Dia memandang tafsiran Al-Quran yang ditulis di tepi ayat-ayat Al-Quran itu. Tafsiran Al-Quran itu ditulis dengan menggunakan bahasa Inggeris, jadi mudah baginya untuk memahami setiap makna ayat-ayat itu. Senyumannya yang tadi mati, kini mekar semula. Dia duduk bersila di bawah rak yang menempatkan Al-Quran itu tadi dan meneruskan pembacaannya.

Setiap makna ayat itu dibaca dengan penuh teliti. Dia membaca dari bahagian belakang. Tekun dia membaca sehingga tidak sedar azan Subuh akan berkumandang.

"Allahuakbar Allahuakbar"

(اَللهُ اَكْبَرُ،اَللهُ اَكْبَرُ)

Terhinjut tubuh Jungkook tatkala laungan azan itu menerjah ke gegendang telinganya. Dia menutup Al-Quran yang berada di tangannya dan cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada laungan azan itu. Laungan azan itu sungguh merdu walaupun ianya agak membingitkan telinga. Mungkin kerana Jungkook sedang berada di dalam masjid jadi disebabkan itulah laungan azan itu kedengaran kuat di pendengarannya.

"Asyhadu Al Lailaha Illallah"

(أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ)

"Asyhadu Al Lailaha Illallah"

(أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ)

"Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah"

(اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ)

"Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah"

(اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ)

"Hayya 'alashshalaah"

(حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ)

"Hayya 'alashshalaah"

(حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ)

"Hayya 'alalfalaah"

(حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ)

"Hayya 'alalfalaah"

(حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ)

"Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm"

(الصلاة خير من النوم)

"Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm"

(الصلاة خير من النوم)

"Allahuakbar Allahuakbar"

(اَللهُ اَكْبَرُ،اَللهُ اَكْبَرُ)

"Laa ilaaha illallaah"

(لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ)


Selesai sahaja lelaki itu melaungkan azan, Jungkook melihat mereka mengangkat tangan. Dia turut mengangkat tangan kerana dia tidak tahu apa harus dilakukannya. Seminit kemudian, dia nampak lelaki yang bercakap dengannya sebentar tadi datang menghampirinya.

"Nak, jom solat sama-sama? Pahala besar tau kalau solat berjemaah ni." Lembut saja lelaki tua itu mengajak Jungkook. Bahu Jungkook ditepuk-tepuknya perlahan. Jungkook mengetap bibirnya sebelum menolak.

"Kalau bukan Islam, boleh ke solat sekali pakcik?" Riak wajah lelaki tua itu terus berubah tatkala mendengar pertanyaan Jungkook. Dia menggeleng perlahan sambil tersenyum.

"Maaf, nak. Pakcik tak tahu. Pakcik pergi dulu ya?" Jungkook mengangguk. Dia memandang lelaki tua itu menyertai jemaah yang sudah bersedia ingin menunaikan solat.

Dahinya berkerut apabila melihat seorang lelaki berusia lingkungan 20an yang sedang berdiri di sebelah pakcik tadi itu sedang memandang ke arahnya. Mereka berbalas pandangan sebelum imam mengangkat takbir. Jungkook berasa pelik dengan pandangan pemuda itu.

"Aku ada buat salah ke?"

__________🐰🤍__________

Jungkook bangun dari duduknya. Kitab Al-Quran yang berada di pehanya diambil lalu dia menghampiri pakcik tadi yang sedang bercakap-cakap dengan beberapa orang lelaki.

Beberapa orang lelaki itu segera meminta diri apabila melihat Jungkook datang menghampiri mereka. Pakcik itu menoleh apabila terperasan akan tindakan mereka. Dia tersenyum.

"Ha nak, kamu tak nak balik lagi ke? Kamu tak boleh duduk lama-lama di sini. Takut nanti ada orang anggap kamu ni orang asing." Pemuda yang berbalas pandangan dengan Jungkook tadi memandang Jungkook dari atas ke bawah.

"Baiklah, pakcik. Saya nak baliklah ni. Tapi kalau saya bawa balik benda ni boleh ke, pakcik?" Jungkook menyoal sambil mengangkat Al-Quran yang dipegangnya.

Lelaki tua itu memandang Al-Quran yang dipegang oleh Jungkook itu sebelum mengangguk.

"Ambil je lah, nak. Pakcik izinkan. Sebelum tu, boleh pakcik tahu nama kamu?"

"Saya Jungkook. Jeon Jungkook. Kalau pakcik nak panggil Kook pun tak apa."

"Ohh, nama pakcik Yahya. Boleh panggil Pak Ya. Jungkook buat apa datang masjid pagi-pagi ni?" Nak juga dia tahu apa punca yang membuatkan lelaki yang bernama Jungkook ini masuk ke rumah ibadah ini.

"Saya saja masuk. Nampak macam meriah je masa saya datang tadi. Saya masuklah sebab nak tahu apa yang meriah sangat, ada apa-apa perayaan ke apa ke."

Pak Ya tergelak kecil mendengar penjelasan Jungkook.

"Tak ada apa-apa perayaan pun, Jungkook. Agama kami memang menggalakkan kami beribadah di masjid kerana masjid ni rumah Allah."

"Rumah Allah?"

"Ya, masjid ni nama lainnya ialah rumah Allah sebab disinilah tempat kami menyembah Allah dan mengagungkan Allah. Jadi disebabkan itulah masjid dipanggil sebagai rumah Allah."jelas Pak Ya panjang lebar.

"Ooo..."

"Pakcik nak tanya, kenapa kamu nak bawak balik kitab ni?"

"Isi kandungan dia menariklah, pakcik. Saya rasa nak baca dengan lebih mendalam."

"Alhamdulillah. Mungkin Allah yang gerakkan hati kamu untuk lakukan semua ni. Pak Ya doakan agar Allah memberikan hidayah kepada kamu. Pak Ya tak boleh lama-lama dekat sini, Jungkook. Pak Ya mintak diri dulu ya? Ada hal penting Pak Ya kena uruskan." Bahu Jungkook ditepuk lembut. Jungkook mengangguk lalu mereka ke haluan masing-masing.

Jungkook keluar dari masjid itu. Balik nanti, dia mahu membaca kitab ini dari awal hingga akhir. Dia mahu mencari apa yang menjadi punca ramai orang berminat dengan Islam sejak akhir-akhir ini.

TBC

[C] CINTA BEZA AGAMA | JJKWhere stories live. Discover now