"Tak nak! Sayang please jangan buat abang macam ni. Ab-"

"Encik Hadzrel!" Pintu bilik dibuka menampakkan seorang jururawat memanggil nama Jungkook. Jungkook mengangkat muka. Jantungnya berdegup laju.

"Haa tu. Jom, bang. Kita masuk kejap je." Aisyah bangun. Tangan Jungkook dipegang. Jungkook terpaksa akur. Nak tak nak, dia terpaksa berjumpa dengan musuh ketatnya.

Siapa lagi kalau bukan.. doktor?

__________🐰🤍__________

Dr. Airil membelek rekod pesakit. Dia kemudian memandang Aisyah dan Jungkook yang berada di hadapannya. Keningnya terangkat.

"Err.. Encik Hadzrel?" Matanya beralih ke arah Jungkook yang sedang menyorok di belakang Aisyah. Aisyah mengeluh panjang.

"Maafkan saya, doktor. Suami saya memang macam ni kalau dia sakit." Aisyah senyum nipis. Dr. Airil hanya mengangguk faham. Aisyah menoleh ke belakangnya. Jungkook yang sedang terhendap-hendap memandang Dr. Airil dipandangnya.

"Abang, doktor nak tengok tu. Pergilah." Jungkook menggeleng. Matanya mula berair. Aisyah mengukir senyum kepada suaminya. Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke arah Jungkook. Tubuh Jungkook dibawa ke kerusi yang berada di sebelah meja doktor lalu dia mendudukkan Jungkook di situ. Jungkook meneguk liur. Matanya liar mencari sebarang peralatan yang aneh di atas meja doktor itu. Aisyah tahu dia sedang mencari jarum suntik.

"Doktor, doktor. Doktor takkan cucukkan?"soal Aisyah kepada Dr. Airil. Airil menoleh ke arah Aisyah sebelum dia mengangguk dan memandang Jungkook semula.

"Aah, ya ya. Doktor tak cucuk pun. Saya cuma nak check keadaan awak saja, Encik Hadzrel." Dr. Airil mengukir senyum kepada Jungkook untuk meyakinkannya. Jungkook memandang lelaki itu curiga.

"Betul?" Suara Jungkook berubah menjadi kasar. Dr. Airil mengangguk laju.

"Ya, Encik Hadzrel." Jungkook mengangguk sambil matanya tak lepas memandang doktor itu.

"Okey, tak apa."

"Jadi boleh saya mula?"soal Dr. Airil meminta izin.

"Boleh," Aisyah tersenyum mendengar Jungkook bersetuju dengan doktor itu. Akhirnya!

Tangan Jungkook digenggam untuk menenangkannya. Jungkook memandang Aisyah sementara Dr. Airil memeriksa tubuh badannya.

"Takut,"bisik Jungkook perlahan kepada Aisyah. Aisyah menggeleng.

"Tak ada apa."

Dr. Airil mencatat apa yang patut. Selepas beberapa minit, dia bersuara.

"Puan Aisyah, saya mintak maaf. Tapi, saya tak dapat kenal pasti sakit apa yang Encik Hadzrel alami. Mengikut apa yang direkodkan oleh saya, dia hanya sakit kepala dan stress yang melampau. Itu saja. Jadi, saya akan bagi ubat untuk Encik Hadzrel lah. Supaya Encik Hadzrel dapat kurangkan stress tu." Aisyah tercengang mendengar penjelasan Dr. Airil. Dia mula bengang.

Aih, punyalah semalaman dia tak tidur sebab jaga Jungkook yang memanjang muntah, boleh doktor ni cakap dia sakit kepala?

"Doktor, saya rasa doktor salah check ni. Suami saya muntah dah dekat tiga hari. Takkan sebab stress kot? Doktor check apa dekat suami saya ni?" Jungkook perasan suara Aisyah berubah.

"Tenang, Puan Aisyah. Saya dah check kesemuanya. Memang Encik Hadzrel tak ada sakit apa-apa." Aisyah mula melangkah mendekati Dr. Airil namun ditahan oleh Jungkook.

"Sayang, sayang. Hey, apa ni?" Jungkook cuba menenangkan isterinya tetapi lain pula jadi apabila Aisyah mula berkasar.

"Tak sakit apa kau cakap?! Kau tahu tak suami aku ni dah dua hari tak boleh tidur sebab setiap masa dia asyik nak muntah?! Lepas tu kau boleh kata dia tak sakit?? Doktor jenis apa kau ni?! Kau kalau tak boleh buat kerja betul-betul, baik kau tutup je lah klinik ni! Ey buang masa aku je la datang sini!" Jungkook menahan Aisyah menggunakan lengan kirinya sementara lengan kanannya menolak pintu bilik itu.

"Dr. Airil, kami keluar dulu ya? Saya mintak maaf, isteri saya ni memang baran sikit," Jungkook meminta maaf kepada doktor itu. Dr. Airil hanya mengangguk. Seketika kemudian, pintu bilik ditutup. Dr. Airil menghela nafas lega.

"Macam manalah dia boleh kahwin dengan perempuan mereng macam tu? Gila!" Perlahan Dr. Airil mengutuk sambil dia mengurut pelipis.

__________🐰🤍__________

Pintu kereta ditutup. Aisyah menghantukkan kepalanya di stereng. Jungkook memandang Aisyah yang kelihatan resah. Jika diikutkan hati, dia mahu saja mengambil alih tempat Aisyah untuk memandu tetapi Aisyah berkeras untuk membawa kereta. Jadi dia terpaksa menurut. Tambah pula, mood Aisyah sekarang tidak teratur jadi dia terpaksa mengalah.

Perlahan dia mengambil tangan Aisyah lalu mengucupnya. Aisyah mengangkat muka.

"Sayang okey?" Wah wah! Macam dia pulak yang jadi isteri, Aisyah jadi suami.

Aisyah mengangguk. Dia memandang wajah Jungkook yang pucat.

"Kenapa abang jadi macam ni? Abang salah makan ke?"soal Aisyah sambil dia meraba-raba wajah Jungkook. Jungkook senyum. Tangan Aisyah yang meraba mukanya dipegang lalu dia tekapkan ke pipi.

"Mungkin Allah nak uji abang? Abang redha sajalah." Jungkook menjawab tenang sambil dia mengukir senyum. Aisyah mengangguk. Tangannya naik mengusap kepala Jungkook. 

Kuatkan suami aku Ya Allah.

TBC

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now