keluar apabila dia mendengar seseorang memanggil namanya. Sangkanya itu Aisyah tetapi lain pula ceritanya apabila pemanggil tersebut ialah wanita yang paling dibencinya.

Mia. A.k.a perempuan sund-

Maaf.

"Mia," Nafas Jungkook mula tidak teratur. Sesak nafas melihat pakaian yang dipakai Mia. Terlalu ketat hingga menampakkan setiap lekuk tubuh badannya. Dia mengalihkan pandangannya daripada memandang Mia.

Kepalanya sekali lagi berdenyut. Dia memegang kepalanya. Mia segera mendapatkannya. Dipegangnya tubuh Jungkook lalu dia membawa Jungkook ke katil. Jungkook terpaksa menurut kerana kepalanya terlalu sakit pada ketika ini.

Dia berbaring di atas katil semula. Mia yang duduk di sisi katil diabaikan. Seketika kemudian, terasa seperti ada tangan sedang meraba tubuhnya. Pantas tangan Jungkook menepisnya.

"Jangan pegang aku lah!" Mia tersenyum suka. Dia perlu menggunakan peluang ini sebaiknya. Perlahan dia bangun dan melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan Jungkook. Lengan Jungkook disentuh lembut. Cuba menggoda Jungkook yang separa sedar.

Jungkook sekali lagi menepis. Jika perangainya sudah dianggap miang di mata Aisyah, Mia sepuluh kali ganda lebih miang berbandingnya. Dapat dia rasa deruan nafas Mia di pipinya. Bermakna gadis itu sedang dekat dengannya. Jungkook berdecit.

Ada yang aku lempang juga nanti.

"Miaaa," Jungkook mengerang. Rimas dengan gadis itu.

"Jungkook."balasnya dengan nada menggoda.

"Pikir aku tergoda ke setan. Blah kau dari sini. Aku tak nak tengok muka kau."

"Mama suruh I jaga you, Jungkook. Nak tak nak, you kena terima." Mia berbisik perlahan di telinga Jungkook sambil tangannya mengusap pipi Jungkook lembut. Jungkook mengeluh. Tangan Mia yang berada di pipinya dipegang lalu dilempar jauh.

"Stop pegang aku. Jangan jadi murah sangat."

"I know you like it, Jungkook. Tak perlu berpura-pura."

"Aku ada isteri yang jauh lebih handal bab ni. Jadi, kau tak payah berangan nak goda aku semua." Mia mendecit halus. Dia menjauhkan tubuhnya daripada Jungkook.

"Sekarang, isteri aku mana?"

"Manalah I tahu."

"Kau panggil dia sekarang!" Mia bangun. Dia merungut sambil keluar dari bilik dengan kaki yang dihentak-hentakkan.

Jungkook memejam mata. Dia perlukan Aisyah sekarang ni. Beberapa minit dia menunggu di dalam bilik, pintu berkeriut perlahan. Jungkook membuka matanya semula. Pandangannya kurang jelas.

"Aisyah?"

"Ye, abang. Saya ni. Abang nak apa panggil saya?" Jungkook dapat meengesan kelainan dalam suara Aisyah. Suara gadis itu tersekat-sekat. Jungkook meraba-raba mencari tangan Aisyah. Dia kemudian menarik tangannya supaya Aisyah duduk di sebelahnya. Wajah Aisyah disentuh sambil dia mengukir senyum.

"Sayang, are you crying?"soal Jungkook lembut. Aisyah menggeleng. Tangannya mengesat air mata yang masih belum berhenti mengalir. Jungkook tersenyum.

Satu perkara yang dia suka tentang Aisyah ialah, gadis itu tidak pandai menipu. Dan, dia nampak comel apabila dia cuba menipu.

"Sayang, sayang tahu kan sayang tak boleh tipu abang dan abang tahu semua benda pasal sayang?" Aisyah melepaskan keluhan berat.

"Tell me, mama buat apa dekat sayang masa abang pengsan tadi?" Aisyah memandang Jungkook sekejap sebelum dia mula bercerita.

"Mama marah. Mama tampar saya tadi sebab tak jaga awak betul-betul. Lepas tu, mama gesa saya suruh tinggalkan awak. Mama cakap dia ada calon isteri yang jauh lebih baik daripada saya untuk awak. Saya... entahlah abang. Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni."

Jungkook menatap lama wajah Aisyah yang sembab kerana menangis. Perlahan dia menarik tubuh Aisyah untuk berbaring di sebelahnya. Aisyah hanya akur. Dia berbaring di sebelah Jungkook lalu tubuh sasa itu dipeluknya erat sambil kepalanya disembamkan ke dada Jungkook.

Aisyah makin menjadi-jadi eh.

Jungkook mencium ubun-ubun Aisyah yang berlapik tudung. Kemudian, dia beralih ke wajah Aisyah pula. Seluruh wajah Aisyah yang putih mulus itu diciumnya.

Termasuklah bibir. Tetapi sekejap sajalah.

Nanti orang single meroyan.

"Sayang, sayang tahu kan abang tak nak orang lain selain sayang? Tak kisahlah mama nak kahwinkan abang dengan ratu cantik dunia sekalipun, abang takkan terima. Abang cuma nakkan sayang. Abang cuma mahukan Siti Aisyah Sufina binti Haji Iskandar sebagai isteri abang. Tak ada orang lain, full stop." Aisyah tergelak kecil mendengar Jungkook menyebut nama penuhnya. Hidung Jungkook ditarik perlahan. Jungkook merengek sambil memuncungkan bibir.

"Sakitlah sayang ni." Aisyah ketawa lagi.

"Comellah abang ni." Jungkook menekup mulut terkejut.

"Sayang cakap apa?"

"Abang comel. Comel sangat."

"Tapi abang hensemlah. Tak nak comel. Comel tu untuk anak kita. Hensem untuk papa dia. Mama dia pulak.." Jungkook merenung anak mata Aisyah sekejap sebelum menghabiskan ayatnya.

"Mama dia ada pakej combo. Cantik plus comel."sambung Jungkook sambil pipi Aisyah ditarik. Aisyah tersenyum malu. Dia menumbuk lembut dada Jungkook.

"Elele malu malu pulak."sakat Jungkook. Dia suka. Suka melihat wajah Aisyah yang merah seperti tomato setiap kali dia mengusik gadis itu.

"Badan abang panas lagi ke?"soal Aisyah menukar topik. Jungkook diam. Adalah tu ayat miang dia nanti tu.

"Cuba sayang cium pipi abang. Mana tahu tiba-tiba boleh sejuk ke. Cuba try test." Jungkook senyum nakal.

Kan dah kata.

TBC

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now